Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

15 February 2012

Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri

Tergerak hati untuk masukan benda ni dalam blog aku....Sebagai peringatan dan rujukan untuk diri ini yg semakin hari lalai dan malas. Aku sendiri akui yg aku malas sangat nak bangun pagi untuk solat subuh almaklum tidur sedap sangat lagi-lagi musim sejuk kat Saudi.
Bila dah bangun subuh tu pulak, aku tidur balik dan bangun dah tengahari sebelum anak balik sekolah. Boleh gitu!!!
Banyak amalan-amalan kat bawah ni yg tak diikut oleh kita dan bila dilihat memang ada kebenarannya dan berlaku dalam kehidupan kita seharian.
Kita ni semua nak sedap dan senang, akibat dan kesan dikemudian hari kita lupakan. Bila dah datang penyakit, haa baru tau kan!!!

Gambar ni aku ambil kat dalam FB Kami peminat Ustaz Azhar Idrus's Photo




[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

29 November 2011

Winter Datang Lagi

Dah masuk musim sejuk kat  Riyadh. Perubahan cuaca pon mulalaa berlaku. Daripada hujan  ke ribut pasir (sand storm)...hujan...hujan batu....sampailaa musim sejuk berlarutan hingga Mac/ April.

Hari ini 29 November 2011 pertukaran cuaca berlaku dengan hujan turun tak henti-henti sejak dari awal pagi hingga ke petang. Semalam menunjukan 14 darjah celcius turun kepada 3 darjah celcius dan Kementerian Pendidikan Riyadh mengumumkan cuti sekolah.

Sejuk teramatlaa sejuk, sampaikan air paip dah macam air batu sejuknya. Menggigil satu badan nasib ada air panas, bolehlaa hangatkan badan sikit. Tak pernah kami alami cuaca sesejuk ini sampai boleh keluarkan asap dari mulut....Xcited jugak kami anak beranak siap bukak tingkap nak test tengok....hahahaa memang berasap!!!




24 March 2011

KUIH BAKAR


Resepi dari tiffinbiru.blogspot.
Kuih bakar yg mudah dibuat dan sedap sangat. Dah banyak kali aku buat dengan mengikut resepi dari blog Mat Gebu.

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml santan
250 ml jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
1/2 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, dicairkan (resipi asal guna mentega)
Bijan secukupnya untuk ditabur


CARA MEMBUATNYA

Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.

Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.

Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.

Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....

30 January 2011

PULUT PANGGANG

Add resepi kuih muih pulak yee.....lamanya tak tulis resepi!!!
Pulut Panggang eemmmm feveret aku.
Asalnya aku buat CUK BADAK....inti kelapa ada lebih pulak, apa aku nak buat yee?
Ternampak pulak daun pisang yang aku beli tuk lapik nasi lemak, apa lagi ambiklaa beras pulut dan kukuslaa
JOM TENGOK RESEPI!!!




Resepi Inti kelapa

Kelapa parut
1/2 cawan udang kering (direndam)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing-masing)
sedikit air
3 sudu gula
sedikit garam

  1. Kisar semua bahan kecuali kelapa hingga lumat
  2. Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali dan masukan bahan kisar kedalam. Kacau rata
  3. Masukan kelapa kedalam pengisar. Kisar  sedikit hancur
  4. Masukan kedalam kuali, kacau semua sebati
  5. Kaup balikan inti hingga kering
  6. Taburkan gula dan garam. kacau rata
  7. Rasa apa yg kurang.....biasanya gula yg kurang yee....

02 January 2011

Besday Ameera ke 6 tahun

Alhamdulillah tahun 2010 dapat meraikan besday party Ameera Adlina kat Riyad, Arab Saudi. Besday party ni aku buat dekat atas bumbung rumah aku (roof top) dan segala persiapan, hiasan, makanan dan kek semua member-member dan jiran tetangga aku yang tolong. Aku cuma tambah apa yang patut jee!!!
Ni dia besday girl
25 DISEMBER 2010 -6 TAHUN


Kek besday aku tempah kak member...terima kasih kak Sam
LOVE cookies atas permintaan aku dan minta kak Onna tolong buatkan dan hiasan dibuat oleh Lina dan 
Eza. Memang cantek dan aku suka sekali

Budak-budak yang xcited nak tiup lilin




Sebelum tiup....nyani lagu HAPPY BESDAY dulu
















RUMAH d' RIYADH

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!
Tahun baru ni, baru sibuk nak update blog...sebabnya tahun lepas sibuk memanjang ngan pindah rumah, meera sekolah, melayan kak Onnaku yg datang Riyad sekejap dan macam-lagilaa.

Pindah rumah... sebelum ni aku dah 2 kali duduk rumah service apartment ( angkut beg pakain je). Baru  3 bulan merasa duk rumah sendiri. Pasalnya kontrak suami dulu setahun je tu pasal malas nak sewa rumah. lebih baik duk service apartment, tapi sekarang sign agrement untuk 3 tahun boleh saving sikit.



Menyewa rumah kat sini bukan macam kat Malaysia. Kat sini sewa kena bayar 1 tahun punye sewa (SR 28). Kalau tuan rumah baik hati, bolehlaa bayar 2X ...tu tak termasuk perabut dan lain-lain.
Kalau Service Apartment pulak, semua benda dalam rumah disediakan....dapur gas, sofa, katil, mesin basuh. Bayaran pulak boleh bulan2 ikut kalender islam. Dan ada masa sewa service apartment akan naik masa musim panas.

Yang bess pulak bila kita nak balik Malaysia for good, barang dalam rumah ramai orang nak beli dan siap menunggu lagi, tak rugi kita beli barang banyak2 kat sini. Kan bess kalau orang Malaysia pun buat macam ni!!!

Ni rumah baru aku tingkat 2 sebelah kiri


13 October 2010

HADIF 'n' the vacum

Hadif 'n' the vacum....inilaa teman di kala kebosanan dan bila mama malas nak layan. Bila aku keluarkan vacum, Hadif dah menunggu dan macam dah biasa vakum rumah. Memang dah PRO sangat dengan MR. VACUM dan memang boleh diharaplaa untuk mengvakum rumah sementara mama sibuk kat dapur....

SO layang tengok gambar ni!!!!

 Pening mana nak mula dulu....

Ok,...mulakan tugas

Memang boleh buat kerja rumah...

rehat kejap

???

laaa....dah telentang

kepenatan sangat-sangat

kih...kihhh...kihhh  hilangkan bosan, mama gletek dia. Tu yg gelak besar!!!
Related Posts with Thumbnails