Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

31 March 2009

KACANG BUNCIS GORENG DENGAN TAUHU

BAHAN-BAHAN
Kacang buncis
tauhu (digoreng & dipotong dadu) 1 biji bawang merah (dimesin kasar)
3 ulas bawang putih (dimesin kasar)
1 genggam ikan bilis (dimesin kasar)
1 biji telur

1. Tumis bahan mesin hingga garing

2. Masukkan kacang buncis.m Goreng hingga layu dan masukkan tauhu

3. Rasakan garam dan pecahkan telur. Kacau rata dan tutup api...

28 March 2009

RIBUT PASIR

Sekarang dah nak masuk musim bunga, perubahan cuaca seperti ribut pasir biasanya akan terjadi dah habis bandar RIYAD berjerebu. Kebanyakan pemamdu berhati-hati dan adakalanya terbabas jugak.
Biasanya kami para surirumahtangga yang terseksa. Sebabnya habis debu dan pasir bertiup masuk kedalam rumah. Bau pasir menusuk masuk kedalam hidung menyebabkan sakit tekak, batuk dan sakit dada dibuatnya.
Fenomena ribut pasir dapat aku saksikan melalu ruang tingkap rumah dan dirakam oleh suami. Amat menakutkan seperti hari dah nak kiamat.

GAMBAR AKU YANG TERKINI

Gambar terkini 16/4/2009
Sorry ...lama tak kemas kini BLOG.
Untuk maklumam semua, aku pulang ke RIYADH pada 16 NOVEMBER 2008. Kiranya dah 4 bulan aku tak update Blogger ni. Sebabnya sesampai je aku di rumah, aku tumbang tak larat nak bangun. Aku telah disahkan mengandung oleh pregnant test dan aku mengalami morning sickness yang teramatlaa teruk sehingga berat badan dari 70kg turun ke 60kg. Apa taknya...lepas makan terus muntah semula dan kalau boleh tak nak makan langsung.
Selama 4 bulan, semua kerja rumah tangga diuruskan oleh suami dan Meera. Rumah dah jadi macam kapal karam, dapur berbau, baju bertimbun dan masakan yang dimasak oleh suami tak sedap langsung. Hehehee... apa pun terima kasih suamiku kerana menjaga isterimu...
Related Posts with Thumbnails