Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

23 August 2009

LAMPU PELITA d RIYADH

Ni dia lampu hiasan @ lampu pelita time bulan puasa. Kat Riyadh, Arab Saudi ni bila masuk bulan Ramadhan semua kedai atau kat umah akan dihiasi dengan lampu pelbagai bentuk dan dilimpahi dengan cahaya yang berwarna warni.
Lampu pelita yang terdapat kat restoran makan...hias atas meja jee Lampu pelita untuk dibawa balik ke Malaysia. Lampu ni hadiah daripada anak angkat mak aku kat sini....Cantek sangat

22 August 2009

SALAM RAMADHAN KAREEM

RAMADHAN KAREEM bermaksud SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN. Aku pertama kali menyambut puasa di Riyadh bersama suami dan ditemani oleh abah dan emak. Hari Sabtu 22 Ogos 2009 telah ditetapkan mulanya puasa. Di sini waktu imsak adalah pukul 4.15 pagi dan berbuka pukul 6.o7 petang. Bazar Ramadhan terdapat di Pasar Raya atau di Shopping Mall dan terdapat jualan seperti Manisan, Sambosa (Samosa) dan roti.

08 August 2009

BUAH KURMA

Pokok Buah Kurma kat tepi jalan Ni Buah Kurma masih mentah
Bukan petik yee... aku beli kat pasarayalaaa

Ni jee SR 3 = RM 3

Sekarang ni musim buah kurma. Sepanjang jalan raya banyak ditanam pokok buah kurma sebagai hiasan landskap. Ada pokok yang buahnya lebat dan ada juga yang dah kering. Ni ada gambar pokok buah kurma yang buahnya lebat dan masih belum dipetik.Kat rumah aku banyak tul buah kurma.Ada yang dibeli dan ada jugak kawan arab suami aku yang bagi. Kalau boleh nak pos ke MALAYSIA, tapi harga penghantaran dari Arab ke Malaysia mahallaaa...TUNGGU JELAAA AKU BALIK...

Related Posts with Thumbnails