Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

11 September 2010

BUNGA API

Hari Raya sememangnya meriah dengan bunga api. Kami kat Riyad pun tak terkecuali dengan bunga api. Tapi beza sangat  sebabnya kat sini bukan boleh main secara terbuka seperti kat Malaysia yang bunyi berdentum dentam dari malam hingga ke pagi. Kang tak pasal-pasal polis datang ngan mutawah.
Bunga api kat sini dijual sekitar kaki lima kedai-kedai yg terpilih aje (sama macam kat Msia...ada bunga api kucing, lebah, pop-pop, mercun telur dll) tapi mahal giler tu. Pop-pop 3 kotak SR10 dan bunga api kucing 1 peket SR 5.
Bagi memeriahkan Eid Mubarak @Hari RAya, pertunjukan bunga api telah diadakan kat Bandar Riyadh. Riyadh berseri seketika dengan bermandikan cahaya bunga api pada malam Hari Raya pertama hingga malam Raya ketiga. Diadakan di stadium yg terpilih tepat pukul 10 malam. Kami turut menyaksikan keindahan percikan bunga api dan merakamkan buat kenag-kenangan....jom tengok gambar kat bawah








tak sempat ke stadium, nampak bunga api terus park kat tepi jalan....


Aku pun ada belikan bunga api  untuk Meera....
 main kat dalam rumah tau... besi tu buang kat dalam bilik air!!!




10 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....


Salam Lebaran di Aidilfitri
Buat keluarga di mana berada
Kami di Riyadh mohon dimaafi
Tak dapat meraikan lebaran bersama-sama




Anak-anak berbaju raya
Cantik digayakan di pagi raya
Kami sekeluarga tak balik raya
Tataplaa gambar kami yang dok posing bergaya














SeLaMaT HaRi RaYa
Daripada Faeda dan keluarga
Ini sahaja gambar yg ada
Esok-esok aku upload semula....


MAASALAMAA!!! Byeeee....

AIDILFITRI d' Riyad

Pada tahun ini, kami sekeluarga meraikan Aidilfitri di perantauan iaitu di negara Riyadh, Arab Saudi bersama-sama rakan yg turut sama tidak pulang ke tanahair....
Pada kebiasaannya pada Hari Raya, kami akan berkumpul di kedutaan Malaysia, Riyadh. Tapi malangnya Duta Malaysia yg baru ni  balik kampung pulak...
Punah segala perancangan nak beraya dan berkenal-kenalan dengan Duta dan teman-teman yg tinggal d' Riyad. Akhirnya kami terpaksa mencari rumah untuk dijadikan tempat kami berkumpul bersama-sama....
Jadi Hari Raya pertama pada tahun ini kami sekeluarga dan rakan-rakan telah berkumpul di rumah Puan Hazita Amir. Hari Raya tahun ini kami menyambutnya dengan sederhana tanpa duit Raya!!!

Jom layan gambar-gambar Raya kami d' Riyad diambil pada 10 SEPTEMBER 2010




Antara rakan-rakan Malaysia yg beraya di Riyad

Hadif  berbaju jubah Arab....
Related Posts with Thumbnails