Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

10 December 2009

ZIARAH M A D I N A H

Alhamdulillah.... aku sekeluarga sampai juga ke MADINAH walau hanya untuk 2 hari sahaja.
Aku ke Madinah tanpa dirancang. Hanya diberitahu oleh suami seminggu selepas pulang dari al-KHOBAR (memancing kat Al-Khobar). Pegi ni pun sebab cuti suami jatuh pada hari minggu (Khamis & Jumaat).
Untuk menjimatkan masa, kami memilih perjalanan dengan kapal terbang yang hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Kami bertolak dari Riyadh pukul 3 petang dan tiba di Madinah pada pukul 4 petang disebabkan flight pagi sudah penuh.
Setibanya di Hotel, kami bersiap untuk ke Masjid Nabawi untuk bersolat Maghrib dan solat Isyak.
Dalam perjalanan menuju ke Bahagian wanita, ramai jemaah bepaling ke arah kami yang membawa anak-anak. Ambil gambar kami pun ada.
Sambil berjalan, seorang jemaah lelaki dari Turki berhenti dan bersalam dengan anak-anak kami. Ameera siap bagi nama dan kata "from Malaysia".
Tiba kat bahagian wanita, gurd wanita pun geram tengok Hadif. Bila kami berjalan nak ambil tempat pun, semua jemaah tengok kami. Haiii.... jadi wayang laaa pulak
Hadif pun pandai beborak dengan jemaah yang menegur dia. Kakak Meera pulak penat dan ngantuk. Dan semasa aku solat pulak, anak kawan tolong jagakan. Alhamdulillah Hadif tak meragam dan tak melalak macam budak-budak yang lain
Kini aku tahu nikmatnya berada di MADINAH dan MEKAH....
Di Pekarangan Masjid Nabawi untuk ke bahagian wanita
Meera yang penat berjalan... Alaaa iiii comeinyee!!!
Dalam bilik... baru bangun tidur
Bersiap untuk ziarah makam para shuhadah dan Masjid2
Rupanya pagi ni sejuk laaa
Di pekarangan Bukit Uhud
Antara penjual kurma yang ada di pekarangan Bukit uhud
Sedang merasa kurma
Bersama kawan yg turut serta dan pemandu kami
Meera nak naik bukit
Tertunai sudah hajat anak aku nak naik bukit ni...
Selesai sudah.... nak cari Hadif pulak????

No comments:

Related Posts with Thumbnails