ALHAMDULILLAH!!! aku dapat mengerjakan Umrah pada tahun ini dengan suami dan anak-anak dan ditemani oleh Kak Onna dan keluarga. Niat untuk melakukan Umrah dah lama tersimpan sejak tahun lepas, tetiba aku disahkan mengandung dan alahan pulak teruk sesangat. Mungkin ada hikmahnya...dan Umrah kali ini aku dapat melakukannye dengan ditemani oleh anak-anak dan suami tanpa sebarang masalah.
Perjalanan kali ini dengan menaiki kereta GMC Yukon yang mengambil masa 8 jam perjalanan dari Riyad ke Mekah.
Semasa Tawaf, aku kendong Hadif dan suami pulak pimpin Meera walaupun cuaca panas dan lakukannya hingga selesai dan semasa Saie pulak, Meera mula penat dan lapar sebabnya belum sarapan pagi.
Untuk makluman semua, gambar di dalam Masjidil Haram ni aku ambil guna HANDFON ye!!!
Selesai melakukan Saie
Meera penat dan kelaparan...Jom balik Hotel dulu yee!!!
No comments:
Post a Comment