Sorang satu...untuk papa, mama 'n' meera Going to Hadif
Heloo Hadif...wan to play wif mee !!!
That day...ada jemputan BBQ kat umah member. Diorang bakar ikan n LOBSTER (they call Mr. Sibestian). Dapatlaaa aku merasa n paling suka makan my Princess Ameera. Katanya, " sedaplaa mama, nanti mama masakan untuk Meera yee"!!!.
Hari ni pulak papa cuti dan aku ajak keluar pagi. Saja jalan-jalan sementara Meera kat sekolah. Tetiba kuar idea nak pegi tengok ikan.
First kedai ikan kami pegi dekat dengan opis suami. Kat situ katanya ada jual ikan cencaru. Jadi mencarilaa kami satu persatu gerai ikan dan tengok ikan yang lain siket daripada biasa kami beli. Kat situ ada jual udang pelbagai jenis termasuk Lobster. Sekilo Lobster SR 55 dan kami beli 3 ekor jee dan beli 2 ekor ikan jenahak.
Dah sudah beli, aku ajak pegi pasar kat BATAHA, suami aku tetiba nak pegi tengok pasar ikan yang member dia pegi beli Lobster. Pasar tu kat area nak ke Bataha. Memang besar dan banyak ikan. Cuma hari tu tak de ikan yang pelik-pelik seperti cencaru, pari, jenahak dan.... Kat pasar ni Lobster dia besar dan harga pun sama sekilo 55 RIYAL...
Last sekali aku pegi PINOY SUPERMARKET kat Bataha. Selesa sikit kat supermarket ni. Taklaaa sesak macam kat pasar Swalim yang biasa aku pergi. Kat sini aku jumpa pulak ikan pari yang dah siap potong kiub dan ikan cencaru. Seronoknya...dapat aku masak sambal ikan pari. Lain-lain barang aku jumpa bisalaa sayur. Beli kobis, kacang botol, kangkung, sawi putih, jantung pisang dan cili padi. Lrpas tu jumpa pulak Maggie MAMEE, kiub ikan bilis dan keropok keluaran MALAYSIA. SERONOKNYAA!!!
Sampai rumah, Sibuk pulak nak memasak, menunya ikan terubuk bakar 'n' LOBSTER BAKAR... Perghhh macam makan kat tepi laut...ratah sampai licin. Nasi langsung tak luak!!!
1 comment:
bestnya faeda jumpa ikan pari...ruzie dah lama tak makan ikan pari...masak asam pedas n ikan pari bakar cicah air asam best tu..pheww..terliur den
Post a Comment