Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

30 January 2011

PULUT PANGGANG

Add resepi kuih muih pulak yee.....lamanya tak tulis resepi!!!
Pulut Panggang eemmmm feveret aku.
Asalnya aku buat CUK BADAK....inti kelapa ada lebih pulak, apa aku nak buat yee?
Ternampak pulak daun pisang yang aku beli tuk lapik nasi lemak, apa lagi ambiklaa beras pulut dan kukuslaa
JOM TENGOK RESEPI!!!




Resepi Inti kelapa

Kelapa parut
1/2 cawan udang kering (direndam)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing-masing)
sedikit air
3 sudu gula
sedikit garam

  1. Kisar semua bahan kecuali kelapa hingga lumat
  2. Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali dan masukan bahan kisar kedalam. Kacau rata
  3. Masukan kelapa kedalam pengisar. Kisar  sedikit hancur
  4. Masukan kedalam kuali, kacau semua sebati
  5. Kaup balikan inti hingga kering
  6. Taburkan gula dan garam. kacau rata
  7. Rasa apa yg kurang.....biasanya gula yg kurang yee....

02 January 2011

Besday Ameera ke 6 tahun

Alhamdulillah tahun 2010 dapat meraikan besday party Ameera Adlina kat Riyad, Arab Saudi. Besday party ni aku buat dekat atas bumbung rumah aku (roof top) dan segala persiapan, hiasan, makanan dan kek semua member-member dan jiran tetangga aku yang tolong. Aku cuma tambah apa yang patut jee!!!
Ni dia besday girl
25 DISEMBER 2010 -6 TAHUN


Kek besday aku tempah kak member...terima kasih kak Sam
LOVE cookies atas permintaan aku dan minta kak Onna tolong buatkan dan hiasan dibuat oleh Lina dan 
Eza. Memang cantek dan aku suka sekali

Budak-budak yang xcited nak tiup lilin




Sebelum tiup....nyani lagu HAPPY BESDAY dulu
















RUMAH d' RIYADH

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!
Tahun baru ni, baru sibuk nak update blog...sebabnya tahun lepas sibuk memanjang ngan pindah rumah, meera sekolah, melayan kak Onnaku yg datang Riyad sekejap dan macam-lagilaa.

Pindah rumah... sebelum ni aku dah 2 kali duduk rumah service apartment ( angkut beg pakain je). Baru  3 bulan merasa duk rumah sendiri. Pasalnya kontrak suami dulu setahun je tu pasal malas nak sewa rumah. lebih baik duk service apartment, tapi sekarang sign agrement untuk 3 tahun boleh saving sikit.



Menyewa rumah kat sini bukan macam kat Malaysia. Kat sini sewa kena bayar 1 tahun punye sewa (SR 28). Kalau tuan rumah baik hati, bolehlaa bayar 2X ...tu tak termasuk perabut dan lain-lain.
Kalau Service Apartment pulak, semua benda dalam rumah disediakan....dapur gas, sofa, katil, mesin basuh. Bayaran pulak boleh bulan2 ikut kalender islam. Dan ada masa sewa service apartment akan naik masa musim panas.

Yang bess pulak bila kita nak balik Malaysia for good, barang dalam rumah ramai orang nak beli dan siap menunggu lagi, tak rugi kita beli barang banyak2 kat sini. Kan bess kalau orang Malaysia pun buat macam ni!!!

Ni rumah baru aku tingkat 2 sebelah kiri


Related Posts with Thumbnails