Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

18 May 2008

CUTI TANPA GAJI KE RIYADH, ARAB SAUDI....

Alhamdulillah!!! perancangan untuk bercuti ke RIYADH mengikut suami yang bekerja d' sana berjaya juga. Aku memohon cuti tanpa gaji selama dua bulan pada NOVEMBER dan DISEMBER 2007 dan menyambungnya dari bulan JANUARI sehingga DISEMBER 2008. Ini merupakan percutian luar negara yang pertama bagiku dan anak.
Percutian aku adalah untuk bersama suami tercinta dan mengeratkan lagi hubungan suamiku dengan anaknya. Dapatla aku menunaikan tanggungjawab seorang isteri dan ibu d' sini. 2 tahun lamanya terpisah dan hanya 2 minggu sekali suamiku balik ke Malaysia tidak mencukupi untuk kami bermesra bersama.
Dari Malaysia kami menaiki pesawat ETIHAD dan transit ke ABU DHABI dan dari ABU DHABI terus ke RIYADH. Perjalanan ke RIYADH biasanya mengambil masa 8 jam. D' sebabkan ribut pasir, pesawat delay 4 jam dan kami terlena dalam pesawat. Musim sejuk menyambut kedatangan kami dan selama d' sini kami menginap d' Service Apartment AL-TOOT PALACE,KING ABD AZIZ ROAD, RIYADH.
***************************************************************************************** - A B A Y A - Tiba je aku d' lapangan terbang Riyadh, aku d' suruh oleh suami memakai ABAYA. ABAYA berwarna hitam seakan -akan jubah bezanya ada butang d' hadapan dan wajib d' pakai oleh semua wanita tak kira bangsa dan agama sekiranya keluar d' khalayak ramai. Biasanya ABAYA d' pakai bersama-sama tudung atau selendang (bagi bukan muslim) dan bertujuan untuk menutup Aurat dan memelihara tubuh badan wanita daripada pandangan kaum lelaki. Kalau tak pakai? Alamatnya kena tegur oleh Mak Arab atau ditahan oleh MUTAWWAH laaa jawabnya.
Mulanya aku tak heran sangat dengan ABAYA. Kalau boleh biarlah sehelai aje dalam simpanan sebabnya kita hanya perlu pakai kalau nak keluar dan untuk d' buat syarat sahaja. Tapi rupa-rupanya ABAYA dah jadi kebanggaan semua wanita termasuk orang Malaysia sendiri. Sebabnya ABAYA dah macam pakaian harian (macam baju kurung). Ada yang fitting, kembang, berlengan besar, rupa kelawar, beropol, ada kristal, sulaman dan banyak lagi design yang menarik. Harga ada yang murah dan ada yang boleh mencecah ribuan ringgit mengikut jenis kain yang digunakan.
*****************************************************************************************
- I Q A M A -
Rakyat asing yang datang bekerja d' sini perlu mempunyai IQAMA (ih-gaa-muh). IQAMA adalah visa penduduk sementara (residence visa) rupa dia macam kad pengenalan. IQAMA perlu sentiasa d' bawa kemana sahaja kita pergi dan jangan sesekali tinggalkan d' rumah atau d' mana sahaja. Kalau photostat pun tak ape. Ini kerana rakyat asing sentiasa diperhatikan oleh MUTAWWAH dan polis.
Hahahaaa!!! Aku pernah d' tahan oleh MUTAWWAH dan polis. Sebabnya kawanku tak bawak IQAMA. Biasanya dia membawa IQAMA bersamanya. Tapi pada hari tu, IQAMAnya dipegang oleh suami untuk d'renew (tamat tempoh). Walaupun pelbagai alasan dan bukti sudah d' berikan, MUTAWWAH dan polis tetap mahukan IQAMA. Sudahnya kami semua kena tahan d' pejabat MUTAWWAH dan menunggu suaminya sampai dengan mambawa IQAMA.
*** heheheheeee...sempat possing bergambar kena tahan oleh MUTAWWAH (sementara para suami kena soal siasat d' luar)*** 20.5.2008

No comments:

Related Posts with Thumbnails