AWAS!!!Jangan sesekali buat perkara-perkara yang dilarang atau mungkar di Tanah Arab. Ini kerana MUTAWWAH kerap meronda di mana-mana sahaja tanpa kita sedari. MUTAWWAH adalah Pegawai Agama Islam di negara Arab berpakaian jubah putih paras atas buku lali,berserban putih, berjambang, berstokin dan berkasut warna hitam dan memakai lencana. Mereka biasanya menjalankan tugas bersama-sama polis. Mereka biasanya akan menahan rakyat asing dan jika didapati bersalah akan dibawa ke Pondok MUTAWAR atau menegur sahaja.
Antara kesalahan-kesalahan dan teguran yang sering dilakukan
1. Keluar tanpa membawa IQAMA (kad pengenalan)
2. Berpasangan dijalanan dengan bukan muhrim (couple x kawin)
3. Memakai Abaya tanpa tudung/ selendang
4. Memakai Abaya dengan menampakkan kaki (terselak nampak betis).
5. Memakai solekan muka yang keterlaluan.
6. Memakai Abaya yang mempunyai hiasan kristal
7. Memakai Abaya yang ketat (fiting)
8. Merokok di tempat awam
9. Melepak pada waktu azan berkumandang
.
No comments:
Post a Comment