MOHAMAD HADIF BIN MOHAMAD NASRI yang mempunyai matlamat...Anak aku yang ke-dua dilahirkan pada 13 JULY 2009 di HOSPITAL SPECIAL IZED MEDICAL CENTER, RIYADH, ARAB SAUDI jam 2.05 pm seberat 2.98kg. Aku dapat tahu aku mengandung apabila aku kembali semula ke Riyadh pada bulan November 2008. Seminggu selepas aku sampai, aku mengalami lemah badan dan rasa macam nak demam. Aku tak larat nak bangun dan seram sejuk seluruh badan aku. Lalu aku suruh suami aku bentangkan tilam kat ruang tamu. Sakit badan masih tak kurang lalu terfikir suruh suami aku belikan pregnant test. Saje je nak mengetes... Bila dah dapat, aku terus masuk bilik air dan ....Alamak ...positive. Tak mungkin aku ngandung. Aku suruh suami aku beli lagi pregnant test sebab tak puas hati. Keluar bilik air aku terus menjerit ...memang confom aku ngandung.Tapi macam mana ekk. Sebabnya aku overweight masa nak balik Riyadh dan dokter kat Malaysia kata aku susah nak ngandung sebab berat badan 70kg.Mengandungkan Hadif aku turut mengalami sintom yang sama masa mula-mula ngandung. Tak lalu nak minum, tak nak makan, malas, susah nak buang air besar (buasir) dan kuat tidur. Selepas 5 bulan berlalu, aku mula rajin kembali antaranya rajin berjalan ke shoping mall dan memasak.Seminggu dari tarikh aku nak bersalin, hari Ahad aku sempat keluar bersama emak dan abah sehingga pukul 12 tengah malam. Jalan-jalan ke shoping mall beli ole-ole nak bawak balik Malaysia.Esoknya hari Isnin, Ameera pulak buat hal tak nak pegi sekolah. Aku dan umienya marah sesangat sebab Meera malas pegi sekolah. Habis dia menangis dan peluk erat aku. Dia kata nak duduk ngan mama... dan tetiba aku rasa sakit perut memulas-mulas macam nak terberak. Aku serahkan Meera kepada Umie dan suami untuk handle sementara aku bukak internet masuk facebook.Aku masukan soalan apa yang aku alami. Kawan-kawan menyuruh aku segera ke Hospital sebabya itu adalah tanda-tanda nak beranak. Tapi sebelum aku ke Hospital, aku sempat menjamah nasi berlaukan kari ikan yang dimasak oleh emak.Bila dah sampai kat Hospital, sakitnya ketara sangat, sekejap-sekejap sakit dan aku mengerang kesakitan macam nak terberak. Kejap-kejap aku menjerit sambil memegang tangan suami aku.Bila dah sampai puncak, aku teran sekuatnya sampaikan doktor dan nurse kelam kabut sebabnya kepala baby dah keluar. Alhamdulillah Allah mudahkan aku bersalin...
22 December 2009
MOHAMAD HADIF
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment