Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

29 January 2010

NASI LEMAK buat sendiri

Ni NASI LEMAK bungkus buat sendiri...dah jemu makan nasi lemak dalam pinggan. Kali ni ubah selera pulak dan mood suami lak tengah ok, aku ajak pegi kedai kat BATAHA (ALA-ALA COW KIT) beli daun pisang. Nasi Lemak ni aku buat hari Jumaat lepas untuk makan tengahari sambil jamu kengkawan laki yang duk kat tinggat atas umah aku ni...
Terjumpa pulak surat kabar ...wwaaallaaa!!! Dapatlaa NASI LEMAK BUNGKUS!!!
Memang sedap dan naik lemak orang tu bila dah makan nasi lemak ni. Sambal pulak aku dah jumpa resepinya....memang sebijik macam sambal kat kampung aku!!! Me kasih KAK ONNA!!! Baki sambal tu ada dalam peti ais ...aku bekukan untuk simpanan bulan akan datang!!!

25 January 2010

ADA SEDARA TINGGAL KAT MEKAH!!!

Cerita dari mak mertua aku, katanya ada nenek sedara belah suami tinggal kat Mekah. Kalau pergi sana , ziarahlaa dia.
Alhamdulillah, Umrah kali ni suami aku dapat cuti 4 hari dan dapatlah duk kat Mekah lama siket dan bolehlaa ziarah nenek sedara yang dikatakannya.
Selepas kami buat Umrah dan berehat, malamnya kami dijemput kerumah nenek. Kami dijemput oleh nenek dan cucunya sendiri dengan menaiki teksi. Rumah nenek tak jauh dari Masjidil Haram.
Nenek ni asal dari Johor dan masih boleh cakap Banjar dan Melayu. Nenek ke Mekah masa umur anaknya abang Shukry umur 6 bulan (sekarang umur abang Shukry 54 tahun).
Seronok rasanya ada sedara ARAB+MELAYU ni...
Suami aku ngan nenek dan anak sulungnya Abang Shukry Bergambar bersama nenek dan anak perempuannya MARDIHA
Anak lelaki MARDIHA (kawin ngan Arab Badwi)
Abang Shukry, Nenek dan Mardiha (kena tutup muka nanti suami marah)
Bersama anak abang Shukry, Jalal

22 January 2010

Naik U N T A

Selesai UMRAH, esoknya ada lawatan sambil belajar. Antaranya ke JABAL RAHMAH...
Belum sempat turun dari kereta, pak Arab ni dah kerumun kami suruh naik Unta. Adush...cam mana ni. Kami datang nak naik bukit tu. Tapi disuruh naik Unta.
Jadi tak nak menghampakan diorang ni, aku suruh Meera naik ngan papanya. Naik je kena 10 Riyal dan ambil gambar pun 10 Riyal...bolehlaaa sedekah!!!
Pegang kuat-kuat...papanya takut dah Dapat naik unta kat Mekah...
Kalau kat Riyad...sorry Meera papa kerjalaa
Jalan-jalan kat bawah bukit jee. Takut naik tangga

MENGERJAKAN UMRAH PERTAMA KALINYA...

ALHAMDULILLAH!!! aku dapat mengerjakan Umrah pada tahun ini dengan suami dan anak-anak dan ditemani oleh Kak Onna dan keluarga. Niat untuk melakukan Umrah dah lama tersimpan sejak tahun lepas, tetiba aku disahkan mengandung dan alahan pulak teruk sesangat. Mungkin ada hikmahnya...dan Umrah kali ini aku dapat melakukannye dengan ditemani oleh anak-anak dan suami tanpa sebarang masalah.
Perjalanan kali ini dengan menaiki kereta GMC Yukon yang mengambil masa 8 jam perjalanan dari Riyad ke Mekah.
Semasa Tawaf, aku kendong Hadif dan suami pulak pimpin Meera walaupun cuaca panas dan lakukannya hingga selesai dan semasa Saie pulak, Meera mula penat dan lapar sebabnya belum sarapan pagi.
Untuk makluman semua, gambar di dalam Masjidil Haram ni aku ambil guna HANDFON ye!!!

Selesai melakukan Saie

Meera penat dan kelaparan...Jom balik Hotel dulu yee!!!
Dihadapan Kaabah selesai melakukan Umrah Jalan nak balik ke Hotel AL-SAFWAH Bersama Kak Onna yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar Nak naik ke Hotel

15 January 2010

d' PERFUME

Dibotolkan sama dengan kat BODYSHOP GUCCI baunya sama ngan GUCCI rush
PERFUME no ALKOHOL....
Minyak wangi tanpa alkohol... 100% minyak
Sama yang ada dijual kat BODYSHOP ( tak caya pegi tengok kat BODYSHOP harga RM45 )
Ni dia minyak wangi yang siap dibotolkan dan sedia untuk dijual. Tahan lama bila dipakai dan senang untuk dibawa kemana-mana.

05 January 2010

SELAMAT ULANG TAHUN KE -30

HAPPY BESDAY to YOU...happy besday to you...HAPPY Besday to FAEDA....
Hahahaaa...hari ini 5 JANUARI 2010 ulang tahun kelahiran aku....dah 30 tahun umur aku hari ni. Suami hadiahkan kek cokelat feveret aku ngan bunga ros dan meraikanya dengan anak-anak dan suami kat umah....
Terima kasih bang...

03 January 2010

NASI AYAM SEDAPNYA

Hari ni masak nasi ayam cos bahan -bahan ada pulak dalam peti. Ayam ada, salad, tomato dan timun pun ada. Cuma perlu dapatkan resepi nasi ayam yang betul-betul sedap dan tak meloyakan tekak. Sebab ada sebelum ni aku cuba rasa loya mungkin silap bahan...
NASI AYAM NI memang betul-betul sedap dan puas hati bila makan. Ameera siap tambah 3 kali dan siap pesan nak bawak bekal esok....
BAHAN UNTUK NASI
  • 5 cupak beras(dicuci dan ditoskan)
  • 1/2 biji bawang besar -dimayang
  • 3 ulas bawang putih -dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1 sudu stok ayam maggi + 5 cawan air
  • kayu manis, 2 bunga lawang, 2 buah pelaga
  • 2 sudu planta + 1 sudu minyak masak
  • sedikit garam
  1. Panaskan planta dan minyak dalam periuk nasi. Tumis kayu manis, buah pelaga ,bunga cengkih, bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukan beras kedalam tumisan. Kacau rata
  3. Tuangkan air stok ayam dan taburkan garam.
  4. Tutup periuk dan tunggu hingga masak

BAHAN PERAPAN AYAM

  1. Ayam dipotong 4 dan masukan dalam sup
  2. Bila dah empuk, keluarkan dan ditoskan airnya.
  3. Masukan ayam dalam mangkuk yang bertutup dan perapkan dengan kicap, 1 sudu sos tiram dan 1 sudu madu dan sedikir garam
  4. Perap sekejap dan sedia untuk digoreng dengan minyak yang cukup panas...

BAHAN UNTUK SOS CILI

  • 3 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 sudu sos cili
  • 2 sudu gula
  • sedikit garam
  • 2 sudu minyak
  • 2 sudu jus perahan lemon
  1. Kisar cili merah dan bawang putih dengan airhingga lumat
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi
  3. Masukan sos cili dan gula
  4. Bila mendidih, masukan jus lemon dan garam
  5. Rasakan kepekatan dan rasa ikut selera

SOS kicap

  1. 1 ulas bawang putih -dicincang halus
  2. Sedikit halia -dicincang halus
  3. Perapan ayam
  4. Kicap
  5. garam
  6. 1 cawan air
Satukan semuanya dalam kuali dan masak hinng kuah menjadi pekat

02 January 2010

MAKARONI GORENG SPECIAL

Resepi dapat dari CIPTAAN SENDIRI... Bahan-bahan pulak yang ada dalam peti sejuk. Tukang rasa pulak adalah SUAMI AKU...habis licinlaaa dia makan. Memang sedap ...tak sia-sia aku masak pakai campak segala bahan-bahan kat bawah ni!!!
  • Makaroni direbus hingga empuk
  • 1/2 biji bawang besar di mayang
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • Udang
  • Sotong
  • Jejari ketam
  • Sosej
  • Cili padi
  • Putik jagung
  • Tahu digoreng
  • 1 biji Telur
  • Sos tiram + kicap

01 January 2010

ROTI JALA

FEVERET suami aku. Kalau balik Malaysia, biasanya suami aku sarapan kat Bandar Tun Razak. Roti jala kat situ memang sedap dan ada sejarahnya!!!
  • tepung gandum
  • telur
  • air
  • susu/santan
  • pewarna kuning
  • garam
Related Posts with Thumbnails