Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

13 October 2010

HADIF 'n' the vacum

Hadif 'n' the vacum....inilaa teman di kala kebosanan dan bila mama malas nak layan. Bila aku keluarkan vacum, Hadif dah menunggu dan macam dah biasa vakum rumah. Memang dah PRO sangat dengan MR. VACUM dan memang boleh diharaplaa untuk mengvakum rumah sementara mama sibuk kat dapur....

SO layang tengok gambar ni!!!!

 Pening mana nak mula dulu....

Ok,...mulakan tugas

Memang boleh buat kerja rumah...

rehat kejap

???

laaa....dah telentang

kepenatan sangat-sangat

kih...kihhh...kihhh  hilangkan bosan, mama gletek dia. Tu yg gelak besar!!!

05 October 2010

PERIOD!!!

Saja nak berkongsi cerita dan aku yakin ramai yang tak tahu menahu tentang ni....

Aku datang period selepas 1 tahun 3 bulan menyusukan dan sama usianya dengan Hadif .

Ceritanya macam ni...
Masa lahirkan Ameera, aku kekurangan susu badan disebabkan masa tu aku bekerja dan memerlukan banyak masa di pejabat. Sebab itu aku memberikan sepenuhnya susu fomula kepada Ameera.
Selepas Ameera berusia 3 bulan, aku pun datang period. Jadi aku pun ingat ini normal bagi wanita selepas bersalin.

Bersalinkan Hadif pula, aku tekad untuk menyusukan dengan susu badan dan Alhamdulillah sehingga kini, susu badanku banyak dan berbeza sangat bentuk fizikal dan perangai anak aku yang kedua ni. Hadif betul2 anak mama. Kalau aku keluar shoping atau ke rumah kawan, aku bagi dia minum susu fomula...
Masa terus berlalu dan aku tertanya pada diri dan suami KENAPA AKU TAK DATANG PERIOD??? Adakah pasal petukaran hormon atau pasal makan jamu???

Jadi aku pun tanya pada kawan2 yang sama menyusukan badan dan mereka kata KALAU KITA MENYUSUKAN BADAN MEMANG PERIOD LAMBAT DATANG!!!

Fuhh lega rasanya, aku dan suami dah cuak dah. Tapi dalam pada tu berat badan aku makin berisi. Orang kata menyusu badan, berat akan turun tapi tidak pun, mungkin kena tunggu period datang kot!!!

Minggu lepas, muka aku tumbuh jerawat kat bawah mulut sebelah kiri. Aku ingatkan mungkin alah pada makeup @ bedak. So aku tak edahkan jelaaa. tetiba

Petang Ahad, masa aku nak buang air, keluar darah bersama air kencing. Cuak aku sekejap. Mencarilaa aku pampers yang dah lama aku tak beli. Cari punya cari adalaa 3 keping yang tinggal ( peninggalan masa aku beranak ari tu).

Period kali ni banyak sangat  dan keluar memancut-mancut. Orang kata peralihan hormon dan hormon tu nak normalkan balik. Sampaikan aku kena pakai 3 pad dalam masa satu hari dan ada satu hari habis basah sofa aku duduk ( terbocor )....

Baru terasa ringan badan sebab segala kekotoran dah keluar.... dan sekarang aku dah tau perbezaan antara menyusu badan dengan tak menyusu badan!!!!

02 October 2010

AMEERA pegi sekolah

Logo sekolah (abaikan buterfly tu yee, cikgu yg lekatkan)

dengan Baju sekolah 

2 Oktober 2010 bermulalaa persekolahan bagi Ameera Adlina kat RAINBOW INTERNATIONAL SCHOOL. Ameera dah mula masuk gred 1 ( darjah 1). Sebelum 7.15 pagi kena masuk sekolah.
Di Riyad sistem persekolahan lain sikit kerana ikut kalender Islam. Masuk bulan Ramadhan sekolah akan ditutup sehinggalaa petengahan Syawal.
Pemilihan sekolah untuk Ameera, aku telah memilih Learning Oaisis International School dan Rainbow International School.
LOIS sebab Meera pernah sekolah kat situ masa dia tadika manakala RIS pula katanya yuran lebih murah dan ramai rakan2 hantar anak ke situ.
Aku sendiri telah datang dan lihat sendiri keadaan sekolah RIS dan bertanya tentang sekolah pada kakitangan sekolah dan akhirnya kata putus telah dibuat dan aku dan suami memilih untuk menghantar Ameera ke sekolah Rainbow International School (memang yuran murah dan dapat diskaun kalau bayar penuh).
Di Rainbow International School, pelajar perempuan dan lelaki diasingkan dan kebanyakan guru adalah Filipina berbanding dari LOIS guru adalah Egyp, Syria dan Arab...Yang pasti Ameera suka dengan sekolah barunya itu!!!
Related Posts with Thumbnails