Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

05 October 2010

PERIOD!!!

Saja nak berkongsi cerita dan aku yakin ramai yang tak tahu menahu tentang ni....

Aku datang period selepas 1 tahun 3 bulan menyusukan dan sama usianya dengan Hadif .

Ceritanya macam ni...
Masa lahirkan Ameera, aku kekurangan susu badan disebabkan masa tu aku bekerja dan memerlukan banyak masa di pejabat. Sebab itu aku memberikan sepenuhnya susu fomula kepada Ameera.
Selepas Ameera berusia 3 bulan, aku pun datang period. Jadi aku pun ingat ini normal bagi wanita selepas bersalin.

Bersalinkan Hadif pula, aku tekad untuk menyusukan dengan susu badan dan Alhamdulillah sehingga kini, susu badanku banyak dan berbeza sangat bentuk fizikal dan perangai anak aku yang kedua ni. Hadif betul2 anak mama. Kalau aku keluar shoping atau ke rumah kawan, aku bagi dia minum susu fomula...
Masa terus berlalu dan aku tertanya pada diri dan suami KENAPA AKU TAK DATANG PERIOD??? Adakah pasal petukaran hormon atau pasal makan jamu???

Jadi aku pun tanya pada kawan2 yang sama menyusukan badan dan mereka kata KALAU KITA MENYUSUKAN BADAN MEMANG PERIOD LAMBAT DATANG!!!

Fuhh lega rasanya, aku dan suami dah cuak dah. Tapi dalam pada tu berat badan aku makin berisi. Orang kata menyusu badan, berat akan turun tapi tidak pun, mungkin kena tunggu period datang kot!!!

Minggu lepas, muka aku tumbuh jerawat kat bawah mulut sebelah kiri. Aku ingatkan mungkin alah pada makeup @ bedak. So aku tak edahkan jelaaa. tetiba

Petang Ahad, masa aku nak buang air, keluar darah bersama air kencing. Cuak aku sekejap. Mencarilaa aku pampers yang dah lama aku tak beli. Cari punya cari adalaa 3 keping yang tinggal ( peninggalan masa aku beranak ari tu).

Period kali ni banyak sangat  dan keluar memancut-mancut. Orang kata peralihan hormon dan hormon tu nak normalkan balik. Sampaikan aku kena pakai 3 pad dalam masa satu hari dan ada satu hari habis basah sofa aku duduk ( terbocor )....

Baru terasa ringan badan sebab segala kekotoran dah keluar.... dan sekarang aku dah tau perbezaan antara menyusu badan dengan tak menyusu badan!!!!

1 comment:

yashgagnier said...

Titanium Fat Bike - The Fastest Fastest Fast & Easy
You want a titanium water bottle complete, safe and fair bike titanium nose hoop to titanium properties replace your babyliss titanium flat iron old tires. But the Titanium Fat Bike takes the sunscreen with zinc oxide and titanium dioxide concept of road bike and takes a close

Related Posts with Thumbnails