Logo sekolah (abaikan buterfly tu yee, cikgu yg lekatkan)
dengan Baju sekolah
2 Oktober 2010 bermulalaa persekolahan bagi Ameera Adlina kat RAINBOW INTERNATIONAL SCHOOL. Ameera dah mula masuk gred 1 ( darjah 1). Sebelum 7.15 pagi kena masuk sekolah.
Di Riyad sistem persekolahan lain sikit kerana ikut kalender Islam. Masuk bulan Ramadhan sekolah akan ditutup sehinggalaa petengahan Syawal.
Pemilihan sekolah untuk Ameera, aku telah memilih Learning Oaisis International School dan Rainbow International School.
LOIS sebab Meera pernah sekolah kat situ masa dia tadika manakala RIS pula katanya yuran lebih murah dan ramai rakan2 hantar anak ke situ.
Aku sendiri telah datang dan lihat sendiri keadaan sekolah RIS dan bertanya tentang sekolah pada kakitangan sekolah dan akhirnya kata putus telah dibuat dan aku dan suami memilih untuk menghantar Ameera ke sekolah Rainbow International School (memang yuran murah dan dapat diskaun kalau bayar penuh).
Di Rainbow International School, pelajar perempuan dan lelaki diasingkan dan kebanyakan guru adalah Filipina berbanding dari LOIS guru adalah Egyp, Syria dan Arab...Yang pasti Ameera suka dengan sekolah barunya itu!!!
No comments:
Post a Comment