Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

14 August 2008

MINYAK WANGI TANPA ALKOHOL

Suami aku mula kenalkan minyak wangi ni. Tapi nama perfume yang d' bawanya tak laa famous dan kureng sedap baunya. Bila aku promote kat kawan dan famili, mereka banyak tak suka. Katanya bau macam minyak atar yang orang arab selalu pakai.

Lagipun aku dan suami tak prepare buat labeling. Jual tanpa letak nama kat botol. Tu sebab sesiapa yang memakainya pening kepala dan keliru bau yang mana satu dia suka. Pati Minyak Wangi ni memang kuat baunya. Kalau sesiapa tak tahan bau, d' nasihatkan pakai setitik saje atau secalit aje bau kekal sepanjang hari.

Mulanya aku nak beli minyak wangi original yang d' pesan oleh adik aku. Tapi bila tengok harga dekat RM200 aku tak jadi beli. Aku ajak suami pergi ke kedai yang menjual PATI MINYAK WANGI. Tanya punya tanya GUCCI, NINA RICHI, FANTASIA dan lain-lain, tokei tu kata ada dan aku bau. Memang baunya sama dengan perfume yang d' minta oleh adik aku. AKu pun boronglaaa....

Dekat Arab Saudi memang terkenal dengan Minyak Wangi ni. Namanya "FRANCE FRAGRANCE". 100% pati Minyak Wangi tanpa d' campur dengan alkohol. Minyak ni d' simpan d' dalam botol aluminium dan akan d' tuang ke dalam botol kaca yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang cantik.

Sekarang citer PATI MINYAK WANGI dah masuk paper KOSMO. Dah terkenal kat INDONESIA (bukan made in INDON yee). Diorang jual dengan campurkan dengan alkohol. Sementara aku jual tak campur dengan alkohol. Semata-mata MINYAK WANGI SAHAJA. BOLEHLAA GUNALA TANPA WAS-WAS...

PATI MINYAK WANGI DALAM BOTOL ALUMINIUM

di bawah cerita MINYAK WANGI yang d' jual d' INDON dari KOSMO online.......
BUKAN HARUMAN TIRUAN
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

KIRI: Aseh P. cukup mahir mencampurkan ramuan minyak wangi yang diingini pelanggan.
BAWAH: Pati minyak wangi yang disimpan dalam botol aluminium.

CUACA pagi di pekan kecil yang terletak di kawasan tanah tinggi ini nyaman seperti biasa. Biar pun itu hari hujung minggu, jalan sehala dua lorong ini mula dibanjiri kenderaan dan bunyi hon semakin galak kedengaran.

Merupakan hari terakhir percutian sebelum perlu menaiki pesawat Air Asia awal pagi keesokan harinya, masa yang tersisa ingin dimanfaatkan sepenuhnya dengan meneroka sebanyak mungkin keistimewaan yang mampu ditawarkan oleh kota ini.

Di Jalan Cihampelas, Bandung, Indonesia, sebuah premis berwarna ungu dengan papan tanda Paris Aromatics Parfume bercat putih menarik minat penulis untuk menjenguk ke dalamnya. Premis ini baru tiga bulan beroperasi, maka tidak hairanlah jika hiasan ruang dalamannya cukup ringkas. Hanya ada kaunter kabinet panjang berbentuk L dengan bakul berisi botol-botol kecil di atasnya.

Sementara almari setinggi hampir tujuh kaki yang dipenuhi dengan botol aluminium tersusun rapi menjadi latar kepada ruang dalam kedai berwarna merah jambu dengan grafik retakan-retakan yang nampak sedikit pelik.

PREMIS yang baru tiga bulan beroperasi ini menjual pelbagai minyak wangi jenama antarabangsa. Lelaki berambut pendek dengan loghat tempatan ramah menegur sambil menyuakan menu barangan yang dijual. Sekilas pandang, senarai hampir semua jenama minyak wangi antarabangsa ada di sini.

Sebut sahaja wangian yang anda suka. Hugo Boss, Ralph Lauren, Giorgio Armani, Clinique dan yang terbaru Paris Hilton, semuanya ada. Apa yang lebih menarik, harganya jauh lebih murah daripada di kaunter-kaunter di Metrojaya atau Isetan di Kuala Lumpur. Selepas jenama dipilih, matanya pantas mencari botol aluminium yang sudah siap bertanda dan eksperimen pun bermula.

Cecair berwarna kuning jernih itu dimasukkan penuh hati-hati ke dalam satu botol kecil. Hanya separuh botol perlu diisi, sebelum ramuan yang lain dicampur untuk menghasilkan produk akhir. Kemudian, dia meng-ambil pula satu picagari bersaiz sedikit besar daripada yang biasa dilihat di hospital. Cecair jernih dari satu bekas putih disedut dan muncung picagari itu ditala ke dalam botol.

Sebaik sahaja dua cecair itu bersatu, reaksi kimia dapat dilihat dengan jelas. Tidak ada buih atau asap yang keluar, cuma keadaannya tidak jauh beza apabila air gula dicampur ke dalam air biasa.

Dengan jari telunjuk menutup hujung botol, ia digoncang agar campuran tersebut sebati. Langkah seterusnya ialah meletakkan alat penyembur, sebelum labelnya ditulis tangan dan ditampal menggunakan pelekat. Siap!

BOTOL KACA
Itulah kerja Aseh P., 45, setiap hari sejak 15 tahun lalu. Walaupun nampak mudah, namun tugas menghasilkan campuran wangian ini tidaklah semudah yang disangka. ASEH menggunakan botol yang sama dengan jenama asal minyak wangi.

Menurut Aseh, perniagaan ini dimulakan oleh suami sepupunya yang berketurunan Arab dan bertanggungjawab menjadi perintis perniagaan minyak wangi di Bandung. "Modal pertama yang dikeluarkan sekitar tahun 1990-an adalah 100 juta rupiah (kira-kira RM36,000).

Ini bukan barang tiruan. Cuma kalau diikutkan kualitinya, ia mungkin berada di gred kedua atau ketiga. "Perlu faham bahawa kalau minyak wangi asli atau gred satu, pengilang atau pemilik jenama tidak akan menjualnya kepada pihak ketiga. Selain itu, campurannya juga berbeza dan lebih kompleks bagi menghasilkan bau yang lebih lembut dan wangi," kata Aseh sambil menghulurkan contoh wangian untuk dicuba.

Berdasarkan kepada penerangan Aseh, minyak wangi ini dihasil menggunakan pati minyak wangi sebelum dicampur dengan alkohol.

Botol aluminium yang mengandungi ibu atau pati minyak wangi itu dibelinya di Surabaya. Ia diimport dari Switzerland sebelum diedarkan ke beberapa daerah di Indonesia termasuklah Bandung.
Pati minyak wangi berkapasiti satu liter ini dibeli pada purata harga 1.2 juta rupiah. Ia mampu bertahan sehingga satu tahun, tetapi biasanya tiga hari sudah habis dijual dan Aseh perlu membuat pesanan yang baru hampir setiap minggu.

Harga untuk minyak wangi yang baru dan popular sedikit agak mahal. Manakala peralatan untuk menghasilkannya cukup ringkas iaitu picagari, botol plastik dan alkohol.

Aseh mempelajari teknik campuran minyak wangi ini daripada pengalaman. Tiada sebarang kursus atau kuliah formal yang dihadirinya. Peratus campuran bahan iaitu pati minyak wangi dan alkohol biasanya ialah 50-50. Tetapi bukan semua jenis minyak wangi begitu campurannya. "Mengetahui campuran sebetulnya dibuat secara trial and error kerana ada bau yang keras dan ada yang lembut. Jika lembut, campurannya ialah 50-50, sementara yang keras pula 30-70 (pati wangian-alkohol).
"Jika semuanya dibuat 50-50, wanginya tidak enak gitu. Sebelum dijual, minyak wangi ini dicuba dahulu. Kalau tidak sedap baunya, kadar campuran perlu diubah. Sama ada kurangkan alkohol atau pun pati wangiannya.
"Itulah cabarannya, saya perlu ingat semua ramuan. Satu jenama sahaja ada berbelas jenis wangian. Andai dihitung, sudah mencecah ratusan wangian yang berbeza. Saya belajar setiap hari mengenai minyak wangi baru di pasaran," kata Aseh, memberitahu ramai pelanggan datang semula ke kedai selepas pertama kali membelinya. Memang jenama dan bauan ini dikemas kini mengikut perkembangan pasaran semasa. Sebab itulah, di atas papan putih yang terlekat di dinding, jenis bauan baru ditulis menggunakan marker berwarna hitam.
Budi, 35, Pengurus Hotel Nalendra, mengakui ada penginap hotel yang bertanya lokasi untuk mendapatkan minyak wangi murah. "Mereka biasanya sudah tahu di Bandung ada menjual minyak wangi. Mungkin selepas diberitahu oleh kawan-kawan yang pernah datang ke sini." katanya.

Tidak cukup dengan itu, ada pelanggan yang datang dengan botol kosong dan mahukan wangian sama. Jadi, Aseh perlu menggunakan kepakarannya untuk mengenal pasti jenis wangian tersebut sebelum membancuhnya.

Lebih memeningkan kepala, Aseh terpaksa berdepan dengan pembeli yang tidak tahu minyak wangi yang ingin dibeli dan cuba untuk membuat campuran sendiri. Tetapi, apabila bau itu tidak sama seperti yang dimahukan, marah pula.
"Bukan senang kerana ada bau minyak wangi yang hampir sama walaupun jenamanya berbeza. Bezanya dengan kedai yang lain? Campuran minyak wangi ini saya tunjukkan di depan pelanggan. Mereka juga boleh minta saya ikut campuran sendiri, tetapi baunya mungkin tidak seperti yang diharapkan.
"Sama macam perniagaan lain, ada persaingan. Ada sahaja peniaga tidak bertanggungjawab yang menjual minyak wangi palsu. Di sini, saya jual pelbagai produk dan jenama dari Switzerland, Indonesia dan Arab.
Produk paling bagus ialah dari Switzerland, menerusi pengedarnya, Luzi," katanya di sebalik bingit bunyi enjin dan hon kenderaan dari jalan berhampiran. Bezanya, aroma minyak wangi gred satu lazimnya lebih lembut dan enak. Sedangkan minyak wangi ini gred dua baunya sedikit keras. Dari segi ketahanan, minyak wangi asli boleh bertahan lebih lama berbanding bau yang sama tetapi berada di gred dua.
Namun, ia tetap mempunyai kelebihan. Dakwa Aseh, misalnya jenama Burberry. Minyak wangi asli boleh bertahan selama satu hari, manakala minyak wangi sama yang dijualnya masih wangi sehingga dua hari.
Tidak terhad di pasaran tempatan, minyak wangi ini turut dihantar ke Malaysia. Kekerapannya sekitar empat atau tiga kali sebulan dengan jumlahnya mencecah 800 atau 1,000 botol, bergantung kepada permintaan.
"Tetapi, penjualan di Malaysia menggunakan botol yang sama dengan minyak wangi asli. Jadi saya perlu membeli bekas yang agak mahal harganya. Botol yang digunakan itu biasanya botol terpakai yang diguna semula. "Ia diperoleh dari hotel, pasar raya dan kawasan perumahan orang kaya. Disebabkan harganya yang mahal, botol perlu diteliti kerana ada yang menjual botol palsu. Sukar juga untuk dikenal pasti biar pun buatannya kasar, tidak teliti dan warna botolnya berbeza," ujar Aseh.

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah wawasan.

Gema Parfum
Nama minyak wangi.

----------

aisoice said...

Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah elmu.

Gema Parfum
Minyak Wangi pria favorit.

----------

Related Posts with Thumbnails