Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

29 June 2008

MEERA sakit mata

Kali ke-2 Meera sakit mata. Pertama kat Malaysia berjangkit pula kat atuk, Umi dan Mak Cu. Kali ni pulak dua-dua mata kena. Mula-mula mata sebelah kiri dan sekarang mata sebelah kanan pulak. D' sebabkan ubat mata tak ada, aku titiskan dengan air zam-zam. Comel pulak tengok mata dia macam baru lepas nangis.

28 June 2008

WOMEN NOT ALLOWED!!!!

"WOMEN NOT ALLOWED WITHOUT ESCORT" terpampang d' semua pintu masuk restoran d' bahagian FAMILI SECTION.
Wanita tidak d' benarkan masuk sorang-sorang tanpa bertemani. Mereka perlu membawa suami,rakan wanita atau anak sebagai teman. Takut nanti timbul fitnah atau kena ngurat oleh pekerja atau suami orang ataupun d' tahan oleh MUTAWWAH (MUTAWWAH suka ronda-ronda d'merata tempat termasuk kediaman & restoran).
Restoran atau kedai makan biasanya menjadi tumpuan kaum lelaki untuk melepak sesama mereka. Bagi yang berkeluarga tempat khas d' sediakan dan d' pisahkan dengan dinding dan d' tutup dengan langsir bagi mengelak pandangan kaum lelaki atau suami orang. Biasanya d' lindungi dengan langsir atau dinding.
Bahagian Keluarga biasanya untuk keluarga(suami, isteri dan anak-anak), ibu-ibu, ibu dan anak dan wanita dengan rakannya.

PANDA or BANDA

Ni sign bord pasaraya PANDA atau BANDA. Paling famous d' Riyadh. Kami selalu ke sini dan ada sesetengahnya bukak 24 jam.
D' sini banyak terdapat barangan Malaysia dan tumpuan rakyat Malaysia. Antaranya barangan Malaysia ialah sos cili & kicap MUDIM, bihun LIA SARA dan serbuk santan RASAku.

24 June 2008

PUFF SOSEJ (resepi CHETAM)

Resepi dari blogspot CHETAM. Sesuai untuk sesiapa yang tak pantai buat pastry. Senang nak buat, mudah d' sediakan dan cepat nak masak. Hanya perlukan :-
  • Roti canai segera (PARATHA)
  • Sosej ayam
  • 1 biji telur ayam

* * * CARA MEMBUATNYA * * *

  1. Roti dipotong tiga segi memanjang (boleh dapat 5 atau 6 potong)
  2. Potong sosej kepada dua
  3. Letak sosej d' bahagian melengkung roti dan gulung (bahagian tajam akan berada d' luar)
  4. Kelar bahagian atas dan sapukan dengan telur
  5. Bakar dalam oven sehingga bertukar warna keemasan.

23 June 2008

TOLONG MAMA MASAK

Mama...meera nak tolong mama. Bolehhhh? Alaaaa kejap jeee. Haaaa nilaaa ayat power rangers Ameera Kalau dah anak dara...mesti kerjanya menolong emaknya.
Haa tengok laaa anak dara aku ni. Meera pun nak tolong memasak. Kalau tak kacau ....eemm tak sah. Nilaaa kerja yang paling dia suka....lenyek pisang buat cekodok. Lepas dah lenyek sempat lagi rasa guna alu kayu tu.

22 June 2008

MAKAN MALAM D' TANDOOR RESTAURANT

Semalam kami makan malam dekat d' TANDDOR restoran. Pesan chapati, roti nan, kuah dal, sup jagung telur dan ayam masak kadai (macam masak masala). Terubat jugaklaa rindu pada kedai mamak kat Malaysia. Meera cicah roti dengan sup jagung. YUMMY!!!Yummyyy!!! Sedap sampai tak terkata.

21 June 2008

ROTI FALAFIL

Ala-ala kebab berintikan sayur-sayuran antaranya french fries, salad, kacang kuda (seperti masalode) dan tomato. FALAFIL sesuai d' makan bagi mereka yang nak diet tapi lambat nak habiskan sebabnya ia besar 2X ganda daripada SHAWARMA (kebab ayam). Walaupun lambat nak habiskan tapi ianya mengenyangkan.

FACE's of AMEERA ADLINA

BIG baby Ameera Adlina. Lahir pada 25 DISEMBER 2004. Sekarang umurnya 3 tahun 5 bulan. Nampak dah besar tapi still a baby. Lihatlah wajahnya dari baby sehinggalaa sekarang.

AMEERA ADLINA BeSdAy PaRtY

Gambar -gambar menarik semasa celebret besday Ameera yang ke-3. Aku meraikanya sekembalinya aku habis cuti tanpa gaji tahun lepas. Kiranya emergency punya besdaylaaa. SEDERHANA tapi MERIAH .......

20 June 2008

NASI KABSA AYAM

Ni Nasi Kabsa. Lebih kurang macam nasi ayam. Bezanya beras Basmati biasanya d' gunakan untuk memasak nasi ni. D' hidang bersama dengan cili hijau, bawang, lemon dan sambal cili. Selain ayam, unta dan kambing menjadi pilihan. KABSA yang aku makan biasanya Kabsa ayam. D' sediakan bersama-sama cili hijau, bawang, lemon dan sos cili. Cara makan pulak biasanya orang arab akan bentangkan plastik (macam sapra) dan selambakkan nasi diatas plastik dan d' hadap oleh 4 atau 5 orang makan. Kiranya macam makan nasi ambang laaa. Ni pun tak habis makan...

BeSdAy SaNa SiNi ...

Ini besday yang ke -3 d' hadiri oleh Ameera. Yang pertama besday kakak Batrisyah. Ke-2 besday kakak Myra dan terkini pada hari Khamis 19 Jun 2008 meraikan besday kawan Meera HAFIZUDDIN pula. Meera yang paling hapening sekali walaupun bukan besdaynya. Seronok dia dapat berkumpul dan bermain bersama-sama rakan sebaya dan kakak-kakak d' sini. Inilah masanya juga kami rakyat Malaysia dapat berkumpul bersama-sama dengan membawa pelbagai juadah 'potluck'.

16 June 2008

Nampak tak baby kat atas casher tu? Lelaki yang berjubah yang bawak baby dan budak-budak tu .Selambe je dia letak baby atas batu tanpa pengawasan. Aku yang tengok jadi seriau sebabnya sikit lagi nak jatuh.
Aku duk perhati je ngan suami. Suamiku ada bagi salam pada Pak Arab tu, tapi Pak Arab tu buat bodoh jee. Niatku nak dukung pun terbantut dan tak d' benarkan oleh suamiku.
Tak tau laaa...orang arab ni pandangan dan fikiran diorang lain. Dia ingat kami ni pinoy mari kot!

SING a SONG

Lagu kegemaran Ameera. Ini antara liriknya.

Kalau nak dengar...tunggu Ameera balik Malaysia yeee.

  • " Twinkle-twinkle little star , How I wonder What U Are " (ulang semula)

  • " I love U, u love me , Meera happy famili "

  • Si ne merry ki di ki di .....Si ne merry ki du , I LOVE U
  • " Cinta ini na na na tak ade logika .semua dalam hatiii nananaaa ... untuk saa aat." ooo (Agnes Monika)

  • No one ! No one! No One !.... (ulang semula)

08 June 2008

SAYUR GORENG SPECIAL

*** BAHAN DIPERLUKAN ***(3-4 orang makan)
  • 3 ulas bawang putih (d' cincang)
  • 1/2 bawang merah (d' cincang)
  • 10 ekor udang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu sos toram
  • Brokoli
  • Kobis cina
  • 1 batang carot
  • cendawan butang
  • garam
  • minyak masak

*** CARA MEMASAK ***

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah hinga naik bau.
  2. Masukkan carot , cendawan dan udang. Kacau sehingga udang bertukar warna.
  3. Masukkan brokoli biar masak sekejap
  4. Pecahkan telur dan masukkan sos tiram beserta garam
  5. Kacau rata dan masukkan kobis cina. Biarkan mendidih
  6. Rasakan mengikut selera.

BIHUN SUP UDANG

* * * BAHAN DIPERLUKAN * * * (4 orang makan)

  • Bihun (d' celur dalam air panas)
  • 3 ulas bawang putih putih (d' ketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (d' hiris)
  • 5 biji cili padi (d' ketuk)
  • Air rebusan kepala udang
  • 5 cawan air
  • Isi ayam
  • Udang
  • 1 biji lobak merah (d' hiris bulat)
  • 1 biji buah tomato (d' hiris)
  • Sayur sawi
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu teh lada hitam (d'tumbuk)
  • garam
  • 2 sudu minyak masak

*** CARA MEMASAK ***

  1. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga bertukar warna
  2. Tuangkan air rebusan kepala udang dan air
  3. Masukkan isi ayam, lobak merah, cili padi, lada hitam dan kiub ikan bilis. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan udang dan tomato.
  5. Masukkan garam dan rasa mengikut selera
  6. Tutup api dan masukkan sayur sawi
  7. Tutup dengan penutup periuk supaya sayur sawi masak.

*** Bihun dicelur dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan sup tadi & hias dengan daun bawang & bawang goreng ****

05 June 2008

LABU MASAK LEMAK

Suamiku tak suka sangat makan labu, takut angin dan aku pulak tak reti masak labu. Pendamkan laaa niat nak makan masak lomak labu. Tapi tetiba minggu lepas dia belikan labu (rupa labu kat sini macam kat Malaysia, kulit warna hijau, d' potong beberapa bahagian dan d' buang biji). Aku makan pun yang emak masak. Bangun tidur,teringat labu dalam peti ais dan terus belek resepi dalam majalah dan serch internet. eemmm inilah LABU MASAK LEMAK yang pertama dariku dan "I LIKE kIT kata Meera". Puas sangat dapat makan dan nak masak lagi.
  • 1/4 biji labu kuning (d' potong bersegi )
  • 1/2 biji bawang merah (d'tumbuk kasar)
  • 1/2 biji bawang merah (d' hiris)
  • 7 biji cili padi (d' tumbuk)
  • sedikit ikan bilis
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • daun kunyit d' koyak
  • garam

* * * CARA MEMASAK * * *

  1. Masukkan santan cair, bawang tumbuk, bawang hiris, cili padi, ikan bilis dan buah labu ke dalam periuk.
  2. Jerangkan d' atas api yang kecil (supaya labu empuk)
  3. Masukkan serbuk kunyit dan garam.
  4. Setelah mendidih, masukkan santan pekat dan daun kunyit.
  5. Rasala masakan mengikut selera anda
  6. Labu dah empuk bolehla tutup api dan hidangkannya.

RESTORAN MALAYSIA, RIYADH

17 Mei 2008
Seronok dengar ada Restoran Malaysia d' RIYADH. Dapatla makan lauk- pauk kampung dan masakan orang Malaysia. D' sinilaa tempat rakyat Malaysia berkumpul dan melepak.
MUTIARA MALAYSIA RESTAURANT namanya. Dinding d' hias dengan gambar pemandangan laut dan almari hiasan d' alas dengan kain batik. Kagum aku melihatnya. Suasana seperti d' Restoran Sri Malaysia berasaskan kayu tapi ruangnya kecil sedikit.
Tapi malangnya aku tertipu. Restoran ni sajikan masakan THAI laaaa. hampeh tul laaa d' orang ni. Sebabnya pemilik sudah bertukar tangan kepada orang Thailand. Kempunan aku nak makan masakan Malaysia.
Antara makanan yang kami pesan adalah thai tomyam kung, udang goreng tepung, wantan sup, thai noodle, telus bungkus dan kepak ayam goreng.

KLIK- klik sana sini RIYADH

HiBuRaN 4 Me!!!

TENGOKni!!! Meera boleh bawak kereta, naik belon, bawak keretapi....wow suka mera. Ni antara kata-kata MEERA. Kalau papa cuti, bolehlaaa mera main puas-puas Mainan ni banyak terdapat d' shopping mall dan d' taman-taman awam yang menyediakan khas untuk keluarga beristirehat. Enjoy viewing....

03 June 2008

IKAN oh IKAN!!!

Ni la kedai ikan pilihan kami d' RIYAD. KHALIFA fish market ni rupa dia lebih kurang macam 7 eleven. Ikan d' sini fresh dan besar-besar dan harga boleh tahanla berbanding kat pasaraya. Kebanyakkan pelanggan yang datang adalah orang Filipina dan Malaysia (tapi kebanyakan inagt kami ni pinoy). Ikan kat sini tak ada banyak sangat pilihan. Antara ikan yang terdapat d'sini ialah bawal, tenggiri, jenahak, tongkol, kembung, mambung, talapia hitam, kerisi, kerapu, parang, belanak, udang, ketam dan sotong.
Kalau teringin nak makan lala, hanya lokan ajelaa yang ada untuk pengubat rindu disini.Tapi tak semua kedai ada menjualnya. Kebanyakan kedai ada menyediakan tempat menggoreng ikan. Biasanya orang arab yang suka ikan d' goreng terus d' situ. Malas agaknya nak goreng kat rumah, takut terpercik minyak kat muka.Ikan kat sini d' siang menggunakan mesin elektrik. Takla bising sangat. Habis semua ingsang dan ekor dibuangnya.

Going To School

Akhirnya Ameera ke sekolah belajar dan bermain bersama rakan sebaya. Hampir 5 bulan dia duduk terperap d' rumah dan bergaduh dengan aku. Asyik-asyik kena marah, kena pukul, kena cubit dan nangis dibuat oleh mamanya. Thanks to my members yang cerita dan rekomenkan kindergarden school LOVE & CARE. Studen d' Kindergarden & nursery ni kebanyakan pelajar adalah warga Pakistan. Tak sabar rasanya nak hantar Ameera ke sekolah semula. Alhamdulillah Ameera tak janggal dan pandai suaikan diri bersama-sama rakan sebaya berlainan bangsa walaupun tak pandai Arablish. Meera ke sekolah setiap hari dari hari Sabtu hingga hari Rabu dan masuk seawal 9 pagi dan habis pukul 1 tengahari. Dekat sekolah tak sediakan makan jadi setiap hari aku perlu sediakan breakfastnya. Antara menu hariannya ialah
  1. Bubur Nasi (paling suka)
  2. Makaroni hotdog (paling suka)
  3. Nasi goreng.
  4. Nasi sup.

Kalau tak sekolah biasanya bangun kul 11 pagi.Sekarang ni kena bangun pukul 8 pagi. Bila dah sekolah liat pula nak bangun pagi. Ada aje ayat-ayat power rangersnya. Bila aku kejutkan "Meera bangun g sekolah". Antara jawapannya :

"Japlaa, meera penat sangat ni". "Tak nak sekolah, Meera pening kepala ni". Nak rehat kejap ni.

01 June 2008

NASI AYAM SPECIAL

Merasa jugak aku makan nasi ayam kat Riyadh. Lepas ni tak payah nak beli atau telan air liur.
Tapi bila masak sendiri susah pulak aku nak berhenti makan...
* * * NASI * * *
  • 3 pot beras (dicuci dan ditapis)
  • 5 biji bawang merah (dikisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 1 cm halia (dikisar halus)
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • Sup ayam
  • Garam
  • Marjerin
  1. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar sehingga wangi
  2. Masukkan beras dan kacau rata
  3. Tuangkan sup ayam (sukatan air seperti memasak nasi)
  4. Rasakan dengan garam
*** SUP ***
  • 1 ekor ayam (dibelah 4)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 cm halia (diketuk)
  • 1 peket sup bunjut
  • Garam
  • Air
  • Minyak
  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi
  2. Tuangkan air
  3. Masukkan sup bunjut dan ayam
  4. Rasakan dengan garam
  5. Biarkan mendidih dan ayam empuk

*** AYAM ***

  • Ayam dalam sup
  • Kicap manis
  • 2 cudu sos tiram
  1. Keluarkan ayam dalam sup
  2. Tapiskan airnya
  3. Perapkan ayam dengan kicap manis dan sos tiram
  4. Panaskan sekikit minyak dan goreng ayam sehingga bertukar warna

* * * SOS CILI * * *

  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 biji cili merah (di kisar halus) atau 1 sudu besar cili kering
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 senduk sup ayam
  • 1/2 sudu gula
  • Sedikit garam
  1. Tumiskan bawang putih dan cili hingga wangi
  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan cuka
  3. Biarkan memdidih
  4. Tuangkan sup
  5. Masak sehingga kuah pekat
  6. Rasakan garam dan manisnya

* * * SOS KICAP * * *

  • 3 sudu kicap manis
  • 2 senduk sup ayam
  • Baki perapan ayam
  • garam
  1. Satukan kicap ,air rebusan ayam dan baki perapan ayam.
  2. Rasakan garam
Related Posts with Thumbnails