Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

15 February 2012

Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri

Tergerak hati untuk masukan benda ni dalam blog aku....Sebagai peringatan dan rujukan untuk diri ini yg semakin hari lalai dan malas. Aku sendiri akui yg aku malas sangat nak bangun pagi untuk solat subuh almaklum tidur sedap sangat lagi-lagi musim sejuk kat Saudi.
Bila dah bangun subuh tu pulak, aku tidur balik dan bangun dah tengahari sebelum anak balik sekolah. Boleh gitu!!!
Banyak amalan-amalan kat bawah ni yg tak diikut oleh kita dan bila dilihat memang ada kebenarannya dan berlaku dalam kehidupan kita seharian.
Kita ni semua nak sedap dan senang, akibat dan kesan dikemudian hari kita lupakan. Bila dah datang penyakit, haa baru tau kan!!!

Gambar ni aku ambil kat dalam FB Kami peminat Ustaz Azhar Idrus's Photo




[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

25 May 2010

Ada hadis rupanya psl sanggul tinggi tu...patut dah jd trend akhir zaman..

Aku tergerak hati nak baca benda ni yg link kat FB kawan aku!!!
Aku ingatkan ada jual tudung atau jubah....cos aku ni pantang siket bab-bab benda ni, SUKA SANGAT TENGOK!!!
Tapi sebenarnya ada citer disebalik pemakaian tudung yang banyak digayaka dan menjadi ikutan wanita muslimah kini...
Aku pun mengikuti fesyen-fesyen terkini yang mana pakaian ABAYA yang dipakai oleh wanita Arab sama dengan pakain baju jurung kita di Malaysia. Kalau di sini ABAYA ada yang belengan besar (ballon) kat Malaysia pun dah ada dimana aku tengok pakain Siti Nurhaliza sama ngan ABAYA...
DAN sekarang pula sibuk tengah HOT dengan SHAWL @ selendang....Senang citer orang ARAB dan Orang Malaysia ni adik beradiklaaa !!!!

JOMLAAA BACA citer kat bawah ni, semoga mengadi iktibar untuk kita wanita muslimah!!!!

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.



I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.



Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:



Quote::

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.



Rasulullah s.a.w bersabda:



Quote::

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”



–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-



I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.

Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.





note:



Dear readers,



The article above is not written by me. what i did is just copy and paste from my email, someone sent this to me. So I guess many people don't know about this hadith right... then i make a move to share this article with u, for your all concern. Like people say... yes... sharing is caring.



pesanan Rasullah SAW... sampaikan lah hadithku walaupun dengan hanya sebaris ayat....

17 December 2009

Do'a Akhir dan Awal Tahun Baru Hijriah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Ashar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Barangsiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku suatu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali sesudah maghrib pada malam satu Muharram. Barangsiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".
Related Posts with Thumbnails