Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

Showing posts with label NASI. Show all posts
Showing posts with label NASI. Show all posts

17 May 2010

NASI IMPIT GORENG

Huuhhhh...berapa lama tak update blog ni!!! Almaklumlaaa boyfren sorang ni mengikut je mana gurlfrennye pegi. Menyampah betul!!!
Alang-alang aku nak buat keje, aku peluk kuat2 sambil menaip satu persatu...

Ni menu sarapan pagi suamiku...NASI IMPIT GORENG!!! Nasi impit ni aku buat nak bawak masa besday parti, tapi makanan banyak sangat kat situ. Jadi dibawaklaa balik dan disimpan dalam peti sejuk....dan inilaa  hasilnya




  • Nasi impit dipotong dadu

  • 1/2 biji bawang besar -dicincang

  • 5 ulas bawang putih -dicincang

  • 2 sudu cili kering

  • 1 sudu kicap pekat

  • 2 sudu sos tiram

  • 1 kiub ikan bilis

  • 1 cawan air

  • 1 biji telur

  • 1 sudu kecil udang kering -ditumbuk

  • udang

  • taugeh

  • daun kuchai

  • kobis


  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga wangi

  2. Masukan cili dan masak hingga naik bau

  3. Tuang kicap, sos tiram dan kiub ikan bilis. kacau rata

  4. Masukan udang dan tuangkan air, biar mendidih

  5. Masukan nasi impit dan biar masak hingga air sedikit kering

  6. Pecahkan telur dan masukan semua sayur. Kacau rata dan rasakan dengan garam
*** macam masak mee goreng @ kueh teow goreng gitu ***

17 April 2010

NASI GORENG KUPANG

NASI GORENG KUPANG my new resepi for NASI GORENG. Apalaa rasa agaknya yee!!! eeemmm sedap kata suamiku : ) Tak tau nak bubuh apa kat dalam nasi goreng, tetiba timbul idea nak bubuh KUPANG. Lagi pun kat peti ada ayam ngan kupang aje. Jadi aku buatlaa untuk dijadikan perencah NASI GORENG...
Jom layan resepi :
  • Nasi putih
  • bawang besar
  • cili padi
  • 1 cawan kupang
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 biji telur
  • garam dan perasa yg dibenarkan....
  1. Tumbuk bawang dan cili padi
  2. Goreng telur dahulu dan hancurkan telur dalam kuali dan keluarkan
  3. Tuangkan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi
  4. Masukan kupang. Goreng hingga sedikit garing
  5. Tuangka sos tiram
  6. Masukan nasi. Kacau rata
  7. Masukan telur dan taburkan garam dan bahan perasa
  8. Rasakan apa yg kurang dan bolehlaa dihidangkan!!!

16 March 2010

BUBUR LAMBUK

Hari ni, aku masak BUBUR LAMBUK. Ini aje bubur yang sedap dan menyelerakan tekak suami aku yang tengah tak sehat. Hadif pun turut sama makan. SEDAP sangat dan dah habis pun!!!
  • 2 cupak beras
  • 1 cawan Santan
  • 1 biji bawang sederhana besar
  • 3 ulas bawang putih
  • halia sebesar ibu jari
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 kayu manis,
  • 3 bunga lawang
  • 3 bunga cengkih
  • ayam (tulang ayam + isi ayam )
  • udang
  • 1 sudu udang kering (direndam dan ditumbuk)
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)
  • 1 sudu lada hitam (dikisar halus)
  • 1 kiub ayam
  • garam
  • Air
  • daun bawang
  • bawang goreng

  1. Hiris bawang dan bawang putih. Halia diketuk
  2. Tuangkan 2 sudu minyak dan tumis bawang, bawang putih, halia, serai, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan halba hingga naik bau
  3. Masukan beras dan daun pandan yg diikat simpul. Kacau rata
  4. Tuangkan air seperti masak bubur. Biarkan masak seketika
  5. Masukan ayam dan udang kering serta kiub ayam
  6. Tuangkan santan dan taburkan lada hitam. Kacau-kacaukan supaya tak berketul
  7. Bila dah separuh masak, masukan lobak, udang dan garam
  8. Tunggu hingga masak dan rasakan apa yang kurang....

26 February 2010

NASI BERIANI

Nasi Beriani ngan Acar Timun + carot
NASI BERIANI AYAM
ACAR TIMUN + CAROT
Hari ni aku masak NASI BERIANI dengan ACAR TIMUN. Percubaan kali ni kira berjayalaa. Sebab sebelum ni aku penah buat, tapi kurang memuaskan dan sebab tu aku tak masukan dalam N3 aku ni!!!
Anak aku Ameera siap pesan nak bawak bekal ke sekolah esok. "Mama jangan lupa yee letak ayam sekali". So nampaknya aku kena masukan dalam peti sejuk bekulaaa malam ni.
Nasi Beriani ni aku tak letak susu. Just tumis dan tuangkan air. Tak laaa meloyakan tekak dengan bau susu dan yang pastinya semua berselera makan sampai 3...4 kali tambah!!!

29 January 2010

NASI LEMAK buat sendiri

Ni NASI LEMAK bungkus buat sendiri...dah jemu makan nasi lemak dalam pinggan. Kali ni ubah selera pulak dan mood suami lak tengah ok, aku ajak pegi kedai kat BATAHA (ALA-ALA COW KIT) beli daun pisang. Nasi Lemak ni aku buat hari Jumaat lepas untuk makan tengahari sambil jamu kengkawan laki yang duk kat tinggat atas umah aku ni...
Terjumpa pulak surat kabar ...wwaaallaaa!!! Dapatlaa NASI LEMAK BUNGKUS!!!
Memang sedap dan naik lemak orang tu bila dah makan nasi lemak ni. Sambal pulak aku dah jumpa resepinya....memang sebijik macam sambal kat kampung aku!!! Me kasih KAK ONNA!!! Baki sambal tu ada dalam peti ais ...aku bekukan untuk simpanan bulan akan datang!!!

03 January 2010

NASI AYAM SEDAPNYA

Hari ni masak nasi ayam cos bahan -bahan ada pulak dalam peti. Ayam ada, salad, tomato dan timun pun ada. Cuma perlu dapatkan resepi nasi ayam yang betul-betul sedap dan tak meloyakan tekak. Sebab ada sebelum ni aku cuba rasa loya mungkin silap bahan...
NASI AYAM NI memang betul-betul sedap dan puas hati bila makan. Ameera siap tambah 3 kali dan siap pesan nak bawak bekal esok....
BAHAN UNTUK NASI
  • 5 cupak beras(dicuci dan ditoskan)
  • 1/2 biji bawang besar -dimayang
  • 3 ulas bawang putih -dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1 sudu stok ayam maggi + 5 cawan air
  • kayu manis, 2 bunga lawang, 2 buah pelaga
  • 2 sudu planta + 1 sudu minyak masak
  • sedikit garam
  1. Panaskan planta dan minyak dalam periuk nasi. Tumis kayu manis, buah pelaga ,bunga cengkih, bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukan beras kedalam tumisan. Kacau rata
  3. Tuangkan air stok ayam dan taburkan garam.
  4. Tutup periuk dan tunggu hingga masak

BAHAN PERAPAN AYAM

  1. Ayam dipotong 4 dan masukan dalam sup
  2. Bila dah empuk, keluarkan dan ditoskan airnya.
  3. Masukan ayam dalam mangkuk yang bertutup dan perapkan dengan kicap, 1 sudu sos tiram dan 1 sudu madu dan sedikir garam
  4. Perap sekejap dan sedia untuk digoreng dengan minyak yang cukup panas...

BAHAN UNTUK SOS CILI

  • 3 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 sudu sos cili
  • 2 sudu gula
  • sedikit garam
  • 2 sudu minyak
  • 2 sudu jus perahan lemon
  1. Kisar cili merah dan bawang putih dengan airhingga lumat
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi
  3. Masukan sos cili dan gula
  4. Bila mendidih, masukan jus lemon dan garam
  5. Rasakan kepekatan dan rasa ikut selera

SOS kicap

  1. 1 ulas bawang putih -dicincang halus
  2. Sedikit halia -dicincang halus
  3. Perapan ayam
  4. Kicap
  5. garam
  6. 1 cawan air
Satukan semuanya dalam kuali dan masak hinng kuah menjadi pekat

24 December 2009

Seafood NASI GORENG

Yummy!!! berselera kami makan. Asyik makan nasi goreng kampung letak ikan bilis jee. Kali tukar siket... Aku masukan udang, sotong dan cili padi untuk tambah kick!

13 April 2009

NASI GORENG MY STYLE

BAHAN-BAHANYA
Nasi Putih semalam punye
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 biji cili padi (dipatah-patah)
sedikit ikan bilis
lobak merah (dipotong dadu)
1 mangkuk kacang pis
kicap
1 biji telur
garam
CARA MEMASAK
1. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan ikan bilis hingga garing
2. Masukan lobak merah dan masak hingga empuk dan masukan kacang pis 3. Tuangkan kicap. Kacau rata dan pecahkan telur. 4. Tunggu telur masak barulah tuangkan nasi. Kacau rata dan sebati dan rasakan garam.

09 July 2008

BUBUR NASI AYAM

Antara menu wajib Meera bila ke sekolah. Kalau tak bubur ...nak makaroni goreng dengan hotdog
  • 1/2 pot beras (d'cuci )
  • Kaki Ayam/ tulang ayam
  • Isi ayam
  • 2cm halia (d' ketuk)
  • 3 ulas bawang putih (d'ketuk)
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • garam
  • Air
  • daun bawang (untuk hiasan)
  • bawang goreng (untuk hiasan)

  1. masukkan 3 cawan air, halia, bawang putih, kiub ayam dan kaki ayam/tulang ayam. Masak hingga empuk dan tutup api. Ketepikan...
  2. Dalam periuk lain, masukan beras dan air menjadi bubur.
  3. Bila bubur sedikit kering, masukkan daging ayam, garam dan lada sulah
  4. Tuangkan air rebusan ayam beserta bahan-bahan dalam periuk ke dalam bubur. Kacau sebati
  5. Rasakan garam dan hias dengan daun bawang dan bawang goreng

01 June 2008

NASI AYAM SPECIAL

Merasa jugak aku makan nasi ayam kat Riyadh. Lepas ni tak payah nak beli atau telan air liur.
Tapi bila masak sendiri susah pulak aku nak berhenti makan...
* * * NASI * * *
  • 3 pot beras (dicuci dan ditapis)
  • 5 biji bawang merah (dikisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 1 cm halia (dikisar halus)
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • Sup ayam
  • Garam
  • Marjerin
  1. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar sehingga wangi
  2. Masukkan beras dan kacau rata
  3. Tuangkan sup ayam (sukatan air seperti memasak nasi)
  4. Rasakan dengan garam
*** SUP ***
  • 1 ekor ayam (dibelah 4)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 cm halia (diketuk)
  • 1 peket sup bunjut
  • Garam
  • Air
  • Minyak
  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi
  2. Tuangkan air
  3. Masukkan sup bunjut dan ayam
  4. Rasakan dengan garam
  5. Biarkan mendidih dan ayam empuk

*** AYAM ***

  • Ayam dalam sup
  • Kicap manis
  • 2 cudu sos tiram
  1. Keluarkan ayam dalam sup
  2. Tapiskan airnya
  3. Perapkan ayam dengan kicap manis dan sos tiram
  4. Panaskan sekikit minyak dan goreng ayam sehingga bertukar warna

* * * SOS CILI * * *

  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 biji cili merah (di kisar halus) atau 1 sudu besar cili kering
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 senduk sup ayam
  • 1/2 sudu gula
  • Sedikit garam
  1. Tumiskan bawang putih dan cili hingga wangi
  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan cuka
  3. Biarkan memdidih
  4. Tuangkan sup
  5. Masak sehingga kuah pekat
  6. Rasakan garam dan manisnya

* * * SOS KICAP * * *

  • 3 sudu kicap manis
  • 2 senduk sup ayam
  • Baki perapan ayam
  • garam
  1. Satukan kicap ,air rebusan ayam dan baki perapan ayam.
  2. Rasakan garam
Related Posts with Thumbnails