Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

Showing posts with label CERITAku d' RIYADH. Show all posts
Showing posts with label CERITAku d' RIYADH. Show all posts

02 January 2011

RUMAH d' RIYADH

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!
Tahun baru ni, baru sibuk nak update blog...sebabnya tahun lepas sibuk memanjang ngan pindah rumah, meera sekolah, melayan kak Onnaku yg datang Riyad sekejap dan macam-lagilaa.

Pindah rumah... sebelum ni aku dah 2 kali duduk rumah service apartment ( angkut beg pakain je). Baru  3 bulan merasa duk rumah sendiri. Pasalnya kontrak suami dulu setahun je tu pasal malas nak sewa rumah. lebih baik duk service apartment, tapi sekarang sign agrement untuk 3 tahun boleh saving sikit.



Menyewa rumah kat sini bukan macam kat Malaysia. Kat sini sewa kena bayar 1 tahun punye sewa (SR 28). Kalau tuan rumah baik hati, bolehlaa bayar 2X ...tu tak termasuk perabut dan lain-lain.
Kalau Service Apartment pulak, semua benda dalam rumah disediakan....dapur gas, sofa, katil, mesin basuh. Bayaran pulak boleh bulan2 ikut kalender islam. Dan ada masa sewa service apartment akan naik masa musim panas.

Yang bess pulak bila kita nak balik Malaysia for good, barang dalam rumah ramai orang nak beli dan siap menunggu lagi, tak rugi kita beli barang banyak2 kat sini. Kan bess kalau orang Malaysia pun buat macam ni!!!

Ni rumah baru aku tingkat 2 sebelah kiri


05 October 2010

PERIOD!!!

Saja nak berkongsi cerita dan aku yakin ramai yang tak tahu menahu tentang ni....

Aku datang period selepas 1 tahun 3 bulan menyusukan dan sama usianya dengan Hadif .

Ceritanya macam ni...
Masa lahirkan Ameera, aku kekurangan susu badan disebabkan masa tu aku bekerja dan memerlukan banyak masa di pejabat. Sebab itu aku memberikan sepenuhnya susu fomula kepada Ameera.
Selepas Ameera berusia 3 bulan, aku pun datang period. Jadi aku pun ingat ini normal bagi wanita selepas bersalin.

Bersalinkan Hadif pula, aku tekad untuk menyusukan dengan susu badan dan Alhamdulillah sehingga kini, susu badanku banyak dan berbeza sangat bentuk fizikal dan perangai anak aku yang kedua ni. Hadif betul2 anak mama. Kalau aku keluar shoping atau ke rumah kawan, aku bagi dia minum susu fomula...
Masa terus berlalu dan aku tertanya pada diri dan suami KENAPA AKU TAK DATANG PERIOD??? Adakah pasal petukaran hormon atau pasal makan jamu???

Jadi aku pun tanya pada kawan2 yang sama menyusukan badan dan mereka kata KALAU KITA MENYUSUKAN BADAN MEMANG PERIOD LAMBAT DATANG!!!

Fuhh lega rasanya, aku dan suami dah cuak dah. Tapi dalam pada tu berat badan aku makin berisi. Orang kata menyusu badan, berat akan turun tapi tidak pun, mungkin kena tunggu period datang kot!!!

Minggu lepas, muka aku tumbuh jerawat kat bawah mulut sebelah kiri. Aku ingatkan mungkin alah pada makeup @ bedak. So aku tak edahkan jelaaa. tetiba

Petang Ahad, masa aku nak buang air, keluar darah bersama air kencing. Cuak aku sekejap. Mencarilaa aku pampers yang dah lama aku tak beli. Cari punya cari adalaa 3 keping yang tinggal ( peninggalan masa aku beranak ari tu).

Period kali ni banyak sangat  dan keluar memancut-mancut. Orang kata peralihan hormon dan hormon tu nak normalkan balik. Sampaikan aku kena pakai 3 pad dalam masa satu hari dan ada satu hari habis basah sofa aku duduk ( terbocor )....

Baru terasa ringan badan sebab segala kekotoran dah keluar.... dan sekarang aku dah tau perbezaan antara menyusu badan dengan tak menyusu badan!!!!

02 October 2010

AMEERA pegi sekolah

Logo sekolah (abaikan buterfly tu yee, cikgu yg lekatkan)

dengan Baju sekolah 

2 Oktober 2010 bermulalaa persekolahan bagi Ameera Adlina kat RAINBOW INTERNATIONAL SCHOOL. Ameera dah mula masuk gred 1 ( darjah 1). Sebelum 7.15 pagi kena masuk sekolah.
Di Riyad sistem persekolahan lain sikit kerana ikut kalender Islam. Masuk bulan Ramadhan sekolah akan ditutup sehinggalaa petengahan Syawal.
Pemilihan sekolah untuk Ameera, aku telah memilih Learning Oaisis International School dan Rainbow International School.
LOIS sebab Meera pernah sekolah kat situ masa dia tadika manakala RIS pula katanya yuran lebih murah dan ramai rakan2 hantar anak ke situ.
Aku sendiri telah datang dan lihat sendiri keadaan sekolah RIS dan bertanya tentang sekolah pada kakitangan sekolah dan akhirnya kata putus telah dibuat dan aku dan suami memilih untuk menghantar Ameera ke sekolah Rainbow International School (memang yuran murah dan dapat diskaun kalau bayar penuh).
Di Rainbow International School, pelajar perempuan dan lelaki diasingkan dan kebanyakan guru adalah Filipina berbanding dari LOIS guru adalah Egyp, Syria dan Arab...Yang pasti Ameera suka dengan sekolah barunya itu!!!

10 August 2010

SELAMAT BERPUASA....


RAMADHAN KAREEM!!!! Selamat berpuasa.
Kami di Riyad Arab Saudi turut akan berpuasa esok hari Rabu 11 Ogos 2010.
Semoga ramadhan kali ini akan dinikmati sebaik-baiknya dan akan dipenuhi dengan amalan-amalan yang mulia....InsyaAllah
Aku akan menyambut RAMADHAN bersama suami dan anak-anak dan InsyaAllah akan berhari raya di Riyad buat pertama kalinya....

03 June 2010

KONVOKESYEN AMEERA

Ni majlis Konvo kat sekolah Oasis International School, Riyad untuk studen KG3 (kiranya untuk bebudak umur 6 tahun -tadika). Lepas ni Meera akan masuk darjah 1 (kat sini gred 1).

Cuti sekolah dah bermula pada 27 May 2010 dan persekolah baru akan bermula pada bulan September 2010 selepas musim panas dan selepas hari raya).

Ni antara gambar-gambar yang sempat aku ambil selepas majlis. Semasa majlis tak dibenarkan ambil gambar yee (macam majlis kovo aku pulak). Kalau sesape ambil, kemera akan dirampas...pasalnya dalam sekolah tu semu pompuan dan diorang tu semua bukak ABAYA (pakaian seksi gitu).

Pada majlis tu, hanya ibu sahaja dijemput....bapa pulak tolong jaga anak-anak dalam kereta atau dirumah.

Ameera dengan baju KONVONYA


Bersama kawan sedarjah
Ameera, Mohamad Aslam, Afif dan dan Muzir

02 June 2010

PASAR MALAM

Rupanya kat sini pun ada pasar malam. Terasa macam kat MALAYSIA. Ada generator, lampu mentol dan pengunjung....

Sebenarnya kami nak makan malam kat Restoran Mutiara (restoran Malaysia). Disebabkan kami kuar dah dekat nak solat Isyak, aku ajak suami pegi ronda-ronda jap. Nak cuci mata sebabnya dah dua hari kami dok terperap kat umah.

Ronda punya ronda...rupanya kami masuk area India, lebih kurang BATAHA (kalau kat Malaysia area CHOW KIT). Terjumpalaa tempat ni dan dengan segera aku suruh suami berhentikan kereta dan jom singgah!!!

Dan aku ada terjumpa batang keladi ada dijual kat sini....hihihi next projek laa lepas ni.

Hahahahaa terubat windu kat PASAR MALAM BANDAR TUN RAZAK....

Masih lengang sebab orang pegi Solat

Kebanyakan jual sayur, bawang dan buah
Geram tengok bendi yang gomok-gomok macam kat Malaysia
Nak dimasak asam pedas ngan ikan duri

heheheee....ni curi-curi ambil gambar, kalau nampak dek Mutawah abis kena rampas!!!!

S A K I T!!!

Sekarang ni tengah musim demam, batuk sesema dan sakit tekak kat RIYAD. Sebab itu sekolah dah mula cuti  dan akan start balik pada September.
Untuk makluman kengkawan kat Malaysia....sekarang ni tengah musim panas. Panasnya dari pagi sampai ke malam dan terasa bahangnya sampai dalam rumah. Air paip pun panas...
Kami anak beranak sakit seluruh badan...papa sakit gigi, batuk, sakit tekak dan banyak kahak. Mama pula dah mula sakit tekak, sesema dan batuk...Meera pulak selsema, baruk dan kahak manakala Si Hadif pulak selsema dan demam sikit.
Terpaksalaa kami berpantang dan hanya makan bubur nasi dengah masak rebus ajeee.
Kat sini kami hanya harapkan ubat beli kat parmasi jeee. Nak ke klinik @ hospital mintak maaplaa. Habis duit jee nanti!!!

03 May 2010

HUJAN BATU

Musim hujan masih melanda Riyadh....tapi kali ni hujan batu dan hujan tak henti-henti .
Banyak kereta tersekat kat jalan raya dan ada anak-anak masih tak balik dari sekolah disebabkan bas sekolah tersangkut dalam banjir.
Aku dan anak-anak pulak terlena disebabkan hujan. Kusangkan hujan biasa...rupanya hujan batu.

02 May 2010

Besday, enibesari and makan-makan

Minggu ni kami sekeluarga ada jemputan Besday Ayra Salma , enibesari  Kak Zurah and makan-makan kat Resort Al-Yamama, Saudi Arabia. Tak caya aku kat Saudi ada resort macam Sunway Lagoon. Diadakan pada 30 April 2010 hari Jumaat dari pukul 11 pagi hingga malam.

Alamak pulak laki aku syif malam dan balik kul 8 pagi...cam mana nak pegi???

Kami anak beranak pulak xcited sangat nak pergi dan laki aku kata kita pegi lepas sembahyang Jumaat....tapi lepas sembahyang pun tarak bangun...cos penat sangat!!!

Jadi kami gerak lepas Asar dan tak dapat nak memeriahkan suasana. Sekadar datang makan, meera pulak mandi kejap dan maghrib kami gerak balik....untuk sambung tidur (kerja malam menanti)

Yang pastinya kamilaa tetamu yang paling lewat datang dan tetamu yang paling awal balik....
Apapun ucapan terima kasih kat Anura, Kak Zuhra dan Ruzie atas jemputan dan makanan yang sedap-sedap.... 

Masih dalam kereta menuju ke Resort....tersesat-sesat cari tempat

Happy face...
Swimmm...swimmm

Mr. Nasri wif Mr. Nuri

Lapar sangat

Wif d camera man...SIFU of the camera man

01 May 2010

MOTIVASI anak-anak

PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA Riyadh telah menganjurkan program Motivasi MUKHAYYAM TARBAWI pada 29 April 2010.

Motivasi ni untuk budak-budak umur dari 6 tahun hingga 15 tahun dan berlangsung hanya satu hari je.

Aku ambil peluang untuk menghantar Amerra walaupun papanya kerja syif malam dan balik kul 8 pagi. Terpaksalaa papa balik awal seawal kul 6 pagi dah cabut dari opis dan kul 6.30 kami gerak berangkat ke kem motivasi...

Antara gambar-gambar yang menatik dan sempat diambil


Masih mamai ....cos baru bangun tido




Tengah sibuk mendaftar

Bersama kakak CIK EDA dan adiknya

Beratur dan taklimat ringkas untuk anak-anak

Taklimat untuk ibubapa pulak
Turut sama mendengar ....
Antara acara dalam kelas anak-anak berumur 6 tahun

30 April 2010

HeLLoO!!!

Aduh...dah berapa minggu tak update blog ni. Almaklum bz ngan Mr. Hadif dan asyik bejaga pagi cos nak siapkan aku punya kerja seni. Selepas subuh, kena siapkan brekfas Meera pulak dan selepas siapkan Meera, aku sambung tido semula.Tu yang tak dak masa nak melawat blog!!!

08 April 2010

HADIF demam

hheeee... cutenyeee!!!
basahkan napkin dan ikat serban kat Hadif

Hadif pulak demam...Minggu lepas kakak Meera yang demam. 3 hari ponteng sekolah dan banyak pulak homework cikgu bagi kena buat...
Hari ni Hadif pulak demam. Panasnya naik pagi tadi pukul 8 pagi dan aku cepat-cepat bagi dia makan ubat. Selesai bagi makan ubat, perasaan was-was membuak-buak dan aku minta suami aku balik cepat dan bersiap untuk ke hospital.
Sampai aje, doktor kata demam disebabkan virus. InsyaAllah sihat!!!

04 April 2010

Aktiviti minggu lepas masa suami aku cuti hari RABU n KHAMIS. Kami lepak kat GRANADA SHOPING MALL. Kat sini entertaimen park dia dah lama tak disinggah, jadi aku pun bawaklaa kakak Meera ke sini...
Kebetulan kad-kad mainan semua aku kumpulkan dan ada pulak terselit kad taman ni dan bila di swepkan kat Unta bawah ni, terkejut ada balance SR 100!!!
Rezeki kakak Meera dapat main sepuas-puasnya....
E N J O Y d picture!!!
Adik beratlaa mama!!! hiii adik suka cos UNTA nyani MARHABA...MARHABA... tetiba MICKEY datang. sebelum orang arab ramai kerumun...
Meera g posing cepat. Huuu berebut budak arab kat dia. Budak lelaki ada yng peluk n cium sampai takut mickey ni...eee gerun tengok!!!
Hadif berdiri dengan kasut baru beli
Bediri je baru...jalan wait aaa tengah berlatih lagi!!!
Related Posts with Thumbnails