Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

10 June 2009

JEMPUTAN MINUM PAGI - ISTERI-ISTERI AJE

Ni jemputan untuk para isteri aje. Para suami pula masa ni kerja. Jadi para isteri dapatlaa melepak dan berbual kosong dengan isteri-isteri yang lain dengan releks sambil bukak abaya Kami dijemput oleh Kak Arina (Cik Na) bersarapan dengan menunya Nasi Kerabu dan Laksam. Tetamu yang datang masing-masing bawak potluck antaranya kuih-muih dan kek.
Bergambar dengan Kak Onna, Hanani, Kak Zura, Sharilla, Aku dan Kak Ayu
Meera dengan Ibu Onna dan Mysara

05 June 2009

BAJU BABY KAT RIYADH

Beberapa helai baju baby yang dapat aku beli kat sini. Baju untuk baby boy tak ada banyak pilihan. Untuk tatapan keluarga di Malaysia... tengoklaaa yee

03 June 2009

SAMBAL TEMPOYAK UDANG campur PETAI

Petai yang diberi oleh kak Onna masa pegi ke Jedah. Kat Jedah ada kedai Indonesia dan ada jual pelbagai barangan selera orang Melayu. Tu yang dia beli dan bagi kat aku... Aku lak tak tau nak masak apa.Tempoyak lak ada aku bawak dan bila datang idea...taraaa Aku kureng siket nak masak tempoyak ni cos cik abang tak suka sangat. Aku masak sebab nak bagi kak Onna sebab dah janji. Tapi bila dah masak, suka bebenar lak suami aku makan. Turut makan sekali ialah Ameera (dia nak sambal jee).
BAHAN-BAHANYA
Udang
Petai
2 sudu tempoyak
15 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
1 cm kunyit hidup
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
Daun kunyit (dikoyak)
2 cawan air
gula dan garam
CARA MEMASAK
1. Goreng sekejap udang dan angkat.
2. Kisar cili padi, kunyit hidup dan bawang besar. Tumis bahan kisar hingga terbit bau. Masukan serai dan bawang yang dihiris. Kacau rata.
3. Masukan tempoyak dan air. Kacau rata dan biarkan memdidih dan terbit minyak.
4. Bila sambal dah pekat, masukan petai dan daun kunyit. Biar masak seketika dan rasakan dengan 1/2 sudu gula dan garam.
5. Masukan udang dan kacau rata. Biar mesra dengan sambal dan petai. Rasa apa yang kurang. Bolehlaa tutup api

MASAK ASAM PEDAS IKAN DURI

ASAM PEDAS IKAN DURI

Ni Asam pedas aku masak guna cili hidup. Lauk ni telah bertahan selama 3 hari untuk dimakan oleh Ameera. Hari-hari duk makan lauk asam pedas dan bawak bekal pun nak lauk asam pedas. Bila tanya nak bawak apa g sekolah...jawabnya ASAM PEDAS. Bila suruh tukar menu...jawabnya kena marah laaa mamanya.

Aku pulak malas nak masak lauk ni sebabnya bila datang angin sedawa aku...keluarlaa bau asam pedas. Almaklumlaaa orang tengah ngandung tengah banyak angin dalam badan.
Disebabkan ikan duri dah lama terkurung dalam peti sejuk dan bahan sampingan seperti bendi , tomato dan terung ada aku pun memulakan acara memasak lauk ni. Lagipun ASAM PEDAS memang kesukaan suami aku. Bila dah masak dan makan pulak ngan nasi basmati, PURGhhhh memang bertambah-tambah makannya...SODAP SANGAT....
Related Posts with Thumbnails