Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

Showing posts with label GAMBAR -GAMBAR d' RIYADH. Show all posts
Showing posts with label GAMBAR -GAMBAR d' RIYADH. Show all posts

02 June 2010

PASAR MALAM

Rupanya kat sini pun ada pasar malam. Terasa macam kat MALAYSIA. Ada generator, lampu mentol dan pengunjung....

Sebenarnya kami nak makan malam kat Restoran Mutiara (restoran Malaysia). Disebabkan kami kuar dah dekat nak solat Isyak, aku ajak suami pegi ronda-ronda jap. Nak cuci mata sebabnya dah dua hari kami dok terperap kat umah.

Ronda punya ronda...rupanya kami masuk area India, lebih kurang BATAHA (kalau kat Malaysia area CHOW KIT). Terjumpalaa tempat ni dan dengan segera aku suruh suami berhentikan kereta dan jom singgah!!!

Dan aku ada terjumpa batang keladi ada dijual kat sini....hihihi next projek laa lepas ni.

Hahahahaa terubat windu kat PASAR MALAM BANDAR TUN RAZAK....

Masih lengang sebab orang pegi Solat

Kebanyakan jual sayur, bawang dan buah
Geram tengok bendi yang gomok-gomok macam kat Malaysia
Nak dimasak asam pedas ngan ikan duri

heheheee....ni curi-curi ambil gambar, kalau nampak dek Mutawah abis kena rampas!!!!

04 April 2010

Aktiviti minggu lepas masa suami aku cuti hari RABU n KHAMIS. Kami lepak kat GRANADA SHOPING MALL. Kat sini entertaimen park dia dah lama tak disinggah, jadi aku pun bawaklaa kakak Meera ke sini...
Kebetulan kad-kad mainan semua aku kumpulkan dan ada pulak terselit kad taman ni dan bila di swepkan kat Unta bawah ni, terkejut ada balance SR 100!!!
Rezeki kakak Meera dapat main sepuas-puasnya....
E N J O Y d picture!!!
Adik beratlaa mama!!! hiii adik suka cos UNTA nyani MARHABA...MARHABA... tetiba MICKEY datang. sebelum orang arab ramai kerumun...
Meera g posing cepat. Huuu berebut budak arab kat dia. Budak lelaki ada yng peluk n cium sampai takut mickey ni...eee gerun tengok!!!
Hadif berdiri dengan kasut baru beli
Bediri je baru...jalan wait aaa tengah berlatih lagi!!!

02 March 2010

the Crepe cafe

Hari ni kami dah janji nak bawak Ameera kuar pegi RiYadh Gallery. Kami keluar lepas Maghrib dan sampai aje kami jalan-jalan window shoping dulu sementara menunggu solat Isyak. Alang-alang aje cos nanti semua kedai 'n' taman tutup dan tetiba Suami aku berhenti pulak kat gerai the Crepe cafe. Dia tanya, Sayang nak makan ni tak? Abang nak belanja....
Boleh gak...sementara tunggu solat Isyak, kami lepak kat the Crepe cafe dan oder Omellete 'n' Sosej Crepe dan Ice Mocca 1. Enjoy d meal!!!..........
Ni mama 'n' papa punye oder

Ni Meera punye

Yummm oooOO!!! Sedap

Apa ni!!!Hadif punye ROTI BAKAR!!!

22 January 2010

MENGERJAKAN UMRAH PERTAMA KALINYA...

ALHAMDULILLAH!!! aku dapat mengerjakan Umrah pada tahun ini dengan suami dan anak-anak dan ditemani oleh Kak Onna dan keluarga. Niat untuk melakukan Umrah dah lama tersimpan sejak tahun lepas, tetiba aku disahkan mengandung dan alahan pulak teruk sesangat. Mungkin ada hikmahnya...dan Umrah kali ini aku dapat melakukannye dengan ditemani oleh anak-anak dan suami tanpa sebarang masalah.
Perjalanan kali ini dengan menaiki kereta GMC Yukon yang mengambil masa 8 jam perjalanan dari Riyad ke Mekah.
Semasa Tawaf, aku kendong Hadif dan suami pulak pimpin Meera walaupun cuaca panas dan lakukannya hingga selesai dan semasa Saie pulak, Meera mula penat dan lapar sebabnya belum sarapan pagi.
Untuk makluman semua, gambar di dalam Masjidil Haram ni aku ambil guna HANDFON ye!!!

Selesai melakukan Saie

Meera penat dan kelaparan...Jom balik Hotel dulu yee!!!
Dihadapan Kaabah selesai melakukan Umrah Jalan nak balik ke Hotel AL-SAFWAH Bersama Kak Onna yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar Nak naik ke Hotel

10 December 2009

ZIARAH M A D I N A H

Alhamdulillah.... aku sekeluarga sampai juga ke MADINAH walau hanya untuk 2 hari sahaja.
Aku ke Madinah tanpa dirancang. Hanya diberitahu oleh suami seminggu selepas pulang dari al-KHOBAR (memancing kat Al-Khobar). Pegi ni pun sebab cuti suami jatuh pada hari minggu (Khamis & Jumaat).
Untuk menjimatkan masa, kami memilih perjalanan dengan kapal terbang yang hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Kami bertolak dari Riyadh pukul 3 petang dan tiba di Madinah pada pukul 4 petang disebabkan flight pagi sudah penuh.
Setibanya di Hotel, kami bersiap untuk ke Masjid Nabawi untuk bersolat Maghrib dan solat Isyak.
Dalam perjalanan menuju ke Bahagian wanita, ramai jemaah bepaling ke arah kami yang membawa anak-anak. Ambil gambar kami pun ada.
Sambil berjalan, seorang jemaah lelaki dari Turki berhenti dan bersalam dengan anak-anak kami. Ameera siap bagi nama dan kata "from Malaysia".
Tiba kat bahagian wanita, gurd wanita pun geram tengok Hadif. Bila kami berjalan nak ambil tempat pun, semua jemaah tengok kami. Haiii.... jadi wayang laaa pulak
Hadif pun pandai beborak dengan jemaah yang menegur dia. Kakak Meera pulak penat dan ngantuk. Dan semasa aku solat pulak, anak kawan tolong jagakan. Alhamdulillah Hadif tak meragam dan tak melalak macam budak-budak yang lain
Kini aku tahu nikmatnya berada di MADINAH dan MEKAH....
Di Pekarangan Masjid Nabawi untuk ke bahagian wanita
Meera yang penat berjalan... Alaaa iiii comeinyee!!!
Dalam bilik... baru bangun tidur
Bersiap untuk ziarah makam para shuhadah dan Masjid2
Rupanya pagi ni sejuk laaa
Di pekarangan Bukit Uhud
Antara penjual kurma yang ada di pekarangan Bukit uhud
Sedang merasa kurma
Bersama kawan yg turut serta dan pemandu kami
Meera nak naik bukit
Tertunai sudah hajat anak aku nak naik bukit ni...
Selesai sudah.... nak cari Hadif pulak????
Related Posts with Thumbnails