Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

Showing posts with label MEE. Show all posts
Showing posts with label MEE. Show all posts

02 January 2010

MAKARONI GORENG SPECIAL

Resepi dapat dari CIPTAAN SENDIRI... Bahan-bahan pulak yang ada dalam peti sejuk. Tukang rasa pulak adalah SUAMI AKU...habis licinlaaa dia makan. Memang sedap ...tak sia-sia aku masak pakai campak segala bahan-bahan kat bawah ni!!!
  • Makaroni direbus hingga empuk
  • 1/2 biji bawang besar di mayang
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • Udang
  • Sotong
  • Jejari ketam
  • Sosej
  • Cili padi
  • Putik jagung
  • Tahu digoreng
  • 1 biji Telur
  • Sos tiram + kicap

25 December 2009

SPAGHETI GORENG LADA HITAM

Masak untuk suami yang baru balik keje. Malas nak masak nasi. Spagheti memang dah direbus siap-siap dan tersimpan dalam peti sejuk. Cuma siapkan ramuan lain jee dan jadilaa macam kat bawah ni... Sedap sampai makan pun berebut 3 beranak
  • Spagheti di rebus
  • Ayam (potong kecil)
  • Sotong (potong bulat-bulat)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 biji cili padi (di ketuk)
  • Putik jagung
  • 1 biji lada bengala (dihiris)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 kiub ayam
  • 1 biji telur
  • garam
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang dan bawang putih.Taburkan lada hitam dan
masukan ayam. Kacau rata dan tunggu ayam separuh masak
2. Masukan cili padi, lada bengala dan putik jagung. Kacau
3. Bila dah empuk, masukan kiub ayam. Kacau dan masukan spagheti. Kacau rata. Rasakan
garam
4. Pecahkan telur dan kacau lagi. Tutp api dan sedia untuk dimakan...

22 December 2009

LAKSA PENANG

Buat untuk makan tengahari. Memang sedap. Kalau laksa habis, aku gantikan dengan spagheti pulak. Tak rugi mencubanya...
Bahan diperlukan
  • 1 kg ikan kembung
  • 8 asam keping
  • bunga kantan
  • daun kesum
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 1/2 keping belacan
  • 5 sudu cili kering
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1/2 cawan air asam jawa
  1. Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam
  2. Angkat ikan dan keluarkan isi ikan. Asingkan isi denga tulang ikan. Tulang ikan dikisar denga air rebusan dan tapikan kedalam baki air rebusan ikan. Isi ikan dikisar
  3. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi dan belacan hingga halus. Masukan kedalam air rebusan. Masukan cili kering yang dikisar
  4. Hidupkan api dan masak hingga mendidih.
  5. Masukan isi ikan yang dikisar bersama bunga kantan dan daun kesum.
  6. Tuangkan air asam jawa dan masukan kiub ikan bilis
  7. Rasakan dengan garam dan masaknya ikut selera

13 May 2009

HOME MADE MEE KUNING BASAH

Ni dia mee kuning basah yang dibuat oleh kak Onna kat Riyadh. Disebabkan susah sangat nak jumpa dan teringin sangat nak makan mee basah, terpaksalaaa kami para isteri mencari inisiative mencari resepi dan membuat sendiri. Mee ni tak ada bahan pengawet dan rasa dia sama macam mee kat Malaysia.
Sebelum adanya mee kuning basah ni, kami selalu gunakan spaghetti dan mee yang ada di kedai biasanya mee yang dibuat oleh orang Filipina.
Lepas ni aku kena berguru dengan kak onna untuk buat mee kuning sebabnya dia nak balik Malaysia dahhh....

MEE GORENG SENANG DIMASAK

Mee goreng yang mudah dan cepat dimasak cara akulaaa. Sebabnya nak cepat buat untuk anak aku bawak bekal ke sekolah. Tapi bila dah siap masak... anak aku kata bukan mee ni... dia nak meehon sup laaa pulak. Hampeh tul laaa Meera ni. Pandai pulak memilih menu...
BAHAN-BAHANYA
1/2 kilo mee kuning basah
1/2 biji bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu cili kering
2 sudu kicap
udang basah
sayur sawi
1/2 sudu serbuk pati ikan bilis
garam
CARA MEMASAK
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dengan sedikit minyak.
2. Tuangkan cili kering. Kacau rata
3. Masukkan udang, kicap dan serbuk pati ikan bilis. Kacau rata
4. Masukkan mee dan sayur sawi. Kacau rata dan sebati. Rasakan dengan garam

01 May 2009

MEE SUP

Hari ni aku masak 2 menu MEE. Satu Mee Sup dan satu lagi Mee goreng. Memang sedap hirup mee sup.
BAHAN-BAHANNYA
500 gram mee kuning
2 biji bawang sederhana besar
5 ulas bawang putih
1 jag air
1 sudu serbuk pati ikan bilis
udang
jejari ketam
sayur sawi
2 sudu kicap
garam
CARA MEMASAK
1. Kisar bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air. Tumis dengan sedikit minyak hingga kekuningan.
2. Tuangkan air. Masak hingga mendidih
3. Masukkan udang, jejari ketam, serbuk pati ikan bilis dan kicap. Masukkan sayur dan mee. Masak seketika dan rasakan garam. Sedia dihidang dan makan dengan sambal kicap...
SAMBAL KICAP
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
kicap
1 biji limau nipis
1 sudu gula
***Kisar semua bahan diatas dan bolehlaa dimakan bersama mee sup ***

MEE GORENG

Mee goreng menggunakan mee basah yang dibuat sendiri oleh KAK ONNA. Mee Basah dia sama macam kat Malaysia tapi tak ada bahan pengawet. Tak perlu lagi aku masak menggunakan SPAGHETI. Lepas ni aku kena belajar buat mee sendiri kat umah
BAHAN-BAHANNYA
500 gram mee kuning
2 biji cili merah
1 biji bawang sederhana besar
3 ulas bawang putih
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 sudu kicap
4 ekor sotong (dihiris bulat)
10 ekor udang (buang kulit)
sawi
taugeh
daun bawang
1/2 cawan air
garam
CARA MEMASAK
1. Cili merah, bawang besar dan bawang putih dikisar.Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Tuangkan air. Biarkan mendidih sebentar
2. Tuangkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau rata
3. Masukkan sotong dan udang. Biarkan masak sebentar dan masukkan mee. Kacau rata dan masukkan sayur sawi dan taugeh. Rasakan garam dan taburkan daun bawang.

15 April 2009

MAKARONI GORENG

Tengok resepi dalam buku. Nampak menarik dan terus aku baut. Lagipun Ameera mintak buatkan bekal makaroni ke sekolah. Ada lebih makaroni rebus aku buatlaa yang special untuk aku dan cik abang...Sedap macam makan kuey Tiaw goreng
BAHAN-BAHANNYA
1 cawan makaroni (direbus hingga empuk)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu cili kering
udang
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu kicap
lobak (dihiris
sawi
kuchai
taugeh
1 biji telur
garam
CARA MEMASAK
1. Tumis bawang, bawang putih dan cili kering hingga naik bau. Masukkan lobak. Goreng hingga layu sedikit
2. Tuangkan semua sos dan masukan udang. Tunggu hingga udang separuh masak
3. Pecahkan telur
4. Masukkan makaroni. Kacau rata
5. Masukkan sayur sawi dan kuchai. Kacau rata lagi
6. Kuatkan api dan masukkan taugeh. Kacau rata dan rasakan dengan garam

13 April 2009

SPAGHETTI GORENG "AMEERA"

Resepi khas untuk Ameera...Menu untuk Ameera bawak bekal ke sekolah. Dia mintak aku masakan mee dan buatkan fish ball. Tapi fish ball tak ada...aku gantikan dengan chicken ball. Mulanya masak siket aje...tapi bila dah siap goreng tengok macam sedaplaaa pulak. Aku masak sekali lagi untuk makan tengah hari sampai ke malam. Meera suka dan esoknya minta bawak chicken ball dan sosej pulak untuk bekalannya...
BAHAN-BAHANYA
2 mangkuk mee @ Spaghetti
Dada ayam + segala bahagian ayam (potong kecil)
bebola ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap
1 cawan air
garam
CARA MEMASAK
1. Tumis bawang putih hingga kuning.
2. Masukkan ayam dan kacau hingga empuk dan masukkan bebola ayam.
3. Tuangkan air dan biarkan mendidih
4. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata
5. Tuangkan mee@ spaghetti. Kacau rata dan rasakan dengan garam.

11 April 2009

MEE BANDUNG

Ni dia perencah Mee Bandung Segera
Aku beli perencah Mee Bandung tahun lepas masa ziarah kaum kerabat suamiku kat Senggarang, Batu Pahat, Johor. Baru hari ni aku teringin nak masak dan mencari resepi kat internet dan terjumpalaa dalam blog catzscafe.blogspot.com. Dalam blog dia pun gunakan perencah Mee Bandung yang sama dengan aku iaitu Mee Bandung Istemewa...Aku tiru sebijik ngan resepi Catz dan rasanya memang sedap dan bolehlaa aku borong banyak-banyak perencah ni bila balik Msia nanti... Makan Mee Bandung ni sebijik macam makan kat kedai. Berpeluh-peluh bila makan ngan cili hijau. Purghhh sedap beb... BAHAN-BAHANNYA 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 2 sudu udang kering 1 peket perencah Mee Bandung (dibancuh dengan air) 3 cawan air udang sayur sawi 3 biji telur garam cili hijau/ daun bawang & bawang goreng -untuk hiasan CARANYA 1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering dengan sedikit air hingga lumat. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Tuangkan perencah Mee Bandung. Masak hingga mendidih 3. Tuangkan air dan kacau rata. Masak lagi bingga mendidih ( Kalau kuah pekat boleh tambah air). 4. Masukkan udang, garam dan sayur sawi. 5. Kuatkan api dan pecahkan telur. Tutup api cepat-cepat. 6. Hidangkan Mee Bandung dengan cili hijau, bawang goreng dan daun bawang

03 April 2009

MEE @ SPAGHETTI GORENG SEDAP

Ni Spaghetti goreng style mee goreng kat Malaysia. Teringin nak makan mee goreng. Jadi aku gunalaa spaghetti dan bahan-bahan tetap sama macam kat Malaysia...Terubat rindu sampai 5 kali tambah.
BAHAN-BAHAN
Spagheti di rebus hingga lembut
Sotong (dihiris bulat)
udang (di buang kulit & kepala -blendkan ambil airnya (1 cawan)
sawi
taugeh
kuchai
1 biji telur
3 ulas bawang putih(dikisar dengan sedikit air)
1 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan sedikit air)
2 sudu cili kisar
3 sudu kicap
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
garam
CARANYA
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan cili kisar dan biar naik minyak.
2. Masukkan air udang. Biarkan mendidih.
3. Masukkan sotong dan udang. Masak seketika
4. Tuamgkan sos tiram, kicap dan sos cili. Kacau rata dan pecahkan telur. Biar seketikana barulah masukkan spagheti dan kacau rata. Biarkan masak
5. Masukkan semua sayur -sawi, kuchai dan taugeh. Rasakan garam dan manis

15 July 2008

MEE KARI UDANG

Mulanya nak masak mee bandung. Sekali tengok kat dapur tak adalaa. Yang ada perencah mee soto. Eemmm d' sebabkan nak jugak makan mee berkuah aku pun belek-belek majalah dan internet. Jumpalaaa resepi MEE KARI UDANG. Macam sedap jeee tapi aku gantikan dengan spagetti... YUMMYyyyy...Yummy... Tapi resepi aku ni tak cukup bahannya, sebab tu gambar kurang meriah siket....

Carian dalam My resipi.com

  • Spagetti/ Mee (d' rebus)
  • 1/2 kilo udang
  • 6 ulas bawang kecil **
  • 3 ulas bawang putih**
  • 1 cm halia **
  • 1 sudu udang kering**
  • 1/2 kulit kayu manis/ 1 bunga lawang/ 1 buah pelaga/ daun kari
  • 3 sudu rempah kari ayam/ daging
  • 2 sudu cili kering
  • 1 kuib ikan bilis
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan air
  • 2 asam keping
  • garam
  • 1 cawan minyak
  1. Kisar bahan bertanda **
  2. Gaulkan serbuk kari dan cili kering dgn air panas utk jadikan paste.
  3. Udang d' buang sesungutnya sahaja
  4. Panaskan minyak. Masukan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
  5. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi
  6. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari.
  7. Bila dah pecah minyak, masukkan air, santan, kiub ikan bilis, garam secukup rasa dan asam keping. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
  8. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

01 July 2008

SPAGHETTI GORENG SOSEJ

  • Spaghetti d' rebus dengan sedikit garam & sedikit minyak
  • Daging d' hiiris (buat perencah)
  • 3 batang sosej
  • 3 ulas bawang putih (d'ketuk)
  • 1/2 bawang besar (d' cincang)
  • 5 tangkai cili api
  • Segenggam sayur kobis (d' hiris)
  • 1 biji telur
  • 1 biji buah tomato (d' dadu)
  • 1 sudu besar soso tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 5 sudu minyak zaiton (atau minyak masak)

* * * CARA MEMASAK * * *

  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga wangi
  2. Masukan daging kacau hingga empuk dan masukan sosej
  3. Tuangkan sos tiram dan kicap
  4. Taburkan kobis dan buah tomato
  5. Kacau rata dan masukan spaghetti dan pecahkan telur
  6. Kacau rata dan rasakan garam

08 June 2008

BIHUN SUP UDANG

* * * BAHAN DIPERLUKAN * * * (4 orang makan)

  • Bihun (d' celur dalam air panas)
  • 3 ulas bawang putih putih (d' ketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (d' hiris)
  • 5 biji cili padi (d' ketuk)
  • Air rebusan kepala udang
  • 5 cawan air
  • Isi ayam
  • Udang
  • 1 biji lobak merah (d' hiris bulat)
  • 1 biji buah tomato (d' hiris)
  • Sayur sawi
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu teh lada hitam (d'tumbuk)
  • garam
  • 2 sudu minyak masak

*** CARA MEMASAK ***

  1. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga bertukar warna
  2. Tuangkan air rebusan kepala udang dan air
  3. Masukkan isi ayam, lobak merah, cili padi, lada hitam dan kiub ikan bilis. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan udang dan tomato.
  5. Masukkan garam dan rasa mengikut selera
  6. Tutup api dan masukkan sayur sawi
  7. Tutup dengan penutup periuk supaya sayur sawi masak.

*** Bihun dicelur dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan sup tadi & hias dengan daun bawang & bawang goreng ****

Related Posts with Thumbnails