Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

Showing posts with label UDANG. Show all posts
Showing posts with label UDANG. Show all posts

02 June 2010

LEMAK UDANG dengan BENDI

Ni resepi aku yang terbaru...ingin mencoba katakan!!! Asyik masak asam podas jee letak bendi, kali ni aku masukan dalam masak lomak pulak. Rasanya memang sedap dan menyelerakan bila makan ngan nasi panas....





  • Udang
  • Bendi
  • 1/2 biji bawang besar
  • sedikit kunyit hidup
  • cili padi
  • Santan
  • Air
  • Asam keping
  • Serai dititik

  1. Kisar bawang, cili padi dan kunyit
  2. Masukan bahan kisar kedalam periuk bersama serai yg dititik dan 1 cawan air. Masak atas api yg perlahan dan mendidih
  3. Tuangkan santan dan masukan bendi. Campakan asam keping
  4. Taburkan garam dan gula. Bila dah mendidih masukan udang
  5. KAcau rata dan biarkan masak seketika

21 February 2010

LOBSTER

Sorang satu...untuk papa, mama 'n' meera Going to Hadif
Heloo Hadif...wan to play wif mee !!!
?????? Selesai sudah...
That day...ada jemputan BBQ kat umah member. Diorang bakar ikan n LOBSTER (they call Mr. Sibestian). Dapatlaaa aku merasa n paling suka makan my Princess Ameera. Katanya, " sedaplaa mama, nanti mama masakan untuk Meera yee"!!!.
Hari ni pulak papa cuti dan aku ajak keluar pagi. Saja jalan-jalan sementara Meera kat sekolah. Tetiba kuar idea nak pegi tengok ikan.
First kedai ikan kami pegi dekat dengan opis suami. Kat situ katanya ada jual ikan cencaru. Jadi mencarilaa kami satu persatu gerai ikan dan tengok ikan yang lain siket daripada biasa kami beli. Kat situ ada jual udang pelbagai jenis termasuk Lobster. Sekilo Lobster SR 55 dan kami beli 3 ekor jee dan beli 2 ekor ikan jenahak.
Dah sudah beli, aku ajak pegi pasar kat BATAHA, suami aku tetiba nak pegi tengok pasar ikan yang member dia pegi beli Lobster. Pasar tu kat area nak ke Bataha. Memang besar dan banyak ikan. Cuma hari tu tak de ikan yang pelik-pelik seperti cencaru, pari, jenahak dan.... Kat pasar ni Lobster dia besar dan harga pun sama sekilo 55 RIYAL...
Last sekali aku pegi PINOY SUPERMARKET kat Bataha. Selesa sikit kat supermarket ni. Taklaaa sesak macam kat pasar Swalim yang biasa aku pergi. Kat sini aku jumpa pulak ikan pari yang dah siap potong kiub dan ikan cencaru. Seronoknya...dapat aku masak sambal ikan pari. Lain-lain barang aku jumpa bisalaa sayur. Beli kobis, kacang botol, kangkung, sawi putih, jantung pisang dan cili padi. Lrpas tu jumpa pulak Maggie MAMEE, kiub ikan bilis dan keropok keluaran MALAYSIA. SERONOKNYAA!!!
Sampai rumah, Sibuk pulak nak memasak, menunya ikan terubuk bakar 'n' LOBSTER BAKAR... Perghhh macam makan kat tepi laut...ratah sampai licin. Nasi langsung tak luak!!!

20 February 2010

GULAI UDANG CAMPUR NENAS

Lauk feveret aku....
Lemak +manis + masam + masin = sedap betul!!!
Aku suruh Meera bawak bekal lauk ni ke sekolah. Bila balik dari sekolah, siap tanya...mama masak lauk apa yeee, sedaplaa!!! Tapi meera tak makan nenas. Soory!!!

  • nenas
  • udang
  • bawang
  • cili padi
  • kunyit hidup
  • serai dititik
  • asam keping
  • santan
  1. Kisar cili padi, bawang dan kunyit hidup
  2. Masukan kedalam periuk bersama serai dan santan cair. Masak dengan api yang perlahan hingga naik bau
  3. Masukan nenas dan asam keping. Masak hingga nenas empuk
  4. Bila dah mendidih, tuangkan santan pekat dan masukan udang
  5. Rasakan garam dan tutup api....

03 June 2009

SAMBAL TEMPOYAK UDANG campur PETAI

Petai yang diberi oleh kak Onna masa pegi ke Jedah. Kat Jedah ada kedai Indonesia dan ada jual pelbagai barangan selera orang Melayu. Tu yang dia beli dan bagi kat aku... Aku lak tak tau nak masak apa.Tempoyak lak ada aku bawak dan bila datang idea...taraaa Aku kureng siket nak masak tempoyak ni cos cik abang tak suka sangat. Aku masak sebab nak bagi kak Onna sebab dah janji. Tapi bila dah masak, suka bebenar lak suami aku makan. Turut makan sekali ialah Ameera (dia nak sambal jee).
BAHAN-BAHANYA
Udang
Petai
2 sudu tempoyak
15 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
1 cm kunyit hidup
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
Daun kunyit (dikoyak)
2 cawan air
gula dan garam
CARA MEMASAK
1. Goreng sekejap udang dan angkat.
2. Kisar cili padi, kunyit hidup dan bawang besar. Tumis bahan kisar hingga terbit bau. Masukan serai dan bawang yang dihiris. Kacau rata.
3. Masukan tempoyak dan air. Kacau rata dan biarkan memdidih dan terbit minyak.
4. Bila sambal dah pekat, masukan petai dan daun kunyit. Biar masak seketika dan rasakan dengan 1/2 sudu gula dan garam.
5. Masukan udang dan kacau rata. Biar mesra dengan sambal dan petai. Rasa apa yang kurang. Bolehlaa tutup api

13 May 2009

GULAI LEMAK UDANG DENGAN KACANG PANJANG

Antara lauk kesukaan Meera. Kalau tak masak kari aku masaklaaa lauk yang berlemak seperti diatas. Asalkan berwarna dan berkuah memang faveret dia. Habis licin pinggan dia makan. Kalau aku masak lauk goreng-goreng memang aku kena marah.
BAHANYA
Udang
Kacang Panjang
7 biji cili padi (dikisar)
Kunyit hidup (dikisar)
1/2 biji bawang sederhana besar (dikisar)
1/2 biji bawang (dihiris)
1 batang serai (dititik)
1 asam keping yang kecil
1/2 sudu serbuk pati ikan bilis
1 cawan santan pekat
2 cawan air
CARA MEMASAK
1. Tuangkan bahan kisar kedalam periuk bersama bawang hiris, serai dan air. Jerang atas api yang sederhana. Biar mendidih
2. Tuangkan santan pekat dan masukkan kacang panjang serta asam keping. Rasakan garam
3. Mendidih sekali lagi barula masukkan udang

25 April 2009

SAMBAL UDANG

BAHANYA
Udang (buang kulit)
1/2 biji bawang besar **
3 biji cili merah **
3 biji cili padi **
3 ulas bawang putih **
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 st gula
garam
CARA MEMASAK
1. Kisar bahan bertanda ** dan tumis hingga terbit minyak
2. Masukkan bawang yang dihiris. Kacau rata
3. Tuangkan sos tiram dan sos tomato
4. Masukkan udang. Kacau rata dan rasakan dengan gula dan sedikit garam. Tunggu hingga udang masak.

15 August 2008

UDANG MASAK CINCAI

  • Udang (d' buang kulit)
  • 1 biji terung buang kulit & potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (d' hiris)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili padi (d' ketuk)
  • 2 tangkai cili hijau (d' hiris)
  • sedikit serbih lada hitam
  1. Panaskan minyak. Gaulkan terung dengan sedikit garam dan goreng hingga layu.Angkat
  2. Udang d' gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sekejap dan angkat.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga naik bau.
  4. Taburkan serbuk lada sulah dan garam
  5. Tuangkan terung dan udang. Kacau rata dan biarkan masak selama 5 minit
  6. Masukkan cili hijau
  7. Rasakan garam secukup rasa dan hidang
Related Posts with Thumbnails