Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

05 June 2008

LABU MASAK LEMAK

Suamiku tak suka sangat makan labu, takut angin dan aku pulak tak reti masak labu. Pendamkan laaa niat nak makan masak lomak labu. Tapi tetiba minggu lepas dia belikan labu (rupa labu kat sini macam kat Malaysia, kulit warna hijau, d' potong beberapa bahagian dan d' buang biji). Aku makan pun yang emak masak. Bangun tidur,teringat labu dalam peti ais dan terus belek resepi dalam majalah dan serch internet. eemmm inilah LABU MASAK LEMAK yang pertama dariku dan "I LIKE kIT kata Meera". Puas sangat dapat makan dan nak masak lagi.
  • 1/4 biji labu kuning (d' potong bersegi )
  • 1/2 biji bawang merah (d'tumbuk kasar)
  • 1/2 biji bawang merah (d' hiris)
  • 7 biji cili padi (d' tumbuk)
  • sedikit ikan bilis
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • daun kunyit d' koyak
  • garam

* * * CARA MEMASAK * * *

  1. Masukkan santan cair, bawang tumbuk, bawang hiris, cili padi, ikan bilis dan buah labu ke dalam periuk.
  2. Jerangkan d' atas api yang kecil (supaya labu empuk)
  3. Masukkan serbuk kunyit dan garam.
  4. Setelah mendidih, masukkan santan pekat dan daun kunyit.
  5. Rasala masakan mengikut selera anda
  6. Labu dah empuk bolehla tutup api dan hidangkannya.

RESTORAN MALAYSIA, RIYADH

17 Mei 2008
Seronok dengar ada Restoran Malaysia d' RIYADH. Dapatla makan lauk- pauk kampung dan masakan orang Malaysia. D' sinilaa tempat rakyat Malaysia berkumpul dan melepak.
MUTIARA MALAYSIA RESTAURANT namanya. Dinding d' hias dengan gambar pemandangan laut dan almari hiasan d' alas dengan kain batik. Kagum aku melihatnya. Suasana seperti d' Restoran Sri Malaysia berasaskan kayu tapi ruangnya kecil sedikit.
Tapi malangnya aku tertipu. Restoran ni sajikan masakan THAI laaaa. hampeh tul laaa d' orang ni. Sebabnya pemilik sudah bertukar tangan kepada orang Thailand. Kempunan aku nak makan masakan Malaysia.
Antara makanan yang kami pesan adalah thai tomyam kung, udang goreng tepung, wantan sup, thai noodle, telus bungkus dan kepak ayam goreng.

KLIK- klik sana sini RIYADH

HiBuRaN 4 Me!!!

TENGOKni!!! Meera boleh bawak kereta, naik belon, bawak keretapi....wow suka mera. Ni antara kata-kata MEERA. Kalau papa cuti, bolehlaaa mera main puas-puas Mainan ni banyak terdapat d' shopping mall dan d' taman-taman awam yang menyediakan khas untuk keluarga beristirehat. Enjoy viewing....

03 June 2008

IKAN oh IKAN!!!

Ni la kedai ikan pilihan kami d' RIYAD. KHALIFA fish market ni rupa dia lebih kurang macam 7 eleven. Ikan d' sini fresh dan besar-besar dan harga boleh tahanla berbanding kat pasaraya. Kebanyakkan pelanggan yang datang adalah orang Filipina dan Malaysia (tapi kebanyakan inagt kami ni pinoy). Ikan kat sini tak ada banyak sangat pilihan. Antara ikan yang terdapat d'sini ialah bawal, tenggiri, jenahak, tongkol, kembung, mambung, talapia hitam, kerisi, kerapu, parang, belanak, udang, ketam dan sotong.
Kalau teringin nak makan lala, hanya lokan ajelaa yang ada untuk pengubat rindu disini.Tapi tak semua kedai ada menjualnya. Kebanyakan kedai ada menyediakan tempat menggoreng ikan. Biasanya orang arab yang suka ikan d' goreng terus d' situ. Malas agaknya nak goreng kat rumah, takut terpercik minyak kat muka.Ikan kat sini d' siang menggunakan mesin elektrik. Takla bising sangat. Habis semua ingsang dan ekor dibuangnya.

Going To School

Akhirnya Ameera ke sekolah belajar dan bermain bersama rakan sebaya. Hampir 5 bulan dia duduk terperap d' rumah dan bergaduh dengan aku. Asyik-asyik kena marah, kena pukul, kena cubit dan nangis dibuat oleh mamanya. Thanks to my members yang cerita dan rekomenkan kindergarden school LOVE & CARE. Studen d' Kindergarden & nursery ni kebanyakan pelajar adalah warga Pakistan. Tak sabar rasanya nak hantar Ameera ke sekolah semula. Alhamdulillah Ameera tak janggal dan pandai suaikan diri bersama-sama rakan sebaya berlainan bangsa walaupun tak pandai Arablish. Meera ke sekolah setiap hari dari hari Sabtu hingga hari Rabu dan masuk seawal 9 pagi dan habis pukul 1 tengahari. Dekat sekolah tak sediakan makan jadi setiap hari aku perlu sediakan breakfastnya. Antara menu hariannya ialah
  1. Bubur Nasi (paling suka)
  2. Makaroni hotdog (paling suka)
  3. Nasi goreng.
  4. Nasi sup.

Kalau tak sekolah biasanya bangun kul 11 pagi.Sekarang ni kena bangun pukul 8 pagi. Bila dah sekolah liat pula nak bangun pagi. Ada aje ayat-ayat power rangersnya. Bila aku kejutkan "Meera bangun g sekolah". Antara jawapannya :

"Japlaa, meera penat sangat ni". "Tak nak sekolah, Meera pening kepala ni". Nak rehat kejap ni.

01 June 2008

NASI AYAM SPECIAL

Merasa jugak aku makan nasi ayam kat Riyadh. Lepas ni tak payah nak beli atau telan air liur.
Tapi bila masak sendiri susah pulak aku nak berhenti makan...
* * * NASI * * *
  • 3 pot beras (dicuci dan ditapis)
  • 5 biji bawang merah (dikisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 1 cm halia (dikisar halus)
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • Sup ayam
  • Garam
  • Marjerin
  1. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar sehingga wangi
  2. Masukkan beras dan kacau rata
  3. Tuangkan sup ayam (sukatan air seperti memasak nasi)
  4. Rasakan dengan garam
*** SUP ***
  • 1 ekor ayam (dibelah 4)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 cm halia (diketuk)
  • 1 peket sup bunjut
  • Garam
  • Air
  • Minyak
  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi
  2. Tuangkan air
  3. Masukkan sup bunjut dan ayam
  4. Rasakan dengan garam
  5. Biarkan mendidih dan ayam empuk

*** AYAM ***

  • Ayam dalam sup
  • Kicap manis
  • 2 cudu sos tiram
  1. Keluarkan ayam dalam sup
  2. Tapiskan airnya
  3. Perapkan ayam dengan kicap manis dan sos tiram
  4. Panaskan sekikit minyak dan goreng ayam sehingga bertukar warna

* * * SOS CILI * * *

  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 biji cili merah (di kisar halus) atau 1 sudu besar cili kering
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 senduk sup ayam
  • 1/2 sudu gula
  • Sedikit garam
  1. Tumiskan bawang putih dan cili hingga wangi
  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan cuka
  3. Biarkan memdidih
  4. Tuangkan sup
  5. Masak sehingga kuah pekat
  6. Rasakan garam dan manisnya

* * * SOS KICAP * * *

  • 3 sudu kicap manis
  • 2 senduk sup ayam
  • Baki perapan ayam
  • garam
  1. Satukan kicap ,air rebusan ayam dan baki perapan ayam.
  2. Rasakan garam
Related Posts with Thumbnails