Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

30 July 2008

AYAM MASAK KURMA

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 peket rempah kurma (bancuh dengan air)
  • 1 biji bawang besar **
  • 3 ulas bawang putih **
  • 2 cm halia **
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 biji kentang (belah 4)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar tairu/ jus lemon
  • cili hijau (belah 2)/ bawang besar -untuk hiasan
  1. Kisar bahan bertanda ** dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Kacau hingga naik minyak
  3. Masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan tuang air. Biar mendidih
  4. Masukkan santan pekat dan tairu / jus lemon.
  5. Biar ayam empuk dan keluar minyak
  6. Taburkan bahan hiasan dan rasakan garam

29 July 2008

KUPANG GORENG SAYUR

Cilok dari resepi MAT GEBU. Memang sedap dan nak lagi...

  • 1 cawan kupang
  • Kobis cina
  • 1 cawan taugeh
  • 1/2 biji bawang besar (d' hiris)
  • 3 ulas bawang putih (d' ketuk)
  • 1 biji cili merah (d' hiris)
  • daun kucai
  • daun bawang
  • 2 sudu sos tiram
  • garam
  1. Goreng kupang selama 5 minit dan angkat
  2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili merah hingga wangi
  3. Tuangkan sos tiram dan masukkan sayur kobis cina. Masak hingga layu
  4. Masukkan kupang dan taugeh
  5. Rasakan garam dan sedia d' hidang

MeErA 'N' MySaRa PlAyInG ToGetHeR

Ni laaa best frend'S dan adik kembar Meera. Kalau nak minum air atau susu mesti nak sama. Warna air pun mesti sama, kalau tak merajuklaaa anak aku ni. Lepas tu kakak Mysara pun nak berebut. Jadi kakak Mysara pun kenalaaa melayan sama adil macam adiknya sendiri.
Masa ni tengah happy-happy dan Meera pun layan Mysara baik punyee. Tak gaduh dan mama dan ibu senang hati....

24 July 2008

SUP AYAM CINCAI

Sup Ayam cincai. Saja buat untuk Meeya. Tetiba papanya yang makan. Habis jugakla sup d' hirupnya sampai keluar peluh. Tapi memang elok untuk sesiapa yang demam dan sakit-sakit badan. Lain kali aku kena buat 1 ekor ayam.....
  • 1/2 ekor ayam (d' potong kecil)
  • 2 biji kentang (potong kiub)
  • 1/2 biji bawang besar (d' mayang)
  • 2 ulas bawang putih (d' ketuk)
  • 1 cm halia (d' ketuk)
  • 1 kiub ayam
  • 5 tangkai cili padi (d' ketuk)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 liter air
  • 2 sudu minyak
  • garam
  1. Tumis bawang besar, halia, bawang putih dan serbuk lada hitam hingga naik bau
  2. Masukkan kentang. Kacau sekejap
  3. Tuangkan air. Masukkan ayam, cili padi dan kiub ayam
  4. Biarkan mendidih dan ayam masak.
  5. Rasakan garam dan taburkan bawang goreng dan daun bawang.

CUCUR UDANG

Kira ok laaa Cucur Udang yang aku buat. Sedap dan puas hati. Cuma nak kena belajar lagi buat sambal cili dan sambal kacang...
  • Tepung gamdum 2 cawan
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 biji telur
  • 10 ekor udang (d' cincang)
  • Udang untuk hiasan
  • 1 biji bawang besar (d' cincang)
  • 1 tangkai cili merah (d' cincang)
  • Taugeh
  • Daun kuchai
  • Air
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  1. Satukan semua tepung, sayur, cili, udang yang d' cincang kedalam mangkuk.
  2. Garam d' bancuh bersama air.
  3. Pecahkan telur ke dalam adunan dan tuangkan air sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati dan mendapat pes yang d' inginkan
  4. Taburkan sedikit serbik kunyit dan kacau lagi.
  5. Tuangkan minyak yang banyak dalam periuk dan panaskan senduk kedalam minyak
  6. Sudukan adunan dalam senduk dan letak udang
  7. Biarkan sehingga cucur terkeluar dari senduk dan masak hingga kuning.

17 July 2008

KOBIS GORENG UDANG

  • Kobis bunga + Kobis cina
  • 10 ekor udang (buang ekornya sahaja)
  • 3 ulas bawang putih (d' ketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (d' cincang)
  • 1/2 kiub ikan bilis
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau
  2. Masukan udang dan kiub ikan bilis. Goreng hingga bertukar warna
  3. Masukan sayur. Masak hingga sayur layu
  4. Rasakan degna garamn jika kurang umph....

SAMBAL SOTONG KERING

Mula-mula aku masak sotong kering tak letak ubat dia. Saje nak test ok ke tak. Hahaaa rupanya memang liat dan sakit gigi aku. Second time aku masak baru letak ubat dia dan siap nak bagi kat orang bujang kat sebelah umah. Tapi hampeh tak jadi...sebabnya habis licin aku dan suami makan
  • 2 ekor sotong kering (d' rendam semalaman dengan 1/2 ubatnya)
  • 1 biji bawang besar **
  • 2 ulas bawang putih**
  • 1cm halia**
  • 1 cm belacan**
  • 5 tangkai cili padi**
  • 3 sudu cili kering
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos tomato
  • serai (d'ketuk)
  • garam + gula
  1. Rebus sotong dan tapiskan
  2. Kisar bahan bertanda ** dan tumis hingga wangi
  3. Masukkan cili kering dan serai. Kacau biar pecah minyak
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam
  5. Tuangkan sotong dan masak hingga air kering
  6. Rasakan garam ikut selera

Related Posts with Thumbnails