FOR MY LITTLE PRINCESS UMI AMEERA ADLINA .... HAPPY BESDAY TO U & I LOVE U
11 November 2009
5 year BESDAY PARTY AMEERA KAT MALAYSIA
Dah 3 tahun aku buat besday party anak aku UMI AMMERA ADLINA kat MALAYSIA. Semestinya bukan 25 DISEMBER yang sebenarnya tarikh lahir dia...
Nak buat macam mana, papa cuti setahun sekali balik Malaysia dan bulan DISEMBER kat sini dah mula musim sejuk dan papa dah tak ada cuti.... Jadi aku mengambil kesempatan cuti ni buat sekali besday party anak kesayangan aku niii...
Tahun ni aku buat kat KFC SG. CHUA, Kajang. Sederhana tapi tetap meriah dan yang pastinya termakbul juga hajat anak aku ni nak pakai baju PRINCESS coler PINK.
09 November 2009
KEK BESDAY anak dara ku -
25 October 2009
MAJLIS CUKUR JAMBUL
Cukur Jambul anak aku MOHAMAD HADIF B. MOHAMAD NASRI telah berlangsung pada 25 OKTOBER 2009 kat Kampung suami aku Sungai Nibong, Sabak Bernam. Antara gambar yang sempat dirakamkan...
12 September 2009
LEMAK CILI PADI IKAN MERAH
Biasanya ikan merah ni aku masak sup aje...suami aku suka sangat makan sup. Tetiba aku rasa nak tukar menu lain siket....eemmmm terhasillaaa lauk kat bawah ni
Untuk resepi ni, aku masukan kentang & tomato sekali....yyuummy memang sedap sekali!!!
Cara nak masak
1. Kisar 1/2 biji bawang besar, kunyit hidup, cili padi dengan sedikit air
2. Tuangkan kedalam periuk bahan kisar bersama serai yang dititik dan santan cair. Masak
dengan api yang kecil hingga mendidih
3. Masukan kentang dan kacau selalu supaya santan tak membuak2
4. Bila kentang sedikit empuk, tuangkan santan pekat. Taburkan garam dan masukan 1 kiub
ikan bilis
5. Masukan ikan dan daun kunyit. Kemudian masukan tomato. Kacau sebati dan tunggu
hingga semuanya masak sekata....
23 August 2009
LAMPU PELITA d RIYADH
Ni dia lampu hiasan @ lampu pelita time bulan puasa. Kat Riyadh, Arab Saudi ni bila masuk bulan Ramadhan semua kedai atau kat umah akan dihiasi dengan lampu pelbagai bentuk dan dilimpahi dengan cahaya yang berwarna warni.
Lampu pelita yang terdapat kat restoran makan...hias atas meja jee
Lampu pelita untuk dibawa balik ke Malaysia. Lampu ni hadiah daripada anak angkat mak aku kat sini....Cantek sangat
22 August 2009
SALAM RAMADHAN KAREEM
RAMADHAN KAREEM bermaksud SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.
Aku pertama kali menyambut puasa di Riyadh bersama suami dan ditemani oleh abah dan emak. Hari Sabtu 22 Ogos 2009 telah ditetapkan mulanya puasa.
Di sini waktu imsak adalah pukul 4.15 pagi dan berbuka pukul 6.o7 petang. Bazar Ramadhan terdapat di Pasar Raya atau di Shopping Mall dan terdapat jualan seperti Manisan, Sambosa (Samosa) dan roti.
08 August 2009
BUAH KURMA
Ni jee SR 3 = RM 3
Sekarang ni musim buah kurma. Sepanjang jalan raya banyak ditanam pokok buah kurma sebagai hiasan landskap. Ada pokok yang buahnya lebat dan ada juga yang dah kering. Ni ada gambar pokok buah kurma yang buahnya lebat dan masih belum dipetik.Kat rumah aku banyak tul buah kurma.Ada yang dibeli dan ada jugak kawan arab suami aku yang bagi. Kalau boleh nak pos ke MALAYSIA, tapi harga penghantaran dari Arab ke Malaysia mahallaaa...TUNGGU JELAAA AKU BALIK...
Subscribe to:
Posts (Atom)


Wif Mama, Mak Cu dan Pak Long

Selamat ada 3 kek...kalau tak dah mengamuk (kek sebelah kiri Umie bagi, yg tengah special oder for Ameera dan yg last KFC bagi (for member card)
Wif KFC maskot "CHIKY"
Tak sabarnya...
Aku dan suami
My guest - Fazillah dan Maslina








