Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

17 March 2010

AIR KURMA MERAH

Suami aku masih tak sehat. Semalam batuk-batuk dan hari ni lemah-lemah badan dan rasa macam nak pitam. Aku cakap mungkin dia kurang darah. Aku suggestkan makan hati ayam laaa. Tapi hati ayam tarak laaa pulak....eeemmm nak bagi dia makan apa eekkk????!!!

Lalu teringat BUAH KURMA MERAH yang KAK ONNA bagi kat aku. Seingat aku buah KURMA MERAH pun boleh tambahkan darah. Jadi mulalaaa operasi aku merebus bahan-bahan kat bawah ni. Yang ni aku punya, letak AIS BATU macam LAI CHEE KANG laaa pulak....S E D A PNYA !!!

AIR + BUAH KURMA MERAH + GULA BATU + DAUN PANDAN....SIAP DAH

16 March 2010

WANTAN SUP

Hari duk rumah kerjanye MAIN MASAK-MASAK....Tak dapat nak keluar, ni laaa kerja aku selain melayan Encik Hadif, aku curi-curi masuk dapur dan buat laaa benda ni. Kulit Wantan memang dah ada lama dah dan bahan-bahan inti pun ada...Apa lagi masak SUPlaaa. Pagi tadi masak bubur lambuk dan habis dimakan oleh suami dan Ameera....
Aku masukan ayam... Kena masak lama siket supaya WANTAN empuk dah sedap dimakan

    UNTUK MEMBUAT WANTAN

  • kulit wantan
  • 1 keping dada ayam (dicincang)
  • 8 ekor udang (dicincang)
  • Lobak merak (disagat halus)
  • Cendawan kering (direndam dan dicincang)
  • 1 biji putih telur ayam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • lada sulah
  • daun bawang
  • air
  1. Campurkan semua bahan kedalam mangkuk. Gaulkan sebati
  2. Ambil sudu kecil dan isikan di tengah kulit wantan. Sapukan disekeliling kulit dengan sedikit air dan bunjutkan wantan. Buat sehingga habis....

UNTUK BUAT SUP

  1. Cincang 3 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1/2 inic halia
  2. Tumiskan dengan sedikit minyak hingga naik bau
  3. Tuangkan air dan masukan kiub ayam. Masak hingga mendidih
  4. Taburkan serbuk lada hitam dan garam
  5. Masukan wantan dan biakan wantan masak sehingga kembang
  6. Rasakan apa yang kurang.... Taburkan daun sup

BUBUR LAMBUK

Hari ni, aku masak BUBUR LAMBUK. Ini aje bubur yang sedap dan menyelerakan tekak suami aku yang tengah tak sehat. Hadif pun turut sama makan. SEDAP sangat dan dah habis pun!!!
  • 2 cupak beras
  • 1 cawan Santan
  • 1 biji bawang sederhana besar
  • 3 ulas bawang putih
  • halia sebesar ibu jari
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 kayu manis,
  • 3 bunga lawang
  • 3 bunga cengkih
  • ayam (tulang ayam + isi ayam )
  • udang
  • 1 sudu udang kering (direndam dan ditumbuk)
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)
  • 1 sudu lada hitam (dikisar halus)
  • 1 kiub ayam
  • garam
  • Air
  • daun bawang
  • bawang goreng

  1. Hiris bawang dan bawang putih. Halia diketuk
  2. Tuangkan 2 sudu minyak dan tumis bawang, bawang putih, halia, serai, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan halba hingga naik bau
  3. Masukan beras dan daun pandan yg diikat simpul. Kacau rata
  4. Tuangkan air seperti masak bubur. Biarkan masak seketika
  5. Masukan ayam dan udang kering serta kiub ayam
  6. Tuangkan santan dan taburkan lada hitam. Kacau-kacaukan supaya tak berketul
  7. Bila dah separuh masak, masukan lobak, udang dan garam
  8. Tunggu hingga masak dan rasakan apa yang kurang....

12 March 2010

PAU GORENG

Bawak bekal untuk bekelah petang ni....
  • 190ml air
  • 400 gram tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis
  • 5 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 60 gram marjerin (aku guna minyak + marjerin)
  1. Masukan YIS kedalam mangkuk bersama dengan 1 cawan air suam. Kacau hingga larut
  2. Campur semua bahan kedalam mangkuk besar. Gaul rata dan masukan yis dan uli hingga doh lembut dan tak melekat
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bulatkan
  4. Letakan didalam tray dan rehatkan di tempat yang bersuhu panas supaya doh naik sekali ganda
  5. Bila doh dah naik, sedikan minyak panas dan goreng

Alhamdulillah setelah beberapa kali mencuba, pau aku menjadi kali ni.

Sebelum ni aku guna tepung roti, tepung kek ,... tapi semuanya tak menjadi. Tak puas hati aku bukak web myresepi. Ada cara buat roti guna tepung gandum dan yis aje...

Dan inilaaa hasilnya!!!!

11 March 2010

TERUNG SAMBAL BILIS

Teringin nak makan sambal terung. Dah set kat kepala cara-cara nak masak sambal terung.
Resepi ni lain siket sebabnya aku tak bubuh belacan dan bawang puti. Aku lebihkan bawang aje dan tambah cili untuk lebih pedas. Menjadi dan puas aku makan ngan nasi putih....RESEPINYEE aku addkan kat bawah ni!!!
  • terung dipotong bulat nipis dan digoreng separuh masak
  • ikan bilis digoreng
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji cili merah
  • 9 biji cili padi
  • sedikit ikan bilis
  • 2 sudu air asam jawa
  • gula dan garam
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  1. Kisar bawang, cili merah, cili padi dan ikan bilis
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak
  3. Tuangkan air asam jawa, gula dan garam
  4. Kacau rata dan masukan terung dan ikan bilis
  5. Biarkan seketika hingga kuah pekat
  6. Masukan bawang yang dipotong bulat
  7. Rasakan apa yang kurang dan tutup api...

02 March 2010

A M E E R A' s day out

I WANT TO DROW MY FACE!!!
CANTIK tak ! ! !
Selepas makan-makan dan membuang air, seterusnya kami naik lif menuju ke taman mainan. FUN time for u Ameera...nak main apa, pegi main. Ni antara gambar-gambar yang sempat dirakam!!!
Papa memanaskan badan dulu aikkk!!! dah ketagih pulak Hadif pulak buat ape!!! Catch fish... Main-main ngan ikan I like Buterfly 'nnnnn' L O V E Already penat laaa Meera pun nak tidoESOK SEKOLAH!!!!

the Crepe cafe

Hari ni kami dah janji nak bawak Ameera kuar pegi RiYadh Gallery. Kami keluar lepas Maghrib dan sampai aje kami jalan-jalan window shoping dulu sementara menunggu solat Isyak. Alang-alang aje cos nanti semua kedai 'n' taman tutup dan tetiba Suami aku berhenti pulak kat gerai the Crepe cafe. Dia tanya, Sayang nak makan ni tak? Abang nak belanja....
Boleh gak...sementara tunggu solat Isyak, kami lepak kat the Crepe cafe dan oder Omellete 'n' Sosej Crepe dan Ice Mocca 1. Enjoy d meal!!!..........
Ni mama 'n' papa punye oder

Ni Meera punye

Yummm oooOO!!! Sedap

Apa ni!!!Hadif punye ROTI BAKAR!!!

Related Posts with Thumbnails