Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

18 May 2008

PUTERI KESAYANGAN

Puteri sulung kesayanganku UMI AMEERA ADLINA BT MOHAMAD NASRI . Nama yang diberi oleh suamiku. Panjang namanya...

Dilahirkan di HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (HUKM) pada 25 Disember 2004 iaitu (hari Krismas dan sebelum berlakunya Tsunami). Jadi Ingat Tsunami ....ingatlah anakku dan besdaynya.

Semasa mengandung, aku mengalami alahan yang sangat teruk. Tak terdaya badan ni nak membawak. Tapi tu laa dapat jugak aku merasa apa itu morning sickness. Antaranya

1. Makan kemudian muntah (sehinggakan berat badan turun). Walaupun selera makan tu ada. Macam-macam makanan yang aku makan seperti ABC, Aiskrim, Nescafe, Pizza, rojak dan lepas tu aku muntah)

2. Kurang air dalam badan sehinggakan 2 kali aku kena tahan di Wad). Tanda-tandanya air kencing kuning pekat.

3. Alahan bau-bauan seperti perfume (bau suami aku pun tak nak)

4. Suka tidur

Akibat kerap muntah, aku kena tahan di Wad, Bukannya sekali tapi dah banyak kali d' sebabkan kurang air dalam badan. Disebabkan itu, aku telah diminta oleh pihak HUKM untuk menjalani program "VITAMIN E". Pil vitamin E akan dibekalkan kepada aku secara percuma untuk aku makan setiap hari dan perkembangan kandungan aku akan dilihat setiap bulan oleh profesor HUKM (ambil ukuran berat, urine test, ambil darah ,scan perut dan soal jawab)

D' sebabkan alahan yang teruk, aku kerap ponteng kerja. Cuti tahunan habis aku ambil dan MC terlebih -lebih sampaikan gaji kena potong. Akibatnya aku kena panggil oleh HR. Akhirnya aku memohon cuti tampa gaji selama sebulan. Rehatlaa aku puas-puas kat rumah emak.

Selepas alahan aku hilang, semangat mula membara untuk melakukan perbagai aktiviti. Masa tu perut makin membesar dan kaki mula bengkak. Antaranya tolong abahku berniaga kasut dan selipar di Pasar Besar Cheras, membuat bunga telur & hantaran untuk abangku kawin dan melayan tetamu di hari perkahwinan abangku.

Semasa aku disahkan hamil, Doktor menjangkakan aku bersalin pada 25 Disember. Tapi aku rasa was-was sebabnya aku lupa bila kali terakhir aku datang bulan. Tiba hari 25 Disember 2004, aku bersiap untuk keluar berjalan. Siap nak mandi, tiba-tiba air memancut keluar dari kemaluan aku tak henti-henti. Aku tunjukkan pada suami dan dia katakan itu adalah AIR KETUMBAN. Haaaaahaahaa memang tepat ramalan doktor 25 Disember aku beranak.

Aku bergegas terus ke HUKM dan d' tahan. Bukaan masa tu hanyalah 2 cm. Jadi aku d' tahan d' wad sehingga bukaan menjadi 9 cm. Semasa d' wad, aku tak boleh nak duduk sebab perut sakit sangat. Tiba-tiba nurse panggil dan melihat bukaan dah 3 cm dan aku d' bawa ke bilik bersalin. Walaupun perut sakit sangat macam nak terberak, bukaan aku masih belum 9 cm.. Selamat aku d' temani oleh suamiku. Aku menjerit kesakitan dan menyuruh suamiku memanggil nurse untuk segerakan kelahiran bayiku. Tapi bukaan masih belum 9 cm.

Dalam masa menunggu, suami menyuruh aku berselawat dan makan telur ayam untuk memudahkan baby keluar. Tak tetelan akhirnya aku muntahkan telur dalam tong sampah. D' sebabkan sakit sangat, habis aku menjerit dan memarahi suami supaya senyap.

Akhirnya bukaan sudah 9 cm dan nurse kelam kabut nak menyambut kelahiran babyku. Pelbagai teknik PUSH aku buat tapi bayiku masih tak keluar. Kalau masih tak boleh, VACUM terpaksa d' gunakan. Ahh...aku tak nak dan ALHAMDULILLAH dengan disaksikan oleh suamiku, aku berjaya PUSH dan selamat melahirkan puteri dengan berat 3.25 kg.

No comments:

Related Posts with Thumbnails