Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

17 July 2009

AKU SELAMAT BERSALIN

Aku selamat bersalin pada 13 JULY 2009 tepat pukul 2.05 pm di Hospital Specialized Medical Center, Riyadh Arab Saudi. Seminggu awal dari tarikh jangkaan iaitu 18 July 2009.
Tiada tanda-tanda seperti air ketumban pecah atau keluar darah seperti yang aku alami semasa kelahiran anak pertama. Aku hanya mengalami sakit perut sekejap-sekejap pada pagi 13 July. Atas nasihat kawan-kawan di sini, aku disuruh segera ke hospital kerana anak lelaki lain sikit tandanya.
Jadi aku segera bersiap, sempat juga aku menjamah nasi berlaukan kari ikan dan kuih masalodeh yang dibeli oleh suami. Aku keluar rumah dengan berbekalkan air bunga kacip fatimah dan Ameera aku tinggalkan dengan mak dan abah.
Pukul 11 pagi aku tiba di hospital dan pukul 11.30 aku sudah berada di dalam labour room.
Sakit perut yang aku alami kini kerap terasa dan bukaan dari 3 cm ke 4 cm, dari 4 cm ke 8 cm. Sakit perut teramat sangat dan aku menjerit sekuat hati sambil meneran seperti orang nak terberak. Akhirnya suami memanggil doc dan nurse dan bukaan sudahpun 9 cm. Kelam kabut diorang melihat aku yang dah meneran kali ke-2 dan kepala bayi sudahpun kelihatan.
Cepat, senang dan gembira sangat-sangat atas kelahiran bayi lelaki... Inilaa gambar-gambar bayi lelaki yang aku beri nama MOHAMAH HADIF....
HARI PERTAMA -di wad bersama Atuk, Umi dan Ameera
Aku dan bayi lelakiku
My big famili
Pagi 13 JULY, Ameera tak nak pegi sekolah, puas aku memujuk, dia tetap kata tak nak dan menangis sambil memeluk aku. Umi dia pun geram dan marah dengan perangai malasnya. Aku bawak Ameera masuk bilik dan pujuk dia, dia tetap menangis dan peluk aku. Papa datang dan pukul dengan tali pinggang, pun sama tak nak pegi sekolah. Kami pun mengalah dan biarkan dia tak pegi sekolah. Hari tu perangai Meera pelik sangat. Dia asyik nak bermanja dengan aku....
Big baby gurl, Mama and little baby boy
Nak manja-manja ngan mama

1 comment:

Roney said...

kakroney terasa bergenang air mata tengok gelagat mira. ehehe..bkn apa dia kesian kat mama dia sakit terbaring je kat sepital plak tu kan huhuu. mushhti dia rasa cam mama dia dah ada adik takut taksyg kat dia lagi kot..shiaan mira meh auty peluk gaks..so comeeeelll la uu..

Related Posts with Thumbnails