Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

21 June 2008

AMEERA ADLINA BeSdAy PaRtY

Gambar -gambar menarik semasa celebret besday Ameera yang ke-3. Aku meraikanya sekembalinya aku habis cuti tanpa gaji tahun lepas. Kiranya emergency punya besdaylaaa. SEDERHANA tapi MERIAH .......

20 June 2008

NASI KABSA AYAM

Ni Nasi Kabsa. Lebih kurang macam nasi ayam. Bezanya beras Basmati biasanya d' gunakan untuk memasak nasi ni. D' hidang bersama dengan cili hijau, bawang, lemon dan sambal cili. Selain ayam, unta dan kambing menjadi pilihan. KABSA yang aku makan biasanya Kabsa ayam. D' sediakan bersama-sama cili hijau, bawang, lemon dan sos cili. Cara makan pulak biasanya orang arab akan bentangkan plastik (macam sapra) dan selambakkan nasi diatas plastik dan d' hadap oleh 4 atau 5 orang makan. Kiranya macam makan nasi ambang laaa. Ni pun tak habis makan...

BeSdAy SaNa SiNi ...

Ini besday yang ke -3 d' hadiri oleh Ameera. Yang pertama besday kakak Batrisyah. Ke-2 besday kakak Myra dan terkini pada hari Khamis 19 Jun 2008 meraikan besday kawan Meera HAFIZUDDIN pula. Meera yang paling hapening sekali walaupun bukan besdaynya. Seronok dia dapat berkumpul dan bermain bersama-sama rakan sebaya dan kakak-kakak d' sini. Inilah masanya juga kami rakyat Malaysia dapat berkumpul bersama-sama dengan membawa pelbagai juadah 'potluck'.

16 June 2008

Nampak tak baby kat atas casher tu? Lelaki yang berjubah yang bawak baby dan budak-budak tu .Selambe je dia letak baby atas batu tanpa pengawasan. Aku yang tengok jadi seriau sebabnya sikit lagi nak jatuh.
Aku duk perhati je ngan suami. Suamiku ada bagi salam pada Pak Arab tu, tapi Pak Arab tu buat bodoh jee. Niatku nak dukung pun terbantut dan tak d' benarkan oleh suamiku.
Tak tau laaa...orang arab ni pandangan dan fikiran diorang lain. Dia ingat kami ni pinoy mari kot!

SING a SONG

Lagu kegemaran Ameera. Ini antara liriknya.

Kalau nak dengar...tunggu Ameera balik Malaysia yeee.

  • " Twinkle-twinkle little star , How I wonder What U Are " (ulang semula)

  • " I love U, u love me , Meera happy famili "

  • Si ne merry ki di ki di .....Si ne merry ki du , I LOVE U
  • " Cinta ini na na na tak ade logika .semua dalam hatiii nananaaa ... untuk saa aat." ooo (Agnes Monika)

  • No one ! No one! No One !.... (ulang semula)

08 June 2008

SAYUR GORENG SPECIAL

*** BAHAN DIPERLUKAN ***(3-4 orang makan)
  • 3 ulas bawang putih (d' cincang)
  • 1/2 bawang merah (d' cincang)
  • 10 ekor udang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu sos toram
  • Brokoli
  • Kobis cina
  • 1 batang carot
  • cendawan butang
  • garam
  • minyak masak

*** CARA MEMASAK ***

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah hinga naik bau.
  2. Masukkan carot , cendawan dan udang. Kacau sehingga udang bertukar warna.
  3. Masukkan brokoli biar masak sekejap
  4. Pecahkan telur dan masukkan sos tiram beserta garam
  5. Kacau rata dan masukkan kobis cina. Biarkan mendidih
  6. Rasakan mengikut selera.

BIHUN SUP UDANG

* * * BAHAN DIPERLUKAN * * * (4 orang makan)

  • Bihun (d' celur dalam air panas)
  • 3 ulas bawang putih putih (d' ketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (d' hiris)
  • 5 biji cili padi (d' ketuk)
  • Air rebusan kepala udang
  • 5 cawan air
  • Isi ayam
  • Udang
  • 1 biji lobak merah (d' hiris bulat)
  • 1 biji buah tomato (d' hiris)
  • Sayur sawi
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu teh lada hitam (d'tumbuk)
  • garam
  • 2 sudu minyak masak

*** CARA MEMASAK ***

  1. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga bertukar warna
  2. Tuangkan air rebusan kepala udang dan air
  3. Masukkan isi ayam, lobak merah, cili padi, lada hitam dan kiub ikan bilis. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan udang dan tomato.
  5. Masukkan garam dan rasa mengikut selera
  6. Tutup api dan masukkan sayur sawi
  7. Tutup dengan penutup periuk supaya sayur sawi masak.

*** Bihun dicelur dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan sup tadi & hias dengan daun bawang & bawang goreng ****

Related Posts with Thumbnails