Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

17 July 2008

CREAM PUFF

Tengok rancangan Emeril Live (rancangan masakan) dan resepi dari Mat Gebu. Macam senang dan teringin nak cuba dan aku telah membuatnya sebanyak 2x. Hehehee inilah hasilnya...
  • 100 g mentega
  • 25o ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 150 g tepung gandum (diayak)
  • 3 biji telur gred A
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
  2. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam.
  3. Masak hingga air mendidih dan mentega cair.
  4. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
  5. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam.
  6. Pecahkan telur satu persatu kedalam adunan doh. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
  7. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentul siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.

16 July 2008

ENJOY d' GAME

Tak dapat naik unta betul naik yang ni pun jadilaa

Malam semalam kami keluar pergi HAYATH MALL. Sekarag musim SUMMER SALE dan orang Arab giler bershoping. Aku lak setakat window shopping jee dan saja nak lepak minum-minum. Tengah nak cuci mata, Meera buat perangai merajuk nak belon. Carila aku ngan dia orang jual belon. Untuk makluman kengkawan kat Malaysia, belon yang ada gas tu harga SAR 10- SAR 15.

Inila kad Prepaid Taman Hiburan Kanak-kanak

Lepas dah dapat belon, Nampak pulak Taman hiburan. Naik main pulak dan bawakla dia beli kad prepaid game. Kad Prepaid game paling murah SAR 110. Setiap kali main, kad akan d' scan dan jumlah pada kad akan berkurangan. Kalau ada baki dalam kad tu, simpan untuk esok pulak. Mainan kat sini macam kat Genting Highland.

Haaa ni salah satu mainan Xtrem. Cayalaaa Meera berani giler naik benda ni. Aku tak bagi ...tapi dia bekeras nak naik. Bila dia dah naik ...aku rasa seram sejuk pulak sebab takut dia angkat pemegang tu dan tak pasal-pasal jatuh. At last it fun dan kelakar tengok dia. Sungguh berani anak mama ni!!!

15 July 2008

MEE KARI UDANG

Mulanya nak masak mee bandung. Sekali tengok kat dapur tak adalaa. Yang ada perencah mee soto. Eemmm d' sebabkan nak jugak makan mee berkuah aku pun belek-belek majalah dan internet. Jumpalaaa resepi MEE KARI UDANG. Macam sedap jeee tapi aku gantikan dengan spagetti... YUMMYyyyy...Yummy... Tapi resepi aku ni tak cukup bahannya, sebab tu gambar kurang meriah siket....

Carian dalam My resipi.com

  • Spagetti/ Mee (d' rebus)
  • 1/2 kilo udang
  • 6 ulas bawang kecil **
  • 3 ulas bawang putih**
  • 1 cm halia **
  • 1 sudu udang kering**
  • 1/2 kulit kayu manis/ 1 bunga lawang/ 1 buah pelaga/ daun kari
  • 3 sudu rempah kari ayam/ daging
  • 2 sudu cili kering
  • 1 kuib ikan bilis
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan air
  • 2 asam keping
  • garam
  • 1 cawan minyak
  1. Kisar bahan bertanda **
  2. Gaulkan serbuk kari dan cili kering dgn air panas utk jadikan paste.
  3. Udang d' buang sesungutnya sahaja
  4. Panaskan minyak. Masukan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
  5. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi
  6. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari.
  7. Bila dah pecah minyak, masukkan air, santan, kiub ikan bilis, garam secukup rasa dan asam keping. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
  8. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

14 July 2008

CENCALUK

First time aku rasa. Puhhh...sedap rupanya. Berselera aku makan. Menyesal lak tak bawak banyak-banyak. Balik Malaysia aku nak beli banyak-banyak buat stok.
  • 2 sudu cencaluk
  • 5 tangkai cili padi
  • bawang besar
  • 1/2 biji lemon
  1. Hiris cili padi dan bawang
  2. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan perahkan jus lemon
  3. Kacau sebati dan makan dengan nasi panas

TELUR GORENG CINCAI

Ni resepi suami aku. Telur kacau dalam kuali dengan cili padi, ikan bilis dan bawang. Memang sedap makan dengan nasi panas-panas sahaja. Kiranya lauk orang bujang laa. Kalau malas masak aku suggestkan resepi ini.....

KUIH TIRAM

Carian dalam My Resipi (s_shamen@myresipi.com)
  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • 6 sudu tepung jagung**
  • 6 sudu minyak**
  1. Satukan bahan bertanda **. Kacau sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan bahan lain, uli menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

13 July 2008

BAWAL MASAK TAUCU

  • 2 ekor ikan bawal
  • 2 sudu taucu (d' tumbuk lumat)
  • 2 cm halia (d' mayang)
  • 3 ulas bawang putih (d'mayang)
  • 1 biji bawang besar ( d' mayang)
  • 5 tangkai cili padi (d' ketuk)
  • 1 cawan air
  1. Ikan bawal d' goreng dan angkat
  2. Tumis halia, bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga wangi
  3. Masukkan taucu dan kacau sebati
  4. Tuangkan air biarkan mendidih
  5. Masukan ikan. Biarkan mesra dengan bahan-bahan lain
  6. Angkat dan hidangkan

Related Posts with Thumbnails