Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

05 April 2009

TELUR GORENG SAMBAL HIJAU DENGAN IKAN BILIS

Semenjak ngandung suka benar nak makan telur. Kali ni aku buat resepi telur ikut dalam My resepi.net. Inilah hasilnya...
BAHAN-BAHAN
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 biji cili hijau + 2 biji cili padi (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dimayang)
Segenggam ikan bilis
2 biji telur
1/2 cawan air asam jawa/ perahan lemon
garam
CARANYA
1. Gorengkan bawang yang dimayang hingga layu. Masukkan bahan yg ditumbuk
2. Goreng hingga naik bau dan masukkan ikan bilis. Biarkan garing
3. Tuangkan air asam jawa dan rasakan garam
4. Pecahkan telur. Biarkan telur masak seketika dan barulah dikacau..
*** cili padi kat Riyadh pedas sangat. Masak lemak kena letak 5 biji cili padi jee. Itupun dah terangkat ***

03 April 2009

PUDING JAGUNG

Bila dah ngandung macam-macam laaa yang mengidam. Kali ni aku ngidam nak makan disert. Bila godek kat dapur yang ada hanyala jagung dalam tin. Belek-belek kat internet, jumpalaa resepi yang senang dan boleh aku makan. Jadilaa PUDING JAGUNG
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan santan
CARANYA
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk
2. Hidupkan api dan kacau sehingga menjadi likat dan berkilat
3. Tuang kedalam bekas

MEE @ SPAGHETTI GORENG SEDAP

Ni Spaghetti goreng style mee goreng kat Malaysia. Teringin nak makan mee goreng. Jadi aku gunalaa spaghetti dan bahan-bahan tetap sama macam kat Malaysia...Terubat rindu sampai 5 kali tambah.
BAHAN-BAHAN
Spagheti di rebus hingga lembut
Sotong (dihiris bulat)
udang (di buang kulit & kepala -blendkan ambil airnya (1 cawan)
sawi
taugeh
kuchai
1 biji telur
3 ulas bawang putih(dikisar dengan sedikit air)
1 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan sedikit air)
2 sudu cili kisar
3 sudu kicap
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
garam
CARANYA
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan cili kisar dan biar naik minyak.
2. Masukkan air udang. Biarkan mendidih.
3. Masukkan sotong dan udang. Masak seketika
4. Tuamgkan sos tiram, kicap dan sos cili. Kacau rata dan pecahkan telur. Biar seketikana barulah masukkan spagheti dan kacau rata. Biarkan masak
5. Masukkan semua sayur -sawi, kuchai dan taugeh. Rasakan garam dan manis

02 April 2009

HUJAN LEBAT di RIYADH

Sekarang ni musim hujan kat RIYADH. Ingatkan dah masuk musim panas. Rupanya masih lagi hujan. Selepas aje ribut pasir melanda cuaca panas dan angin sejuk bertiup terasa sampai ke tulang. Nak mandi pun masih lagi bukak air panas.
Hari ni selepas aje suami aku balik kerja terdengar bunyi air menitis atas aircond. Bunyi pulak guruh berdentum dan turunlaaa hujan selebat-lebatnya... Hihihiiii merasa macam kat Malaysia. Cuma aku tak dapat main hujan kang tak pasal-pasal kena ngurat ngan Pak Arab... Lepasni banyaklaaa kedai akan jual payung

WANTAN GORENG

Wantan yang siap di bentuk
Buat sementara tunggu suami balik kerja. Sedap makan begitu aje atau cicah dengan sos cili thai...
BAHAN-BAHAN
Kulit wantan
Air
INTI WANTAN
1/2 cawan dada ayam (dicincang)
1 cawan udang (dicincang)
1 biji cendawan butang
daun bawang (dihiris)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
1 sk minyak bijan
lada sulah + garam
CARANYA
1. Satukan semua bahan inti ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan rasakan garam dan lada sulah. Ketepikan
2. Ambil 1 sudu kecil inti dan letak di tengah kulit wantan. Letakan air di hujung kulit dan lipat menjadi 3 segi. Kelim-kelimkan seperti karipap

01 April 2009

POKOK KUNYIT FAEDA

Heheheee.... Pokok Kunyit Faeda di Riyadh. Hidup subur dekat dalam bilik air...
Pokok Kunyit ni Pak Anjang aku yang bekalkan untuk aku bawak balik ke Riyadh. Dia cabut akar dan potong semua daun kunyit. Bagi sekali ngan tanah kat aku untuk bawak balik tanam kat Riyadh. Sampai rumah aku bungkus dengan suratkhabar dan masuk dalam beg.
Sampai Riyadh aku beli pasu dan tanah. Suami yang tolong tanamkan dan mulanya aku letak dekat ngan tingkap... tapi tak subur. Aku alihkan masuk ke dalam bilik air... Subur dan naik tinggi dan merasalaaa daun kunyit yang segar dan wangi. Daun kunyit aku dah guna masak sambal tempoyak ikan bilis dan masak lemak ketam.

TAUHU SUMBAT

Tauhu kat Riyadh kena beli dalam peket. Sepeket ada 8 biji dan takut simpan lama tauhu jadi masam baik aku masak semua dama 1 hari...antara menu tauhu ialah tauhu sumbat, masak lemak taugeh & tauhu dan buncis goreng dengan tauhu...Sedap jugak makan tauhu sumbat dengan sambal cili ni...
BAHAN-BAHAN
Tauhu -digoreng & dibelah bentuk 3 segi
Timun -diracik
SAMBAL CILI
1 biji bawang sederhana besar (dikisar)
3 ulas bawang putih(dikisar)
2 sudu cili kisar
1/2 cawan asam jawa
3 sudu gula
garam secukup rasa
CARANYA...
1. Tumis bahan kisar hingga wangi
2. Masukan cili kisar dan gula. Masak hingga terbit minyak
3. Masukan air asam jawa dan rasakan dengan garam
Related Posts with Thumbnails