Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

09 April 2009

TAUGEH GORENG KUPANG

BAHAN-BAHANNYA
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk daun kuchai
1/2 mangkuk kupang
1/2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit kicap
1/2 kiub ikan bilis
garam
CARANYA
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng kupang sekejap.
2. Masukkan bawang dan bawang putih. Tumis hingga layu dan kacau rata bersama kupang.
3. Masukkan kiub ikan bilis beserta kicap.
4. Taburkan daun kucai. Masak hingga layu
5. Kuatkan api dan masukan taugeh. Kacau rata dan biarkan masak. Rasakan garam

KACANG BUNCIS GORENG dengan HATI AYAM

Time mengandung ni sedap pulak makan kacang buncis. Purgh...suami pun suka dan habis licin dikejekan oleh kami. Biasanya tak luakpun lauk ni...
BAHAN-BAHANNYA
6 keping hati ayam (dipotong dadu)
Kacang buncis (dipotong serong)
1/2 bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 batang cili merah (dihiris)
1/2 kiub ayam
1/2 cawan air
garam
CARANYA
1. Gaulkan hati ayam dengan garam dan kunyit. Goreng sekejap
2. Masukkan bawang dan bawang putih. Goreng hingga naik bau dan bertukar warna. Taburkan kiub ayam. Kacau rata
3. Masukkan kacang buncis. Kacau rata dan tuangkan air. Biarkan kacang buncis empuk
4. Taburkan cili merah dan rasakan garam

07 April 2009

IKAN MASAK CUKA

First time cuba masak lauk ni. Biasanya masak taucu. Tapi taucu tak ada. Bukak segala majalah jumpalaa resepi seakan masak taucu. Mulanya rasa was-was sebab takut tak sedap dan tak menjadi . Tapi bila dah masak, purgh memang sedap dan aku tambah berkali-kali dan nak masak lagi.
BAHAN-BAHAN Ikan bawal/ Ikan tenggiri 1/2 biji bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1/2 inci halia (dimayang) 1 biji bawang besar (potong bulat) 3 biji cili hijau (belah 2) 1 sudu halba campur 1/2 cawan cuka 1 cawan air garam+ gula CARANYA 1. Goreng ikan dan angkat 2. Tumis bahan yang dimayang hingga layu. Masukkan halba campur. Kacau rata 3. Tuangkan cuka dan air. Biarkan mendidih 4. Masukkan cili yang dibelah, ikan dan bawang. Kacau rata dan rasakan garam dan gula

05 April 2009

TELUR GORENG SAMBAL HIJAU DENGAN IKAN BILIS

Semenjak ngandung suka benar nak makan telur. Kali ni aku buat resepi telur ikut dalam My resepi.net. Inilah hasilnya...
BAHAN-BAHAN
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 biji cili hijau + 2 biji cili padi (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dimayang)
Segenggam ikan bilis
2 biji telur
1/2 cawan air asam jawa/ perahan lemon
garam
CARANYA
1. Gorengkan bawang yang dimayang hingga layu. Masukkan bahan yg ditumbuk
2. Goreng hingga naik bau dan masukkan ikan bilis. Biarkan garing
3. Tuangkan air asam jawa dan rasakan garam
4. Pecahkan telur. Biarkan telur masak seketika dan barulah dikacau..
*** cili padi kat Riyadh pedas sangat. Masak lemak kena letak 5 biji cili padi jee. Itupun dah terangkat ***

03 April 2009

PUDING JAGUNG

Bila dah ngandung macam-macam laaa yang mengidam. Kali ni aku ngidam nak makan disert. Bila godek kat dapur yang ada hanyala jagung dalam tin. Belek-belek kat internet, jumpalaa resepi yang senang dan boleh aku makan. Jadilaa PUDING JAGUNG
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan santan
CARANYA
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk
2. Hidupkan api dan kacau sehingga menjadi likat dan berkilat
3. Tuang kedalam bekas

MEE @ SPAGHETTI GORENG SEDAP

Ni Spaghetti goreng style mee goreng kat Malaysia. Teringin nak makan mee goreng. Jadi aku gunalaa spaghetti dan bahan-bahan tetap sama macam kat Malaysia...Terubat rindu sampai 5 kali tambah.
BAHAN-BAHAN
Spagheti di rebus hingga lembut
Sotong (dihiris bulat)
udang (di buang kulit & kepala -blendkan ambil airnya (1 cawan)
sawi
taugeh
kuchai
1 biji telur
3 ulas bawang putih(dikisar dengan sedikit air)
1 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan sedikit air)
2 sudu cili kisar
3 sudu kicap
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
garam
CARANYA
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan cili kisar dan biar naik minyak.
2. Masukkan air udang. Biarkan mendidih.
3. Masukkan sotong dan udang. Masak seketika
4. Tuamgkan sos tiram, kicap dan sos cili. Kacau rata dan pecahkan telur. Biar seketikana barulah masukkan spagheti dan kacau rata. Biarkan masak
5. Masukkan semua sayur -sawi, kuchai dan taugeh. Rasakan garam dan manis

02 April 2009

HUJAN LEBAT di RIYADH

Sekarang ni musim hujan kat RIYADH. Ingatkan dah masuk musim panas. Rupanya masih lagi hujan. Selepas aje ribut pasir melanda cuaca panas dan angin sejuk bertiup terasa sampai ke tulang. Nak mandi pun masih lagi bukak air panas.
Hari ni selepas aje suami aku balik kerja terdengar bunyi air menitis atas aircond. Bunyi pulak guruh berdentum dan turunlaaa hujan selebat-lebatnya... Hihihiiii merasa macam kat Malaysia. Cuma aku tak dapat main hujan kang tak pasal-pasal kena ngurat ngan Pak Arab... Lepasni banyaklaaa kedai akan jual payung
Related Posts with Thumbnails