Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

10 December 2009

ZIARAH M A D I N A H

Alhamdulillah.... aku sekeluarga sampai juga ke MADINAH walau hanya untuk 2 hari sahaja.
Aku ke Madinah tanpa dirancang. Hanya diberitahu oleh suami seminggu selepas pulang dari al-KHOBAR (memancing kat Al-Khobar). Pegi ni pun sebab cuti suami jatuh pada hari minggu (Khamis & Jumaat).
Untuk menjimatkan masa, kami memilih perjalanan dengan kapal terbang yang hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Kami bertolak dari Riyadh pukul 3 petang dan tiba di Madinah pada pukul 4 petang disebabkan flight pagi sudah penuh.
Setibanya di Hotel, kami bersiap untuk ke Masjid Nabawi untuk bersolat Maghrib dan solat Isyak.
Dalam perjalanan menuju ke Bahagian wanita, ramai jemaah bepaling ke arah kami yang membawa anak-anak. Ambil gambar kami pun ada.
Sambil berjalan, seorang jemaah lelaki dari Turki berhenti dan bersalam dengan anak-anak kami. Ameera siap bagi nama dan kata "from Malaysia".
Tiba kat bahagian wanita, gurd wanita pun geram tengok Hadif. Bila kami berjalan nak ambil tempat pun, semua jemaah tengok kami. Haiii.... jadi wayang laaa pulak
Hadif pun pandai beborak dengan jemaah yang menegur dia. Kakak Meera pulak penat dan ngantuk. Dan semasa aku solat pulak, anak kawan tolong jagakan. Alhamdulillah Hadif tak meragam dan tak melalak macam budak-budak yang lain
Kini aku tahu nikmatnya berada di MADINAH dan MEKAH....
Di Pekarangan Masjid Nabawi untuk ke bahagian wanita
Meera yang penat berjalan... Alaaa iiii comeinyee!!!
Dalam bilik... baru bangun tidur
Bersiap untuk ziarah makam para shuhadah dan Masjid2
Rupanya pagi ni sejuk laaa
Di pekarangan Bukit Uhud
Antara penjual kurma yang ada di pekarangan Bukit uhud
Sedang merasa kurma
Bersama kawan yg turut serta dan pemandu kami
Meera nak naik bukit
Tertunai sudah hajat anak aku nak naik bukit ni...
Selesai sudah.... nak cari Hadif pulak????

27 November 2009

A I D I L A D H A d RIYADH

Salam Aidiladha dari kami di Riyadh untuk keluarga dan teman-teman yang berada di Malaysia. Kemeriahan sambutan Aidiladha di sini tak semeriah dengan sambutan di Malaysia yang meraikan dengan laungan takbir rumah ke rumah dan membuat korban. Di sini sambutan Aidiladha tidak terasa kerana kebanyakan umat Islam ramai mengerjakan haji dan balik kampung atau bercuti. Aku sekeluarga hanya meraikannya di rumah teman yang mana suami kami berdua bekerja shif yang sama pada Aidiladha ini khas untuk projek Haji. Selepas selesai solat, suami aku terus bersiap untuk bekerja. Juadah raya pun kami sediakan ala kadar. Tak laaa semeriah macam kat Malaysia. Tengoklaaa kat bawah ni sekadar nak seronok-seronok ajee....
Colerful cokelat cup cake KAK ONNA
Kuih raya pun ada...tart nenas, almond london,dan agar-agar santan
Kuah kacang Rendang Ayam...
heheheee...sambal tempoyak ikan bilis sesat
Pucuk ubi masak lemak
Tuan rumah ....Kak Onna
Isteri-isteri yg ditinggalkan suami untuk bekerja Kiranya 2 orang tuan rumah.... Melayan kakak Meera makan kejap
Bess frenz Meera ...Elis n Wawa
Antara tetamu kami...

12 November 2009

FAZA KAHWIN

Dapat aku merasa NASI MINYAK sekembalinya aku ke Malaysia. Faza x-bos aku juga bess fren selamat melangsungkan perkahwinannya seminggu selepas HARI RAYA lepas. Perkahwinanya belangsung di rumah keluarga di Senawang Negeri Sembilan.
Ni antara gambar-gambar yang sempat aku rakamkan....
Sign bord menuju ke rumah pengantin...
Pelamin yang dihias indah dengan bunga ros hidup...CANTEK SANGAT
Bunga ROS MERAH...Bunga Telur kat Pelamin Kek Tiga Tingkat Heheheee...Tertunai hajat anak aku nak naik pelamin ngan mamamya!!! Suka sangat...
Pengantin bergambar bersama Kak Zurina sekeluarga
Kak Zurina -Faza dan aku
Selamat Pengantin Baru

11 November 2009

5 year BESDAY PARTY AMEERA KAT MALAYSIA

Dah 3 tahun aku buat besday party anak aku UMI AMMERA ADLINA kat MALAYSIA. Semestinya bukan 25 DISEMBER yang sebenarnya tarikh lahir dia... Nak buat macam mana, papa cuti setahun sekali balik Malaysia dan bulan DISEMBER kat sini dah mula musim sejuk dan papa dah tak ada cuti.... Jadi aku mengambil kesempatan cuti ni buat sekali besday party anak kesayangan aku niii... Tahun ni aku buat kat KFC SG. CHUA, Kajang. Sederhana tapi tetap meriah dan yang pastinya termakbul juga hajat anak aku ni nak pakai baju PRINCESS coler PINK.
FOR MY LITTLE PRINCESS UMI AMEERA ADLINA .... HAPPY BESDAY TO U & I LOVE U
Wif Mama, Mak Cu dan Pak Long
Besfrend - Kakak Farah ***Meera *** Qistina - Selamat ada 3 kek...kalau tak dah mengamuk (kek sebelah kiri Umie bagi, yg tengah special oder for Ameera dan yg last KFC bagi (for member card)
Wif KFC maskot "CHIKY"
Tak sabarnya...
Aku dan suami My guest - Fazillah dan Maslina
Cayang "CHIKY"
Kawan sekolah Menegah -Farah Dalina & Erma Linda
My Famili Angkat -Pak Tam & Family
Pak Alias family & Kak Fisha

09 November 2009

KEK BESDAY anak dara ku -

Kek besday yang diilhamkan oleh anak dara kesayangan aku -UMI AMEERA ADLINA.Meera nak kek bentuk LOVE dan coler pink. Gambar pulak nak gambar princess. Gambar ni dia yang pilih...Jadi terhasillaa kek seperti diatas...CANTEK SANGAT
Related Posts with Thumbnails