Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

10 September 2010

AIDILFITRI d' Riyad

Pada tahun ini, kami sekeluarga meraikan Aidilfitri di perantauan iaitu di negara Riyadh, Arab Saudi bersama-sama rakan yg turut sama tidak pulang ke tanahair....
Pada kebiasaannya pada Hari Raya, kami akan berkumpul di kedutaan Malaysia, Riyadh. Tapi malangnya Duta Malaysia yg baru ni  balik kampung pulak...
Punah segala perancangan nak beraya dan berkenal-kenalan dengan Duta dan teman-teman yg tinggal d' Riyad. Akhirnya kami terpaksa mencari rumah untuk dijadikan tempat kami berkumpul bersama-sama....
Jadi Hari Raya pertama pada tahun ini kami sekeluarga dan rakan-rakan telah berkumpul di rumah Puan Hazita Amir. Hari Raya tahun ini kami menyambutnya dengan sederhana tanpa duit Raya!!!

Jom layan gambar-gambar Raya kami d' Riyad diambil pada 10 SEPTEMBER 2010




Antara rakan-rakan Malaysia yg beraya di Riyad

Hadif  berbaju jubah Arab....

10 August 2010

SELAMAT BERPUASA....


RAMADHAN KAREEM!!!! Selamat berpuasa.
Kami di Riyad Arab Saudi turut akan berpuasa esok hari Rabu 11 Ogos 2010.
Semoga ramadhan kali ini akan dinikmati sebaik-baiknya dan akan dipenuhi dengan amalan-amalan yang mulia....InsyaAllah
Aku akan menyambut RAMADHAN bersama suami dan anak-anak dan InsyaAllah akan berhari raya di Riyad buat pertama kalinya....

13 July 2010

HePpY BeSdAY HaDiF


Hari ini 13 JULAI 2010 genaplaa usia hero kesayangan aku MOHAMAD HADIF  1 tahun. Mohamad Hadif ni anak mama, kalau mama hilang aje, Hadif akan cari atau menangis. Mesti nak mama ada kat sebelah dia. Kalau budak lain, botol susu atau puting jadi peneman setia, Si Hadif pulak nak mama jadi teman setia dia!!!
Tengoklaa, papa ada kat depan main ngan dia pun, masih merengek nak mama....Hadif...hadif....

HepPy  BeSDay  MoHaMmaD HaDiF
MaMa, PapA dan KakaK Meera LOVE U!!!

12 July 2010

09 July 2010

AMEERA in Green Dress




Nak tunjuk kat korang yang baju ni masih muat lagi kat badan Ameera.Green Dress ni aku beli masa umur Ameera 3 tahun. Disebabkan terlalu seksi, aku jahit bagi menutup buah dada yang kecil tu.

Disebabkan dah lama terperap kat dalam almari, aku pakaikan untuk dia melaram ala-ala model. Siap pakaikan makeup lagi dan aku suprise dan happy sangat yang kakak Ameera boleh pakai lagi baju ni... So sweet my princess pakai!!!

Ameera pun suka dan tak sangka yang dia muat lagi. Yang bessnya dia masih ingat yang baju ni penah pakai masa Meera gemuk dulu!!!

29 June 2010

Alyah Tak Mungkin Kerna Sayang

Lagu feveret Ameera!!!
For U my Princess...

26 June 2010

AIR SOYA


Air SOYA buatan suamiku!!!  SEDAP... 

Haaa ni Air Soya yang dibuat oleh suami aku
Masa beli kacang kat kedai, suami aku ternampak kacang SOYA. Dia cakap, nanti abang buatkan untuk ayang yee!!!abang tau cam mana nak buat AIR SOYA...
Dan inilaaa hasilnya...memang rasanya sama ngan AIR  KOTAK SOYA YEOS yg aku minum (aku ni cerewet siket bab air yang macam susu, sebabnya ada bau yang memualkan tekak) 
Kat Riyad ni ada jual, tapi tak sesedap yang Malaysia punye (rasa susu)
Biasanya aku akan bawak dari Malaysia atau kirim dari member yang balik Malaysia. Air Soya yang biasa aku minum ialah SOYA YEOS...

2nd time buat untuk member rasa dan Alhamdulillah memang sedap!!!


Inilaa cara-cara nak membuat AIR SOYA!!!
  1. kacang soya direndam semalamam
  2. Tapis dan kisarkan dengan air masak
  3. Ambil tuala nipis/ kain nepkin anak letak kat penapis dan tuangkan bahan kisar. Biar air soya menitik masuk kedalam periuk
  4. Selesai...angkat periuk letak kat atas dapur gas
  5. Masak dengan api yang pelahan
  6. Untuk menghilangkan baunya...tuangkan esen vanila dan masukan 2 helai daun pandan
  7. Rasakan dengan gula. Kalau masih ada bau kacang, tambahkan daun pandan untuk menghilangkan bau yang kurang enak
Related Posts with Thumbnails