Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

30 July 2008

BOY frend's Meera & Mysara

Taknak!!! Tak nak kawan ngan Haris....Uwaaaaa!!!!!! Haris lapkan air mata Meera. Haris janji main dan pegang tangan Meera. Tension jeee muka Mysara.... Mysara!!! Haris kita punye tau... d' peluknya Haris kuat-kuat. Hi kanak-kanak Rebina ni berebut pakwe sorang Haris dalam dakapan Meera. Suka Meera...
EEmmm.... mama, mummy dan ibu pening kepala tengok aksi anak-anak pintar ni....
Berebut pakwe pulak. Haris layan Mysara, Meera merajuk dan Meera main ngan Haris ,Mysara pulak merajuk. Dan paling kuat merajuk anak akulaaa (ikut perangai mama dia). Menangis sampai mak arab semua tengok. Selamat hero ni pandai memujuk
Gambar- gambar ni d' ambil masa mama, mummy dan ibu g shopping. Sambil tunggu kedai bukak dan solat, kami semua lepak dan anak-anak pun buatlaaa aksi (tengok gambar kat atas). Seronok tengok aksi diorang yang pandai bergaya. Mak arab tengok pun geram dan nak cubit-cubit.Sambil mama, mummy dan ibu berlumba ambil gambar anak-anak rebina.

SEBELUM dan SELEPAS NGAJI

Meeya dah siap nak g ngaji. Sementara tungggu papa dengan mama bersiap, sempat lagi Meeya main. Habis d' punggahnya bakul mainan. Masa kat rumah, semangat nak ngaji berkobar-kobar dan siap janji ngan papa tak nak main-main. Tapi bila dah sampai, habis tudung d' campaknya dan berlari masuk ke bilik cari mainan. Kawan bermain pulak ialah Mysara dan kalau gaduh pun ngan Mysara. Ni masa tengah baik ngan Mysara...

ROTI GORENG

Menu ni aku buat untuk budak-budak ngaji. Ada roti, sosej, kentang dan telur. Masakan ni d' buat oleh kak Fishah...member ofis yang pandai mereka cipta masakan. Dapatlaaa aku merasa dan d' sebabkan rindu dan teringat-ingat... aku pun buatlaaa kat sini. Style western food tapi d' melayukan jadilaa ROTI GORENG. eeeemmm sedap macam nasi goreng.....
  • 10 keping roti potong (buang kulit & potong memanjang)
  • 1 bungkus sosej (potong bulat)
  • 2 biji kentang (potong panjang)
  • 3 ulas bawang putih (d' ketuk)
  • 1/2 bawang besar (d' cincang)
  • 1 sudu cili kering
  • 5 biji telur
  • garam
  1. Goreng kentang hingga kuning dan angkat
  2. Pukul 3 biji telur dan celupkan roti ke dalam telur. Goreng sebentar hingga garing dan angkat.
  3. Tumiskan bawang puting dan bawang merah hingga kuning dan masukkan cili. Masak sampai naik bau.
  4. Masukkan sosej dan kacau rata.
  5. Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali dan masukkan kentang dan roti yang d' goreng.
  6. Kacau rata dan rasakan dengan garam
  7. Hiaskan dengan daun bawang

AYAM MASAK KURMA

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 peket rempah kurma (bancuh dengan air)
  • 1 biji bawang besar **
  • 3 ulas bawang putih **
  • 2 cm halia **
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 biji kentang (belah 4)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar tairu/ jus lemon
  • cili hijau (belah 2)/ bawang besar -untuk hiasan
  1. Kisar bahan bertanda ** dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Kacau hingga naik minyak
  3. Masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan tuang air. Biar mendidih
  4. Masukkan santan pekat dan tairu / jus lemon.
  5. Biar ayam empuk dan keluar minyak
  6. Taburkan bahan hiasan dan rasakan garam

29 July 2008

KUPANG GORENG SAYUR

Cilok dari resepi MAT GEBU. Memang sedap dan nak lagi...

  • 1 cawan kupang
  • Kobis cina
  • 1 cawan taugeh
  • 1/2 biji bawang besar (d' hiris)
  • 3 ulas bawang putih (d' ketuk)
  • 1 biji cili merah (d' hiris)
  • daun kucai
  • daun bawang
  • 2 sudu sos tiram
  • garam
  1. Goreng kupang selama 5 minit dan angkat
  2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili merah hingga wangi
  3. Tuangkan sos tiram dan masukkan sayur kobis cina. Masak hingga layu
  4. Masukkan kupang dan taugeh
  5. Rasakan garam dan sedia d' hidang

MeErA 'N' MySaRa PlAyInG ToGetHeR

Ni laaa best frend'S dan adik kembar Meera. Kalau nak minum air atau susu mesti nak sama. Warna air pun mesti sama, kalau tak merajuklaaa anak aku ni. Lepas tu kakak Mysara pun nak berebut. Jadi kakak Mysara pun kenalaaa melayan sama adil macam adiknya sendiri.
Masa ni tengah happy-happy dan Meera pun layan Mysara baik punyee. Tak gaduh dan mama dan ibu senang hati....

24 July 2008

SUP AYAM CINCAI

Sup Ayam cincai. Saja buat untuk Meeya. Tetiba papanya yang makan. Habis jugakla sup d' hirupnya sampai keluar peluh. Tapi memang elok untuk sesiapa yang demam dan sakit-sakit badan. Lain kali aku kena buat 1 ekor ayam.....
  • 1/2 ekor ayam (d' potong kecil)
  • 2 biji kentang (potong kiub)
  • 1/2 biji bawang besar (d' mayang)
  • 2 ulas bawang putih (d' ketuk)
  • 1 cm halia (d' ketuk)
  • 1 kiub ayam
  • 5 tangkai cili padi (d' ketuk)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 liter air
  • 2 sudu minyak
  • garam
  1. Tumis bawang besar, halia, bawang putih dan serbuk lada hitam hingga naik bau
  2. Masukkan kentang. Kacau sekejap
  3. Tuangkan air. Masukkan ayam, cili padi dan kiub ayam
  4. Biarkan mendidih dan ayam masak.
  5. Rasakan garam dan taburkan bawang goreng dan daun bawang.
Related Posts with Thumbnails