12 September 2009
LEMAK CILI PADI IKAN MERAH
Biasanya ikan merah ni aku masak sup aje...suami aku suka sangat makan sup. Tetiba aku rasa nak tukar menu lain siket....eemmmm terhasillaaa lauk kat bawah ni
Untuk resepi ni, aku masukan kentang & tomato sekali....yyuummy memang sedap sekali!!!
Cara nak masak
1. Kisar 1/2 biji bawang besar, kunyit hidup, cili padi dengan sedikit air
2. Tuangkan kedalam periuk bahan kisar bersama serai yang dititik dan santan cair. Masak
dengan api yang kecil hingga mendidih
3. Masukan kentang dan kacau selalu supaya santan tak membuak2
4. Bila kentang sedikit empuk, tuangkan santan pekat. Taburkan garam dan masukan 1 kiub
ikan bilis
5. Masukan ikan dan daun kunyit. Kemudian masukan tomato. Kacau sebati dan tunggu
hingga semuanya masak sekata....
23 August 2009
LAMPU PELITA d RIYADH
Ni dia lampu hiasan @ lampu pelita time bulan puasa. Kat Riyadh, Arab Saudi ni bila masuk bulan Ramadhan semua kedai atau kat umah akan dihiasi dengan lampu pelbagai bentuk dan dilimpahi dengan cahaya yang berwarna warni.
Lampu pelita yang terdapat kat restoran makan...hias atas meja jee
Lampu pelita untuk dibawa balik ke Malaysia. Lampu ni hadiah daripada anak angkat mak aku kat sini....Cantek sangat
22 August 2009
SALAM RAMADHAN KAREEM
RAMADHAN KAREEM bermaksud SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.
Aku pertama kali menyambut puasa di Riyadh bersama suami dan ditemani oleh abah dan emak. Hari Sabtu 22 Ogos 2009 telah ditetapkan mulanya puasa.
Di sini waktu imsak adalah pukul 4.15 pagi dan berbuka pukul 6.o7 petang. Bazar Ramadhan terdapat di Pasar Raya atau di Shopping Mall dan terdapat jualan seperti Manisan, Sambosa (Samosa) dan roti.
08 August 2009
BUAH KURMA
Ni jee SR 3 = RM 3
Sekarang ni musim buah kurma. Sepanjang jalan raya banyak ditanam pokok buah kurma sebagai hiasan landskap. Ada pokok yang buahnya lebat dan ada juga yang dah kering. Ni ada gambar pokok buah kurma yang buahnya lebat dan masih belum dipetik.Kat rumah aku banyak tul buah kurma.Ada yang dibeli dan ada jugak kawan arab suami aku yang bagi. Kalau boleh nak pos ke MALAYSIA, tapi harga penghantaran dari Arab ke Malaysia mahallaaa...TUNGGU JELAAA AKU BALIK...
17 July 2009
AKU SELAMAT BERSALIN
Aku selamat bersalin pada 13 JULY 2009 tepat pukul 2.05 pm di Hospital Specialized Medical Center, Riyadh Arab Saudi. Seminggu awal dari tarikh jangkaan iaitu 18 July 2009.
Tiada tanda-tanda seperti air ketumban pecah atau keluar darah seperti yang aku alami semasa kelahiran anak pertama. Aku hanya mengalami sakit perut sekejap-sekejap pada pagi 13 July. Atas nasihat kawan-kawan di sini, aku disuruh segera ke hospital kerana anak lelaki lain sikit tandanya.
Jadi aku segera bersiap, sempat juga aku menjamah nasi berlaukan kari ikan dan kuih masalodeh yang dibeli oleh suami. Aku keluar rumah dengan berbekalkan air bunga kacip fatimah dan Ameera aku tinggalkan dengan mak dan abah.
Pukul 11 pagi aku tiba di hospital dan pukul 11.30 aku sudah berada di dalam labour room.
Sakit perut yang aku alami kini kerap terasa dan bukaan dari 3 cm ke 4 cm, dari 4 cm ke 8 cm. Sakit perut teramat sangat dan aku menjerit sekuat hati sambil meneran seperti orang nak terberak. Akhirnya suami memanggil doc dan nurse dan bukaan sudahpun 9 cm. Kelam kabut diorang melihat aku yang dah meneran kali ke-2 dan kepala bayi sudahpun kelihatan.
Cepat, senang dan gembira sangat-sangat atas kelahiran bayi lelaki... Inilaa gambar-gambar bayi lelaki yang aku beri nama MOHAMAH HADIF....
09 July 2009
ABAH n MAK kini d' RIYADH
Abah dan mak tiba di Riyadh, Arab Saudi pada 4 JULY 2009 pukul 3 petang. Mereka tiba dengan selamatnya dengan menaiki pesawat Saudi Airline.
Seronok dan hiba bila dapat berjumpa dan berpelukan dengan cucu kesayangan. Tengoklaaa aksi manja Meera dengan atuk dan uminya....
Kali ni orang kat Malaysia pulak jelus tengok gambar abah dan mak yang kini kat Riyadh. Nak-nak adik aku Xeera dan Lin...
Mereka berada di Riyadh untuk menjaga aku yang akan bersalin pada 18 JULY 2009. Ibu dan bapa sahaja dibenarkan untuk datang ke sini.
Dikesempatan berada di Riyadh, abah aku teringin nak buat umrah. Katanya kalau boleh setiap minggu nak ke Mekah. Aku dan suami akan cuba memenuhi hajatnya ke sana. Tapi buat masa ni tak dapat nak buat umrah sebabnya abah dan mak tak sihat (selsema, sakit tekak
07 July 2009
RIYADH GALLERY
Bawak Meera pegi taman. Taman kat dalam RIYADH GALLERY MALL
Taman mainan bertemakan AIR. Memang happening main kat sini. Sementara Meera main, mama dia asyik carik makanan duk ngap untuk baby dalam perut. Silalaaa layan gambar kami kat bawah ni yeee
Possing jap before naik ke Taman Mainan
Muka yg tengah xcited naik g taman
Yes dah dapat kad. Jom masuk main
Subscribe to:
Posts (Atom)