Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

10 May 2009

MALAYSIA FOOD BAZAAR di Riyadh

Suami tolong menguli kuih tiram sementara aku kat dapur mengoreng Onna's Popia - Popia sira cili dan popia basah Aku dan suami kat belakang tabir dok gulung popia basah
Tolong member bungkus Laksa Johor pulakDengan Tokei Laksa Johor Di apit oleh tokei Laksa Johor dan tokei Nasi lemak Ayam rempah Antara pengunjung yang datang
Anak aku yang leka bermain kat KID's STOP
Meera dan Inez
Peminat Ameera - Warga Jordan (Meera yang snap gambar ni)
Pada 7 Mei 2009 telah diadakan Malaysia Food Bazaar bertempat di Kedutaan Malaysia, Diplomatic Quarter, Riyadh. Acara bermula dari pukul 4 petang hingga 10 malam.
Rakyat Malaysia kat Riyadh turut ambil bahagian dengan menjual pelbagai jenis juadah dan masakan Malaysia. Memang seronok diorang macam kat pasar malam. Very d' hapening
Aku pulak sekadar tompang glamor kat gerai member aku jee. Sambil tu aku tolong member aku tokei popia menggulung popia basah. Sekadar membantu apa yang boleh. Sambil tu aku adalaa selitkan kerepek yang aku buat dan rempah-rempah segera seperti mee bandung dan soto untuk dijual kat gerai member aku tuu.
Antara jualan yang terdapat kat Bazaar ialah Laksa Johor, Mee Kari, Nasi Lemak berlauk, Nasi Lemak ayam rempah, Nasi Ayam, Nasi kerabu, Laksam, Mee goreng mamak, Satey, BBQ chiken Wing, Pulut Kuning, Popia Basah, Karipap, Pau, Rojak Buah, Roti Jala, ABC, Air cincau, Ais krem batang (yang dalam plastik), pelbagai jenis kerepek, rempah ratus, pakaian dan macam-macam lagi.
Terubat rindu kami di sini kat masakan di Malaysia. Satu hari tu memang all out makan masakan Malaysia. Nak -nak orang mengidam macam aku. Purgh memang rezeki aku laaa katakan. Makanan yang dapat aku jamah ialah Mee goreng mamak, popia basah, Nasi Lemak Ayam rempah, Laksa Johor, ABC, Air cincau, Satey, BBQ chiken wings dan pulut kuning. Yang lain tak sempat rasa sebabnya sedap minum air batu sebab cuaca teramatlaaa panas. Habis duit dok beli air cincai ajee. Rasa memang tak puas dan nak lagi. Tapi apa boleh buat...
Yang pastinya kat Malaysia Food Bazaar kami rakyat Malaysia dapat mempromosikan masakan Malaysia pada orang arab dan rakyat asing yang datang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails