Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

03 June 2009

SAMBAL TEMPOYAK UDANG campur PETAI

Petai yang diberi oleh kak Onna masa pegi ke Jedah. Kat Jedah ada kedai Indonesia dan ada jual pelbagai barangan selera orang Melayu. Tu yang dia beli dan bagi kat aku... Aku lak tak tau nak masak apa.Tempoyak lak ada aku bawak dan bila datang idea...taraaa Aku kureng siket nak masak tempoyak ni cos cik abang tak suka sangat. Aku masak sebab nak bagi kak Onna sebab dah janji. Tapi bila dah masak, suka bebenar lak suami aku makan. Turut makan sekali ialah Ameera (dia nak sambal jee).
BAHAN-BAHANYA
Udang
Petai
2 sudu tempoyak
15 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
1 cm kunyit hidup
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
Daun kunyit (dikoyak)
2 cawan air
gula dan garam
CARA MEMASAK
1. Goreng sekejap udang dan angkat.
2. Kisar cili padi, kunyit hidup dan bawang besar. Tumis bahan kisar hingga terbit bau. Masukan serai dan bawang yang dihiris. Kacau rata.
3. Masukan tempoyak dan air. Kacau rata dan biarkan memdidih dan terbit minyak.
4. Bila sambal dah pekat, masukan petai dan daun kunyit. Biar masak seketika dan rasakan dengan 1/2 sudu gula dan garam.
5. Masukan udang dan kacau rata. Biar mesra dengan sambal dan petai. Rasa apa yang kurang. Bolehlaa tutup api

2 comments:

Roney said...

sedapppp nya ...nakkkk

Faeda Hashim said...

Tunggu saya balik Msia yeee

Related Posts with Thumbnails