Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

13 July 2008

PERIA GORENG CILI BERSANTAN

Peria kat sini kontot-kontot menggerutu (macam peria katak). Aku suka masak peria goreng cili...
  • Peria (potong menyerong, cuci dengan garam dan tapis)
  • 2 batang cili merah **
  • 4 ulas bawang merah**
  • 2 ulas bawang putih**
  • 10 ekor udang
  • 1 cawan santan pekat
  • garam
  1. Tumbuk semua bahan separuh lumat dan tumis dengan sedikit minyak
  2. Udang d' tumbuk kasar dan masukkan sekali dalam kuali. Tumis hingga garing
  3. Masukkan peria. Kacau sebati
  4. Tuangkan santan biar mendidih
  5. Rasakan dengan garam

AYAM BAKAR MAYONIS

Tengok Nigella Lowsen masak. Dia guna susu dan aku ubah guna mayonis. YUMMYyyy!!!
  • 6 ketul peha ayam
  • 3 sudu mayonis
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • lada hitam (kisar halus)
  • 2 ulas bawang putih (d' ketuk)

Perap ayam dalam plastik dengan semua bahan semalaman. Bakar sehingga garing

12 July 2008

RIVER SIDE in MALL

GALLERY MALL RIYADH
Salah satu shopping mall terbesar di Riyadh yang baru je dibuka untuk pengunjung pada awal bulan July 2008. Berbeza dengan shopping mall yang lain kerana d' sini ada anak sungai buatan manusia, pokok kelapa dan tumbuh-tumbuhan tiruan yang memukau pandangan dan menjadi daya tarikan utama.
D' sepanjang jalan d' luar kedai terdapat batu-batu sungai besar buatan berwarna putih d' letak sebagai tempat duduk dan suasananya seakan-akan pengunjung sedang berkelah (terasa macam kat sungai Gabai beb). Berehat minum kopi dan seakan-akan menghirup udara segar (sekarang kat luar cuaca panas terik tak kira petang atau malam).
Meniti jambatan batu melintasi anak sungai yang mengalir dan melihat tumbuh-tumbuhan seakan hidup subur. Cantik sangat. Dapatlaaa lepas rindu kat kampungku ULU LANGAT...
Lain-lain tempat best kat GALLERY ialah gedung hiasan dalaman yang besar seakan-akan IKEA bernama KIKA. Barangan d' KIKA lebih mahal. Aku sekadar cuci mata jee!!!
Taman hiburan kanak-kanak d' sini bertemakan OCEAN PARK . Harga tiket untuk main dari SAR 110 (kalau habis boleh to up). Memang hapening sampat tak ingat nak balik. Kami pulang dalam pukul 1 pagi.
p/s : Nak tengok gambar lagi clicklaa SiDe LiNk to..dalam My picasa

09 July 2008

BUBUR NASI AYAM

Antara menu wajib Meera bila ke sekolah. Kalau tak bubur ...nak makaroni goreng dengan hotdog
  • 1/2 pot beras (d'cuci )
  • Kaki Ayam/ tulang ayam
  • Isi ayam
  • 2cm halia (d' ketuk)
  • 3 ulas bawang putih (d'ketuk)
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • garam
  • Air
  • daun bawang (untuk hiasan)
  • bawang goreng (untuk hiasan)

  1. masukkan 3 cawan air, halia, bawang putih, kiub ayam dan kaki ayam/tulang ayam. Masak hingga empuk dan tutup api. Ketepikan...
  2. Dalam periuk lain, masukan beras dan air menjadi bubur.
  3. Bila bubur sedikit kering, masukkan daging ayam, garam dan lada sulah
  4. Tuangkan air rebusan ayam beserta bahan-bahan dalam periuk ke dalam bubur. Kacau sebati
  5. Rasakan garam dan hias dengan daun bawang dan bawang goreng

KERETA

Kereta CHEVROLET kami d' sini. Jenis manual bukak tingkap pun manual. Ada sekali tak perasan Meera bukak tingkap dan keluarkan kepala. BAHAYA oooo. Buat masa ni, kereta yang kami guna adalah kereta sewa.

KiD's SHOW TIME

Hajat sebenar nak shopping. Bila masuk jeee kat GALLERY MALL ada SHOW TIME untuk budak-budak. Ameera pun meluru masuk dan terus duduk. Walaupun tak faham bahasa arab, Meera tetap enjoy dan nak turut serta bila MC suruh budak-budak angkat tangan. Bila tak d' panggil, aku suruh dia duduk kat depan pentas dan bersalam dengan maskot. Meera berdiri terlopong tengok maskot dan tengoklaa gambar tu d' sebabkan xcited tengok depan-depan terus pak gurd pimpin tangan suruh keluar.
Alih-alih kena halau. So lucky!!! Walaupun kena berdiri kat tepi pentas Meera dapat "goody" gelang magnet pelbagai guna.
Ni laaa "magnet" yang meera dapat. Boleh buat gelang dan rantai. Meera buat rantai CANTIK TAK!!!

01 July 2008

SPAGHETTI GORENG SOSEJ

  • Spaghetti d' rebus dengan sedikit garam & sedikit minyak
  • Daging d' hiiris (buat perencah)
  • 3 batang sosej
  • 3 ulas bawang putih (d'ketuk)
  • 1/2 bawang besar (d' cincang)
  • 5 tangkai cili api
  • Segenggam sayur kobis (d' hiris)
  • 1 biji telur
  • 1 biji buah tomato (d' dadu)
  • 1 sudu besar soso tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 5 sudu minyak zaiton (atau minyak masak)

* * * CARA MEMASAK * * *

  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga wangi
  2. Masukan daging kacau hingga empuk dan masukan sosej
  3. Tuangkan sos tiram dan kicap
  4. Taburkan kobis dan buah tomato
  5. Kacau rata dan masukan spaghetti dan pecahkan telur
  6. Kacau rata dan rasakan garam
Related Posts with Thumbnails