Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

29 May 2009

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG & KELI SALAI

Hahahaaa... my feveret lauk. Tapi kali ni aku masukkan ikan keli salai. Kakak ipar aku yang poskan ikan keli salai ni. Orang mengidamlaaa katakan. Tak dapat makan ikan keli freshhh...makan yang salai pun jadilaaa...Suami aku lak kat Riyadh dia bantai suka makan lauk ni. Tak tau laaa kalau dah balik Msia nanti...Angin satu badan...hahahaaaa

KANGKUNG GORENG BELACAN

Yummy!!! sedap betul kangkung yang aku masak...
BAHAN-BAHANYA
  • Kangkung
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu udang kering
  • 1 cm belacan
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 cawan air

CARA MEMASAK

1. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, udang kering, belacan, cili merah dan cili padi.

2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan sos tiram. Kacau rata hingga garing

3. Masukan kangkung. Kacau rata dan tuangkan air. Biar masak seketika dan tutup api

25 May 2009

Dr. NADIA (pregnancy doctor)

Hospital SPECIALIZED MEDICAL CENTER, RIYADH
Dr. Nadia Al- Hamidah
Ni doc aku kat Riyadh. Aku buat check up selalu ngan dia. Dia ni orang Syria. Dia suka sangat ngan Ameera dan memang baik. Ada masalah aku selalu rujuk ngan dia. Dr. Nadia akan bercuti ke Malaysia.Bila tu tak tau....tungggu....

20 May 2009

BENDI & KANGKUNG GORENG SAMBAL (pakai campak jee)

Resepi ni aku ambil dari blog Cik Mat Gebu. Cuma bahan tumbuk dia aku tukar kepada blend dan tambah kangkung. Tu pasal coler dia merah. Lepastu aku saje memandai tambah kangkung sebab nak habiskan stok sayur kangkung yang berlambak dalam ais box aku jee...Rasanya boleh tahanlaaa
BAHANYA
Bendi dihiris serong
Kangkung
2 ciji cili merah***
1/2 biji bawang besar***
3 ulas bawang putih***
1 sudu udang kering*** (direndam)
1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu sos tiram
1/2 sudu sos ikan
1 keping asam gelugur (yg kecil)
CARA MEMASAK
1. Kisar bahan bertanda *** dan tumis hingga naik minyak dan harum
2. Masukan sos tiram, sos ikan dan asam gelugur. Kacau rata
3. Masukkan bendi dan air. Kacau rata. Biarkan bendi empuk seketika kemudian masukkan kangkung.
4. Gaul rata dan pecahkan telur. Rasakan garam dan bolehlaaa diangkat.

IKAN BAWAL SAMBAL HIJAU

Sedap jugak sambal ni...
BAHANYA
1 ekor ikan bawal
5 tangkai cili hijau ***
5 tangkai cili padi***
1 biji bawang besar ***
1 ulas bawang putih***
1 sudu ikan bilis***
1 cm belacan***
1/2 cawan santan pekat
1 sudu jus lemon
1 biji bawang besar (hiris bulat)
garam & gula
CARA MEMASAK
1. Ikan bawal di potong 3 dan digoreng garing
2. Kisar bahan bertanda *** dengan 1/2 cawan air dan tumis hingga terbit minyak.
3. Tuangkan santan, gula dan garam. Kacau rata
4. Masukan ikan. Biarkan ikan mesra dengan sambal. Masak sehingga kuah pekat dan tuangkan jus lemon dan taburkan bawang yang dihiris bulat.

19 May 2009

CUTI-CUTI KE AL-KHOBAR SAUDI ARABIA

Ini percutian luar Riyadh bagi tahun ini. Perjalanan ke al-khobar ambil masa 4 jam (macam pegi Johor). Ramai kengkawan yang duk Riyadh suka bercuti ke al-Khobar. Sebabnya kat sini ada pantai, hotel yang ada swiming pool, restoran Malaysia dan banyak lagi. Kat sini memang hapening dan anak-anak tak bosan. Banyak aktiviti yang boleh diorang buat...
Highway menuju ke Al-Khobar Swiming pool d' hotel Holiday Inn
Seronoknya dapat mandi kolam
Buah tomato yang ditanam d' luar Restoran Malaysia Kitchen
Bersama Kak Onna
Menunggu hidangan dari Restoran Malaysia Kitchen
NAK TENGOK GAMBAR SETERUSNYA...PERGILAA KE my PICASA eLbum

13 May 2009

HOME MADE MEE KUNING BASAH

Ni dia mee kuning basah yang dibuat oleh kak Onna kat Riyadh. Disebabkan susah sangat nak jumpa dan teringin sangat nak makan mee basah, terpaksalaaa kami para isteri mencari inisiative mencari resepi dan membuat sendiri. Mee ni tak ada bahan pengawet dan rasa dia sama macam mee kat Malaysia.
Sebelum adanya mee kuning basah ni, kami selalu gunakan spaghetti dan mee yang ada di kedai biasanya mee yang dibuat oleh orang Filipina.
Lepas ni aku kena berguru dengan kak onna untuk buat mee kuning sebabnya dia nak balik Malaysia dahhh....
Related Posts with Thumbnails