Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

07 July 2009

DRESS PRINCESS in dreaming

Hahahaa... Meera berkenan dengan dress ni. Siap posing ambil gambar. Dia kata cantik dan suruh papa belikan untuk Meera...Papa kata too sexylaaa Meera. :(
Kat Riyadh baju budak-budak pompuan canggih-canggih dan cantik. Tu buat Meera berkenan.

10 June 2009

JEMPUTAN MINUM PAGI - ISTERI-ISTERI AJE

Ni jemputan untuk para isteri aje. Para suami pula masa ni kerja. Jadi para isteri dapatlaa melepak dan berbual kosong dengan isteri-isteri yang lain dengan releks sambil bukak abaya Kami dijemput oleh Kak Arina (Cik Na) bersarapan dengan menunya Nasi Kerabu dan Laksam. Tetamu yang datang masing-masing bawak potluck antaranya kuih-muih dan kek.
Bergambar dengan Kak Onna, Hanani, Kak Zura, Sharilla, Aku dan Kak Ayu
Meera dengan Ibu Onna dan Mysara

05 June 2009

BAJU BABY KAT RIYADH

Beberapa helai baju baby yang dapat aku beli kat sini. Baju untuk baby boy tak ada banyak pilihan. Untuk tatapan keluarga di Malaysia... tengoklaaa yee

03 June 2009

SAMBAL TEMPOYAK UDANG campur PETAI

Petai yang diberi oleh kak Onna masa pegi ke Jedah. Kat Jedah ada kedai Indonesia dan ada jual pelbagai barangan selera orang Melayu. Tu yang dia beli dan bagi kat aku... Aku lak tak tau nak masak apa.Tempoyak lak ada aku bawak dan bila datang idea...taraaa Aku kureng siket nak masak tempoyak ni cos cik abang tak suka sangat. Aku masak sebab nak bagi kak Onna sebab dah janji. Tapi bila dah masak, suka bebenar lak suami aku makan. Turut makan sekali ialah Ameera (dia nak sambal jee).
BAHAN-BAHANYA
Udang
Petai
2 sudu tempoyak
15 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
1 cm kunyit hidup
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
Daun kunyit (dikoyak)
2 cawan air
gula dan garam
CARA MEMASAK
1. Goreng sekejap udang dan angkat.
2. Kisar cili padi, kunyit hidup dan bawang besar. Tumis bahan kisar hingga terbit bau. Masukan serai dan bawang yang dihiris. Kacau rata.
3. Masukan tempoyak dan air. Kacau rata dan biarkan memdidih dan terbit minyak.
4. Bila sambal dah pekat, masukan petai dan daun kunyit. Biar masak seketika dan rasakan dengan 1/2 sudu gula dan garam.
5. Masukan udang dan kacau rata. Biar mesra dengan sambal dan petai. Rasa apa yang kurang. Bolehlaa tutup api

MASAK ASAM PEDAS IKAN DURI

ASAM PEDAS IKAN DURI

Ni Asam pedas aku masak guna cili hidup. Lauk ni telah bertahan selama 3 hari untuk dimakan oleh Ameera. Hari-hari duk makan lauk asam pedas dan bawak bekal pun nak lauk asam pedas. Bila tanya nak bawak apa g sekolah...jawabnya ASAM PEDAS. Bila suruh tukar menu...jawabnya kena marah laaa mamanya.

Aku pulak malas nak masak lauk ni sebabnya bila datang angin sedawa aku...keluarlaa bau asam pedas. Almaklumlaaa orang tengah ngandung tengah banyak angin dalam badan.
Disebabkan ikan duri dah lama terkurung dalam peti sejuk dan bahan sampingan seperti bendi , tomato dan terung ada aku pun memulakan acara memasak lauk ni. Lagipun ASAM PEDAS memang kesukaan suami aku. Bila dah masak dan makan pulak ngan nasi basmati, PURGhhhh memang bertambah-tambah makannya...SODAP SANGAT....

29 May 2009

SAYUR PETOLA TUMIS AIR

BAHAN-BAHANYA
Petola
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk)
udang (dibuang kulit)
1 biji cili merah (dihiris )
suun
1 cawan air
sedikit serbuk pati ikan bilis
CARA MEMASAK
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukan udang dan kacau rata
2. Tuangkan air. Biar mendidih
3. Masukan petola, cili merah dan serbuk pati ikan bilis. Biar petola empuk barula masukan suun. Kacau rata dan rasakan garam

SOTONG MASAK CARAKU

  • Ni lauk masak tengahari tadi. Sotong pulak stok lama dan memang nak habiskan. Tak tau nak masak apa. Kalau masak kari atau gulai, takut sotong jadi lembik sebab dok terendam lama dalam air. Jadi aku masaklaaa cara aku. Masak pun tak lama takut jadi lembik. Bila dah masak memang sedap dan habis dikerjakan oleh suami aku. Sebabnya masih kenyal dan nampak menarik beb... BAHAN-BAHANYA Sotong (potong bulat) 1 biji bawang besar (dimayang/dihiris) 3 ulas bawang putih (diketuk) 1 inci halia (dihiris) 2 biji cili hijau (hiris serong) 5 biji cili padi (ddihiris) 1/2 sudu sos ikan 1 sudu kicap daun bawang (potong ikut suka) garam CARA MEMASAK 1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukan cili. Kacau rata 2. Masukan sotong. Kuatkan api dan tuangkan kicap dan sos ikan. Kacau rata. (Masak sekejap aje takut sotong lembik) 3. Kecilkan api. Taburkan daun bawang dan rasakan garam.
Related Posts with Thumbnails