Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

18 February 2010

AYAM BAKAR ORIGANO

Aku dapat oven pinjam...
Oven yang dipinjamkan oleh kak Onna sebabnya dia dah balik Malaysia
Jadi aku first guna untuk bakar ayam. Resepi ni aku dapat masa tengok channel FATAFEAT . Resepi ni aku salin dari MARTHA STEWARD dan bila makan...MEMANG SEDAP
  • Ayam potong empat
  • Kentang potong dadu
  • Bawang potong dadu
  • Serbuk Origano
  • Black paper
  • garam
  • minyak zaitun
  1. Ayam, kentang dan bawang di letakan dalam tray pembakar
  2. Taburkan origano, black paper dan garam
  3. Gaulkan sebati dan tuangkan minyak zaitun
  4. Bakar hingga ayam masak....

BYE - BYEE KAK ONNA

Hari ni kak Onna dan anak-anak berangkat balik Malaysia. Balik bebulan -bulan lamanya sementara suami kak Onna, Abang Zul tak balik...InsyaAllah balik bulan puasa nanti.
Kak Onna balik untuk menguruskan anak-anak yang akan menyambung persekolahan kat Malaysia dan kemasukan anak sulung ke Universiti.
Kak Onna pun katanya akan menyambung pengajian... dalam bidang apa yee????

16 February 2010

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Lagi sambal tempoyak ikan bilis. Aku masak untuk dibawak ke rumah kak Onna untuk makan malam bersama Swahili sekeluarga, keluarga aku dan keluarga kak Onna. Kali ni aku tak goreng dulu ikan bilis. Cuci ngan air pas tu masukan dalam tumisan!!!Pergh... semua orang suka cos pedas dan sedap hingga menjilat tangan!!!
Untuk makluman keluarga kat Malaysia, TEMPOYAK dah abis...tolong poskan!!!

06 February 2010

Sambal belimbing

Masa beli daun pisang, ternampak belimbing buluh. Dapat aku masak lauk kegemaran aku antaranya masak lemak telur itik (tapi kat sini tarak telur itik). Aku gantikan ngan telur ayam tapi kulitnya coler putih!!! dan lauk kat atas ni. Resepi ni kakak kat opis aku yang ajarkan (kak Pah) memang sodap...; )

  • Ikan bilis dicuci dan di toskan
  • Cili padi ikut kepedasan
  • Bawang besar di hiris
  • Belimbing buluh di hiris/ ditumbuk
  • sedikit minyak
  • garam
  1. Ikan bilis dan cili padi dikisar kasar / ditumbuk
  2. Panaskan minyak dan gorengkan hingga naik bau
  3. Masukan bawang dan kacau rata. Bila dah mesra masukan belimbing buluh dan rasakan dengan garam
  4. Masak sekata dan biarkan hingga naik minyaknya...

29 January 2010

NASI LEMAK buat sendiri

Ni NASI LEMAK bungkus buat sendiri...dah jemu makan nasi lemak dalam pinggan. Kali ni ubah selera pulak dan mood suami lak tengah ok, aku ajak pegi kedai kat BATAHA (ALA-ALA COW KIT) beli daun pisang. Nasi Lemak ni aku buat hari Jumaat lepas untuk makan tengahari sambil jamu kengkawan laki yang duk kat tinggat atas umah aku ni...
Terjumpa pulak surat kabar ...wwaaallaaa!!! Dapatlaa NASI LEMAK BUNGKUS!!!
Memang sedap dan naik lemak orang tu bila dah makan nasi lemak ni. Sambal pulak aku dah jumpa resepinya....memang sebijik macam sambal kat kampung aku!!! Me kasih KAK ONNA!!! Baki sambal tu ada dalam peti ais ...aku bekukan untuk simpanan bulan akan datang!!!

25 January 2010

ADA SEDARA TINGGAL KAT MEKAH!!!

Cerita dari mak mertua aku, katanya ada nenek sedara belah suami tinggal kat Mekah. Kalau pergi sana , ziarahlaa dia.
Alhamdulillah, Umrah kali ni suami aku dapat cuti 4 hari dan dapatlah duk kat Mekah lama siket dan bolehlaa ziarah nenek sedara yang dikatakannya.
Selepas kami buat Umrah dan berehat, malamnya kami dijemput kerumah nenek. Kami dijemput oleh nenek dan cucunya sendiri dengan menaiki teksi. Rumah nenek tak jauh dari Masjidil Haram.
Nenek ni asal dari Johor dan masih boleh cakap Banjar dan Melayu. Nenek ke Mekah masa umur anaknya abang Shukry umur 6 bulan (sekarang umur abang Shukry 54 tahun).
Seronok rasanya ada sedara ARAB+MELAYU ni...
Suami aku ngan nenek dan anak sulungnya Abang Shukry Bergambar bersama nenek dan anak perempuannya MARDIHA
Anak lelaki MARDIHA (kawin ngan Arab Badwi)
Abang Shukry, Nenek dan Mardiha (kena tutup muka nanti suami marah)
Bersama anak abang Shukry, Jalal
Related Posts with Thumbnails