Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

20 February 2010

GULAI UDANG CAMPUR NENAS

Lauk feveret aku....
Lemak +manis + masam + masin = sedap betul!!!
Aku suruh Meera bawak bekal lauk ni ke sekolah. Bila balik dari sekolah, siap tanya...mama masak lauk apa yeee, sedaplaa!!! Tapi meera tak makan nenas. Soory!!!

  • nenas
  • udang
  • bawang
  • cili padi
  • kunyit hidup
  • serai dititik
  • asam keping
  • santan
  1. Kisar cili padi, bawang dan kunyit hidup
  2. Masukan kedalam periuk bersama serai dan santan cair. Masak dengan api yang perlahan hingga naik bau
  3. Masukan nenas dan asam keping. Masak hingga nenas empuk
  4. Bila dah mendidih, tuangkan santan pekat dan masukan udang
  5. Rasakan garam dan tutup api....

19 February 2010

TIMUN MASAK TAUCU

  • timun potong serong
  • lobak merah
  • udang
  • 1 sudu taucu
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 3 cili padi
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis hingga naik bau
  2. Lobak merah, cili merah dan cili hijau dipotong serong dan masukan dalam kuali
  3. Kacau rata. Masukan pula udang dan kiub ikan bilis
  4. Bila dah sebati, tuangkan taucu dan timun. Kacau rata dan biarkan masak
  5. Kalau kurang rasa...taburkan garam

18 February 2010

AYAM BAKAR ORIGANO

Aku dapat oven pinjam...
Oven yang dipinjamkan oleh kak Onna sebabnya dia dah balik Malaysia
Jadi aku first guna untuk bakar ayam. Resepi ni aku dapat masa tengok channel FATAFEAT . Resepi ni aku salin dari MARTHA STEWARD dan bila makan...MEMANG SEDAP
  • Ayam potong empat
  • Kentang potong dadu
  • Bawang potong dadu
  • Serbuk Origano
  • Black paper
  • garam
  • minyak zaitun
  1. Ayam, kentang dan bawang di letakan dalam tray pembakar
  2. Taburkan origano, black paper dan garam
  3. Gaulkan sebati dan tuangkan minyak zaitun
  4. Bakar hingga ayam masak....

BYE - BYEE KAK ONNA

Hari ni kak Onna dan anak-anak berangkat balik Malaysia. Balik bebulan -bulan lamanya sementara suami kak Onna, Abang Zul tak balik...InsyaAllah balik bulan puasa nanti.
Kak Onna balik untuk menguruskan anak-anak yang akan menyambung persekolahan kat Malaysia dan kemasukan anak sulung ke Universiti.
Kak Onna pun katanya akan menyambung pengajian... dalam bidang apa yee????

16 February 2010

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Lagi sambal tempoyak ikan bilis. Aku masak untuk dibawak ke rumah kak Onna untuk makan malam bersama Swahili sekeluarga, keluarga aku dan keluarga kak Onna. Kali ni aku tak goreng dulu ikan bilis. Cuci ngan air pas tu masukan dalam tumisan!!!Pergh... semua orang suka cos pedas dan sedap hingga menjilat tangan!!!
Untuk makluman keluarga kat Malaysia, TEMPOYAK dah abis...tolong poskan!!!

06 February 2010

Sambal belimbing

Masa beli daun pisang, ternampak belimbing buluh. Dapat aku masak lauk kegemaran aku antaranya masak lemak telur itik (tapi kat sini tarak telur itik). Aku gantikan ngan telur ayam tapi kulitnya coler putih!!! dan lauk kat atas ni. Resepi ni kakak kat opis aku yang ajarkan (kak Pah) memang sodap...; )

  • Ikan bilis dicuci dan di toskan
  • Cili padi ikut kepedasan
  • Bawang besar di hiris
  • Belimbing buluh di hiris/ ditumbuk
  • sedikit minyak
  • garam
  1. Ikan bilis dan cili padi dikisar kasar / ditumbuk
  2. Panaskan minyak dan gorengkan hingga naik bau
  3. Masukan bawang dan kacau rata. Bila dah mesra masukan belimbing buluh dan rasakan dengan garam
  4. Masak sekata dan biarkan hingga naik minyaknya...
Related Posts with Thumbnails