Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

10 August 2010

SELAMAT BERPUASA....


RAMADHAN KAREEM!!!! Selamat berpuasa.
Kami di Riyad Arab Saudi turut akan berpuasa esok hari Rabu 11 Ogos 2010.
Semoga ramadhan kali ini akan dinikmati sebaik-baiknya dan akan dipenuhi dengan amalan-amalan yang mulia....InsyaAllah
Aku akan menyambut RAMADHAN bersama suami dan anak-anak dan InsyaAllah akan berhari raya di Riyad buat pertama kalinya....

13 July 2010

HePpY BeSdAY HaDiF


Hari ini 13 JULAI 2010 genaplaa usia hero kesayangan aku MOHAMAD HADIF  1 tahun. Mohamad Hadif ni anak mama, kalau mama hilang aje, Hadif akan cari atau menangis. Mesti nak mama ada kat sebelah dia. Kalau budak lain, botol susu atau puting jadi peneman setia, Si Hadif pulak nak mama jadi teman setia dia!!!
Tengoklaa, papa ada kat depan main ngan dia pun, masih merengek nak mama....Hadif...hadif....

HepPy  BeSDay  MoHaMmaD HaDiF
MaMa, PapA dan KakaK Meera LOVE U!!!

12 July 2010

09 July 2010

AMEERA in Green Dress




Nak tunjuk kat korang yang baju ni masih muat lagi kat badan Ameera.Green Dress ni aku beli masa umur Ameera 3 tahun. Disebabkan terlalu seksi, aku jahit bagi menutup buah dada yang kecil tu.

Disebabkan dah lama terperap kat dalam almari, aku pakaikan untuk dia melaram ala-ala model. Siap pakaikan makeup lagi dan aku suprise dan happy sangat yang kakak Ameera boleh pakai lagi baju ni... So sweet my princess pakai!!!

Ameera pun suka dan tak sangka yang dia muat lagi. Yang bessnya dia masih ingat yang baju ni penah pakai masa Meera gemuk dulu!!!

29 June 2010

Alyah Tak Mungkin Kerna Sayang

Lagu feveret Ameera!!!
For U my Princess...

26 June 2010

AIR SOYA


Air SOYA buatan suamiku!!!  SEDAP... 

Haaa ni Air Soya yang dibuat oleh suami aku
Masa beli kacang kat kedai, suami aku ternampak kacang SOYA. Dia cakap, nanti abang buatkan untuk ayang yee!!!abang tau cam mana nak buat AIR SOYA...
Dan inilaaa hasilnya...memang rasanya sama ngan AIR  KOTAK SOYA YEOS yg aku minum (aku ni cerewet siket bab air yang macam susu, sebabnya ada bau yang memualkan tekak) 
Kat Riyad ni ada jual, tapi tak sesedap yang Malaysia punye (rasa susu)
Biasanya aku akan bawak dari Malaysia atau kirim dari member yang balik Malaysia. Air Soya yang biasa aku minum ialah SOYA YEOS...

2nd time buat untuk member rasa dan Alhamdulillah memang sedap!!!


Inilaa cara-cara nak membuat AIR SOYA!!!
  1. kacang soya direndam semalamam
  2. Tapis dan kisarkan dengan air masak
  3. Ambil tuala nipis/ kain nepkin anak letak kat penapis dan tuangkan bahan kisar. Biar air soya menitik masuk kedalam periuk
  4. Selesai...angkat periuk letak kat atas dapur gas
  5. Masak dengan api yang pelahan
  6. Untuk menghilangkan baunya...tuangkan esen vanila dan masukan 2 helai daun pandan
  7. Rasakan dengan gula. Kalau masih ada bau kacang, tambahkan daun pandan untuk menghilangkan bau yang kurang enak

22 June 2010

Cookies for FATHER'S DAY

Saki baki yang mama buat... so Meera buat untuk main aje!!!

Tengah warna dengan icing sugar

LOOK papa cantik tak Meera buat

Mama yang buat



Cookies@ biskut yang dibuat oleh Meera dan aku.
Dah lama aku nak buat biskut ni... saje nak bagi Meera main wif d' sugar icing. Aku tengok kat TV, budak-budak matsaleh selalu buat benda ni kat sekolah.
tetiba member aku ajak lepak Hari Ahad kat umah dia dan nak celebrate FATHER's DAY so apa lagi aku dapat idea buatlaa cookies ni...tapi sebelum menguli, aku belek-belek resepi kat internet dulu dan inilaaa hasilnya


  • marjerin / butter
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 sudu vanila
  1. Masukan gula, garam dan marjerin/butter kedalam mixer. Pukul  hingga kembang
  2. Masukan telur dan vanila
  3. Tuangkan tepung. Gaul sebati
  4. Keluarjan doh dan wrapkan dengan plastik...rehatkan dalam peti sejuk 1 jam
  5. Uli dan bentuk ikut suka
  6. Setkat oven 250 dan bakar selama lebih kurang 15 ke 20 minut (hingga kuning)
Related Posts with Thumbnails