Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

29 June 2010

Alyah Tak Mungkin Kerna Sayang

Lagu feveret Ameera!!!
For U my Princess...

26 June 2010

AIR SOYA


Air SOYA buatan suamiku!!!  SEDAP... 

Haaa ni Air Soya yang dibuat oleh suami aku
Masa beli kacang kat kedai, suami aku ternampak kacang SOYA. Dia cakap, nanti abang buatkan untuk ayang yee!!!abang tau cam mana nak buat AIR SOYA...
Dan inilaaa hasilnya...memang rasanya sama ngan AIR  KOTAK SOYA YEOS yg aku minum (aku ni cerewet siket bab air yang macam susu, sebabnya ada bau yang memualkan tekak) 
Kat Riyad ni ada jual, tapi tak sesedap yang Malaysia punye (rasa susu)
Biasanya aku akan bawak dari Malaysia atau kirim dari member yang balik Malaysia. Air Soya yang biasa aku minum ialah SOYA YEOS...

2nd time buat untuk member rasa dan Alhamdulillah memang sedap!!!


Inilaa cara-cara nak membuat AIR SOYA!!!
  1. kacang soya direndam semalamam
  2. Tapis dan kisarkan dengan air masak
  3. Ambil tuala nipis/ kain nepkin anak letak kat penapis dan tuangkan bahan kisar. Biar air soya menitik masuk kedalam periuk
  4. Selesai...angkat periuk letak kat atas dapur gas
  5. Masak dengan api yang pelahan
  6. Untuk menghilangkan baunya...tuangkan esen vanila dan masukan 2 helai daun pandan
  7. Rasakan dengan gula. Kalau masih ada bau kacang, tambahkan daun pandan untuk menghilangkan bau yang kurang enak

22 June 2010

Cookies for FATHER'S DAY

Saki baki yang mama buat... so Meera buat untuk main aje!!!

Tengah warna dengan icing sugar

LOOK papa cantik tak Meera buat

Mama yang buat



Cookies@ biskut yang dibuat oleh Meera dan aku.
Dah lama aku nak buat biskut ni... saje nak bagi Meera main wif d' sugar icing. Aku tengok kat TV, budak-budak matsaleh selalu buat benda ni kat sekolah.
tetiba member aku ajak lepak Hari Ahad kat umah dia dan nak celebrate FATHER's DAY so apa lagi aku dapat idea buatlaa cookies ni...tapi sebelum menguli, aku belek-belek resepi kat internet dulu dan inilaaa hasilnya


  • marjerin / butter
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 sudu vanila
  1. Masukan gula, garam dan marjerin/butter kedalam mixer. Pukul  hingga kembang
  2. Masukan telur dan vanila
  3. Tuangkan tepung. Gaul sebati
  4. Keluarjan doh dan wrapkan dengan plastik...rehatkan dalam peti sejuk 1 jam
  5. Uli dan bentuk ikut suka
  6. Setkat oven 250 dan bakar selama lebih kurang 15 ke 20 minut (hingga kuning)

18 June 2010

HADIF dah berjalan


ALHAMDULILLAH!!! Hadif dah pandai berjalan diusia 10 bulan.
9 JUN 2010 merupakan hari yang bersejarah bagi aku sekeluarga bila dapat menyaksikan Si Hadif berjalan dengan sendirinya....sukanya mama!!!
Lihatlaa aksi-aksi nakalnya mengusik kakak Meera dan berjalan sambil makan ais krem yang diberikan oleh Aunty Hanani....
Lepas ni akan mula kedengaran suara Hadif mengomel dan berjalan mengikut kemana mamanya pegi

08 June 2010

CUCUR JAGUNG RANGUP

    Jagung yang dibeli 6 batang...hanya 5 yang elok. Satu batang tu ada ulat besar.
    Mulanya nak direbus dan gigit menggigit...tapi teringat kat suami aku yang kureng suka kat jagung berbatang, aku buatlaa cucur jagung ni. Kali ni cucur jagung aku memang sedap dan rangup sebabnya aku guna air suam-suam panas dan goreng biar garing siket!!!
    JOM TENGOK RESEPINYA....
  • jagung di kikir isinya
  • tepung gandum
  • 1 buju bawang besar dihiris
  • 1 tangkai cili hijau dihiris
  • sedikit daun bawang dihiris
  • ikan bilis
  • air suam panas
  • garam

  1. Kisarkan separuh jagung dan masukan kedalam mangkuk yang berisi jagung yang tak dikisar
  2. Tuangkan tepung dan gaul rata
  3. Masukan bawang, cili, ikan bilis dan garam
  4. Tuangkan air dan kacau sekata. Adunan biar jangan terlalu cair...agak-agak jee
  5. Sedikan minyak untuk menggoreng dan goreng hingga garing

03 June 2010

GULAI AYAM BERNENAS

Salam semua.....ni lauk makan tengahari tadi. Aku ambil resepi dari rumah abang MAT GEBU.
Nenas ni aku beli 2 biji sebab tengah ada offer (1 biji 5 Riyal) biasanya boleh cecah sampai 8 riyal sekilo/ sebiji... teringin nak makan nenas pulak
Dan aku nak mencoba resepi yang baru. Biasanya aku masak pajeri nenas, ikan masin nenas, udang nenas dan makan nenas dan kali ni....

INILAAA HASILNYA. SEDAP!!!
  • ayam
  • nenas
  • pati santan
  • santan cair
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 6 biji cili merah
  • 7 biji cili padi 
  • 1 inci kunyit hidup

  1. Kisar bawang besar, cili merah, cili padi, buah keras, lengkuas, halia dan kunyit hidup hingga halus
  2. Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama ayam dan serai. Kacau rata dan masak atas api yang kecil hingga mendidih.

  3. Tuangkan santan cair dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan nenes dan masak hingga ayam masak.
  4. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu.
  5. Rasakan apa yang kurang dan tutup api...sedia untuk dimakan!!!

KONVOKESYEN AMEERA

Ni majlis Konvo kat sekolah Oasis International School, Riyad untuk studen KG3 (kiranya untuk bebudak umur 6 tahun -tadika). Lepas ni Meera akan masuk darjah 1 (kat sini gred 1).

Cuti sekolah dah bermula pada 27 May 2010 dan persekolah baru akan bermula pada bulan September 2010 selepas musim panas dan selepas hari raya).

Ni antara gambar-gambar yang sempat aku ambil selepas majlis. Semasa majlis tak dibenarkan ambil gambar yee (macam majlis kovo aku pulak). Kalau sesape ambil, kemera akan dirampas...pasalnya dalam sekolah tu semu pompuan dan diorang tu semua bukak ABAYA (pakaian seksi gitu).

Pada majlis tu, hanya ibu sahaja dijemput....bapa pulak tolong jaga anak-anak dalam kereta atau dirumah.

Ameera dengan baju KONVONYA


Bersama kawan sedarjah
Ameera, Mohamad Aslam, Afif dan dan Muzir
Related Posts with Thumbnails