Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

26 February 2010

NASI BERIANI

Nasi Beriani ngan Acar Timun + carot
NASI BERIANI AYAM
ACAR TIMUN + CAROT
Hari ni aku masak NASI BERIANI dengan ACAR TIMUN. Percubaan kali ni kira berjayalaa. Sebab sebelum ni aku penah buat, tapi kurang memuaskan dan sebab tu aku tak masukan dalam N3 aku ni!!!
Anak aku Ameera siap pesan nak bawak bekal ke sekolah esok. "Mama jangan lupa yee letak ayam sekali". So nampaknya aku kena masukan dalam peti sejuk bekulaaa malam ni.
Nasi Beriani ni aku tak letak susu. Just tumis dan tuangkan air. Tak laaa meloyakan tekak dengan bau susu dan yang pastinya semua berselera makan sampai 3...4 kali tambah!!!

23 February 2010

GORENG KOBIS dengan DAUN KUCHAI

  • Kobis
  • daun kuchai
  • 1/2 biji bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • udang
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  1. Tumis bawang dan bawang putih hingga wangi
  2. Masukan udang. Kacau rata hingga masak
  3. Pecahkan telur
  4. Tuangkan kobis dan daun kucai. Kacau rata dan biarkan hingga masak

21 February 2010

IKAN TERUBUK d' RIYAD

Ikan Terubuk ni, aku jumpa kat Supermarket al-JAZEERA kat bahagian Froozen. Sebenarnya nak cari ikan kembung frozen, tetiba ternampak ikan ni. Aku panggil suami aku dan kata padanya macam ikan terubuk...dan memang betul ikan TERUBUK.Namanya kat sini PADMA HILSHA. Aku pun ambil 1. Tak ingat nak beli banyak sebab tak termakan pulak. Punya seronok, aku terus call kak Onna dan bagi tau aku jumpa ikan terubuk. Disebabkan dia suka makan ikan ni, esoknya aku bagi kat dia.
Yang ini pulak, kak Onna bagi kat aku sebelum dia nak balik Malaysia. Sebabnya tak sempat nak masak. Ikan ni suami kak Onna yang belikan.
Aku suruh suami aku yang siangkan. Dia kata kena sentap ikan ni supaya senang nak makan. Supaya tulang ikan tersusun cantik dan tak berselerak.
Hahahaaa memang betul. Aku makan senag betul. Tak banyak tulang dan tengok ni....LICIN habesss!!! bukan senang nak jumpa ikan ni. kalau ada pun kecil tak puas makan.

LOBSTER

Sorang satu...untuk papa, mama 'n' meera Going to Hadif
Heloo Hadif...wan to play wif mee !!!
?????? Selesai sudah...
That day...ada jemputan BBQ kat umah member. Diorang bakar ikan n LOBSTER (they call Mr. Sibestian). Dapatlaaa aku merasa n paling suka makan my Princess Ameera. Katanya, " sedaplaa mama, nanti mama masakan untuk Meera yee"!!!.
Hari ni pulak papa cuti dan aku ajak keluar pagi. Saja jalan-jalan sementara Meera kat sekolah. Tetiba kuar idea nak pegi tengok ikan.
First kedai ikan kami pegi dekat dengan opis suami. Kat situ katanya ada jual ikan cencaru. Jadi mencarilaa kami satu persatu gerai ikan dan tengok ikan yang lain siket daripada biasa kami beli. Kat situ ada jual udang pelbagai jenis termasuk Lobster. Sekilo Lobster SR 55 dan kami beli 3 ekor jee dan beli 2 ekor ikan jenahak.
Dah sudah beli, aku ajak pegi pasar kat BATAHA, suami aku tetiba nak pegi tengok pasar ikan yang member dia pegi beli Lobster. Pasar tu kat area nak ke Bataha. Memang besar dan banyak ikan. Cuma hari tu tak de ikan yang pelik-pelik seperti cencaru, pari, jenahak dan.... Kat pasar ni Lobster dia besar dan harga pun sama sekilo 55 RIYAL...
Last sekali aku pegi PINOY SUPERMARKET kat Bataha. Selesa sikit kat supermarket ni. Taklaaa sesak macam kat pasar Swalim yang biasa aku pergi. Kat sini aku jumpa pulak ikan pari yang dah siap potong kiub dan ikan cencaru. Seronoknya...dapat aku masak sambal ikan pari. Lain-lain barang aku jumpa bisalaa sayur. Beli kobis, kacang botol, kangkung, sawi putih, jantung pisang dan cili padi. Lrpas tu jumpa pulak Maggie MAMEE, kiub ikan bilis dan keropok keluaran MALAYSIA. SERONOKNYAA!!!
Sampai rumah, Sibuk pulak nak memasak, menunya ikan terubuk bakar 'n' LOBSTER BAKAR... Perghhh macam makan kat tepi laut...ratah sampai licin. Nasi langsung tak luak!!!

SCHOOL REPORT CARD

Hari nie Ameera bawak balik report card untuk 1st term. Papanya kata teruk sangat, banyak "E". Aku terpinga-pinga dan rasa terkejut. Mana mungkin anak aku teruk sangat... Aku pun ambil dan selak report dan baca apa yang tertulis kat kertas tu. Hampeh tul suami aku ni... Dia ingat ni kat Malaysia apa!!!
Ameera kelas KG-3 PINK (Tadika baru)
Bawah ni keputusan Ameera untuk semester pertama. Alhamdulillah dapat keputusan yang baik dan cikgu komen dia bagus dan buat kerja sekolah teliti dan siap kerja sekolah.

Kat bawah ni elplanation dia. Supaya orang yang tengok tak terkejut beruk macam papa dia!!!

B (Beginning)- Your child is beginning to develop the focus skill and knowledge

C (Consolidating)- Your child is making good progres towards developing the focus skill and knowledge. He/she is able to use the skills and knowledge in some context with some teacher assistance.

E (Established)- Your child has fully developed the focus skill and knowledge. He/ she is able to use the skill and knowledge independently.

NI (Need Improvement)- Your child needs improvement. He/ she is not demonstrating progress and continues to work under grade level

Aku tengok pun Ameera dah banyak berubah semenjak masuk sekolah. Walaupun belum masuk darjah 1. Banyak peningkatan yang ketara kat dia. Antaranya dah boleh hafal surah AL-FATIHAH, speek English, nyani dan banyak lagi....Lagi satu dia ni berani orangnyee dan berani bertanya.

20 February 2010

GULAI UDANG CAMPUR NENAS

Lauk feveret aku....
Lemak +manis + masam + masin = sedap betul!!!
Aku suruh Meera bawak bekal lauk ni ke sekolah. Bila balik dari sekolah, siap tanya...mama masak lauk apa yeee, sedaplaa!!! Tapi meera tak makan nenas. Soory!!!

  • nenas
  • udang
  • bawang
  • cili padi
  • kunyit hidup
  • serai dititik
  • asam keping
  • santan
  1. Kisar cili padi, bawang dan kunyit hidup
  2. Masukan kedalam periuk bersama serai dan santan cair. Masak dengan api yang perlahan hingga naik bau
  3. Masukan nenas dan asam keping. Masak hingga nenas empuk
  4. Bila dah mendidih, tuangkan santan pekat dan masukan udang
  5. Rasakan garam dan tutup api....

19 February 2010

TIMUN MASAK TAUCU

  • timun potong serong
  • lobak merah
  • udang
  • 1 sudu taucu
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 3 cili padi
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis hingga naik bau
  2. Lobak merah, cili merah dan cili hijau dipotong serong dan masukan dalam kuali
  3. Kacau rata. Masukan pula udang dan kiub ikan bilis
  4. Bila dah sebati, tuangkan taucu dan timun. Kacau rata dan biarkan masak
  5. Kalau kurang rasa...taburkan garam
Related Posts with Thumbnails