Bertindak Segera Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mampu Merealisasikan Impian Anda Dan Keluarga!!

Search This Blog

Loading...

30 April 2009

Tengah tunggu sarapan Order roti sosej... Sosej yang habis, roti ditinggalnya...
Sarapan di Hospital Specialized Medical Center. Sebelum ambil darah, aku kena puasa sekurangnya 8 jam dan kena ambil darah 3X (setiap 1 jam ambil darah). Ni aku ambil darah yang pertama pukul 10.30 pagi dan kena pulak minum air glukos. Di suruh datang balik 1 jam (aku x boleh makan, hanya boleh minum sahaja). Sementara tunggu 1 jam, kami lepak minum sarapan kat hospital ( ala2 cafe, menu yang ada hanya roti, kek dan biskut).
Lepas sarapan, aku naik semula dan ambil darah yang kedua pukul 11.30 pagi. Dah ambil darah yang kedua, aku turun balik merayau kat lobi hospital. Berlegar-legarlaaa aku ngan Meera cari tempat duduk nak tengok tv dan tunggu 1 jam lagi.
Pukul 12.30 aku ambil darah yang ketiga. Argh penat betul turun -naik. Badan aku dah jadi lemah dan nak pengsan dibuatnya. Balik rumah terus tumbang tak larat nak bangun. Hanya larat makan bubur dan sup aje...

29 April 2009

BEG SEKOLAH AMEERA (imported from Malaysia)

Ni nak tunjuk beg sekolah Ameera yang diimport dari Malaysia. Adik aku Lin yang belikan dan poskan ke Riyadh. Gambar pulak pilihan Ameera nak gambar PRINCESS... Suka teramat sangat bila dapat beg sekolah baru...kalau tak bawak beg orang besar jeee(beg NIKE)

SAMBAL TELUR REBUS

Masakan yang paling aku suka. Makan mesti 2 biji telur sorang. Kalau kat Malaysia aku selalu masak untuk adik- adik aku. Selain masak sambal...aku teringat mak aku masak kurma telur...next time pulak aku buat resepi kurma telur yeee
BAHAN-BAHANNYA
5 biji telur rebus
1 biji bawang besar (dikisar)
3 sudu cili kisar
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 sudu gula
2 sudu sos tomato
sedikit garam
1/2 cawan air
CARA MEMASAK
1. Telur digoreng dan angkat
2. Tumis bawang kisar dan cili hingga terbit minyak. Masukkan gula
3. Masukkan sos tomato dan sedikit air. Masak hingga mendidih
4. Masukkan telur dan rasakan garam. Biarkan telur dan sambal mesra baru tutup api

REMPEYEK KACANG TANAH

Rempeyek yang masih dalam kuali Rempeyek yang siap digoreng
Siap masuk dalam bekas untuk disimpan...
Haa... ni rempeyek yang aku buat kat Riyadh. Aku tengok resepi kat fotopages Rinnchan. Sedap dan rangup macam Sabak Bernam punye. Lepasni boleh laa aku buat banyak -banyak untuk raya...

26 April 2009

POTRET FAMILI AKU

Bergambar bersama abah dan emak sebelum berangkat balik ke Riyadh. Untuk buat kenang-kenangan keluarga di Malaysia...Kiranya bergambar time raya laa.Tengoklaa gambar aku yang gemuk termasuk Ameera yang cubby. Gambar diambil pada tahun 2008
Ameera bersama Atuk dan Umi (very cubby Meera masa ni) Bergambar bersama Abah dan Emak
Potret keluarga aku

SAMBAL BELACAN

BAHANYA
3 biji cili merah
5 biji cili padi
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cm belacan (dibakar)
1/2 biji tomato
2 biji limau nipis (ambil airnya)
1 sudu gula
sedikit garam
CARANYA
1. Goreng cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Angkat dan masukkan dalam mesin pengisar.
2. Kisar bersama belacan, tomato, gula dan garam. Tuangkan air perahan limau
3. Tambah apa yang kurang seperti belacan ke, gula ke, air limau ke apa keee...ikut lidah masing-masing

LEMAK JANTUNG PISANG

Mulanya nak masak jantung pisang dengan ikan masin kurau. Tapi dok cari-cari ikan masin tak adalaaa pulak. Terpaksa ganti dengan ikan bilis. Dekat Riyadh jantung pisang harganya SR 5. Bila teringin macam aku bolehlaa beli. Ingatkan aku sorang jee yang makan...rupanya suami pun berselera. Memang purghh sedap dan bertambah2 nasi. Habis nasi aku cicah pulak dengan roti. MEMANG SEDAP...
BAHANYA
1 biji jantung pisang
9 biji cili padi ***
1/2 biji bawang besar ***
1 cm belacan ***
kunyit hidup ***
1/2 genggam ikan bilis ***
1 batang serai (diketuk)
1 asam keping
1 cawan santan
2 cawan air
CARA MEMASAK
1. Potong jantung pisang, hiris dan rebus hingga empuk. Tapiskan dan bilas dengan air paip
2. Kisar bahan bertanda *** dan masukkan kedalam periuk bersama serai, jantung pisang yang dihiris dan asam keping
3. Masak atas api yang perlahan dan masukkan air. Biarkan mendidih
4. Tuangkan santan dan rasakan garam

25 April 2009

SAMBAL UDANG

BAHANYA
Udang (buang kulit)
1/2 biji bawang besar **
3 biji cili merah **
3 biji cili padi **
3 ulas bawang putih **
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 st gula
garam
CARA MEMASAK
1. Kisar bahan bertanda ** dan tumis hingga terbit minyak
2. Masukkan bawang yang dihiris. Kacau rata
3. Tuangkan sos tiram dan sos tomato
4. Masukkan udang. Kacau rata dan rasakan dengan gula dan sedikit garam. Tunggu hingga udang masak.

17 April 2009

IKAN DURI MASAK TEMPOYAK

Terjumpa pulak ikan ala-ala patin kat Riyadh. Apa lagi kami pun belilaa dan biasanya masak asam pedas. Tapi tekak ni tak selera pulak ngan asam pedas. Cari dalam internet resepi tempoyak... eeemmm masak tempoyak je laaa hari ni.
Masakan tempoyak ni asal Perak/ Pahang. Aku cari dalam My Resepi. Tuannya kata jangan letak bawang, nanti hilang rasanya. Aku ikut segala tips yg diberi dan ok laa percubaan pertama aku ni...
BAHAN-BAHANYA
Ikan (direndam dengan asam jawa)
3 sudu tempoyak
2 batang serai
1 bunga kantan
daun kesum
kacang bendi/ timun
3 gelas air
15 cili padi
kunyit hidup
garam + gula
CARA MEMASAKNYA
1. Kisar cili padi dan kunyit hidup. Satukan ikan, bahan kisar, tempoyak dan serai kedalam periuk. Gaul sebati dan perapkan selama 1/2 jam (supaya bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak akan diserap dalam ikan) .
2. Masukkan air dan jerang atas api yang kecil. Masukkan daun kesum dan bunga kantas. Biarkan mendidih seketika barulah masukkan kacang bendi.
3. Rasakan garam dan gula

ROTI GULUNG SOSEJ

Buat untuk sarapan pagi. Sedap pulak cicah dengan mayonis + sos cili. Bagi kat Meera sosej yang habis... roti pulak di tinggalkannya
BAHAN-BAHANYA
Sosej (direbus)
Roti potong
3 biji telur
serbuk roti (breadcrumbs)
lada sulah
garam
1/2 cawan air
CARANYA
1. Potong kulit roti. Basahkan permukaan roti dengan sedikit air dan gelek roti hingga leper dan nipis. Letak sosej dan gulung kemas
2. Pukul telur dengan sedikit lada sulah dan garam.
3. Celup roti yang siap digulung ke dalam telur dan gelekan diatas serbuk roti.
4. Goreng roti dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.

16 April 2009

PAK ARAB YANG PERASAN

River Side yang ada dalam Mall. Macam dekat zoo siap letak burung, kambing dan rusa
Semalam aku ajak suami keluar lepak kat GALLERIYA MALL. Lepak minum kopi duduk dekat tepi river side dalam mall. Sambil berjalan dan mencari tempat duduk, aku suruh cik abang ambil gambar aku. Tetiba Pak Arab sorang ni tepuk bahu suami dan tegur
Pak Arab : Ko ambil gambar bini aku yee?
Suami : Mana ada dan tunjukkan kamera kat pak arab gambar aku...
Pak Arab : Tersengih....
Rupanya dia ada 3 orang bini yang tak cantik pun. Perasan sangat. Habis semua oarang tengok membuatkan kami yang bersalah. Eeee geram betullaa dengan orang arab yang perasan ni.
Pak Arab sini marah kalau lelaki tengok bini dia. Tapi kalau dia tengok bini oarang tak apa...

15 April 2009

MAKARONI GORENG

Tengok resepi dalam buku. Nampak menarik dan terus aku baut. Lagipun Ameera mintak buatkan bekal makaroni ke sekolah. Ada lebih makaroni rebus aku buatlaa yang special untuk aku dan cik abang...Sedap macam makan kuey Tiaw goreng
BAHAN-BAHANNYA
1 cawan makaroni (direbus hingga empuk)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu cili kering
udang
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu kicap
lobak (dihiris
sawi
kuchai
taugeh
1 biji telur
garam
CARA MEMASAK
1. Tumis bawang, bawang putih dan cili kering hingga naik bau. Masukkan lobak. Goreng hingga layu sedikit
2. Tuangkan semua sos dan masukan udang. Tunggu hingga udang separuh masak
3. Pecahkan telur
4. Masukkan makaroni. Kacau rata
5. Masukkan sayur sawi dan kuchai. Kacau rata lagi
6. Kuatkan api dan masukkan taugeh. Kacau rata dan rasakan dengan garam

13 April 2009

TIMUN GORENG DENGAN HATI AYAM

Satu lagi resepi timun yang menjadi faveret aku. Kali ni masak dengan hati ayam pulak. Bukannya apa dah tak ada sayur lain dalam ais box aku tu haaa...
BAHAN-BAHANNYA
1 batang timun (belah 2 dan hiris serong)
5 ketul hati ayam (dipotong dadu)
1/2 biji cili benggala (dihiris panjang)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 kiub ikan bilis
1/2 cawan air
CARANYA
1. Hati ayam digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng sekejap.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau rata dan masukkan cili benggala. Biarkan masak sebentar
3. Masukkan kiub ikan bilis dan timun. Kacau rata dan tuangkan air. Masak hingga mendidih dan empuk.

NASI GORENG MY STYLE

BAHAN-BAHANYA
Nasi Putih semalam punye
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 biji cili padi (dipatah-patah)
sedikit ikan bilis
lobak merah (dipotong dadu)
1 mangkuk kacang pis
kicap
1 biji telur
garam
CARA MEMASAK
1. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan ikan bilis hingga garing
2. Masukan lobak merah dan masak hingga empuk dan masukan kacang pis 3. Tuangkan kicap. Kacau rata dan pecahkan telur. 4. Tunggu telur masak barulah tuangkan nasi. Kacau rata dan sebati dan rasakan garam.

SPAGHETTI GORENG "AMEERA"

Resepi khas untuk Ameera...Menu untuk Ameera bawak bekal ke sekolah. Dia mintak aku masakan mee dan buatkan fish ball. Tapi fish ball tak ada...aku gantikan dengan chicken ball. Mulanya masak siket aje...tapi bila dah siap goreng tengok macam sedaplaaa pulak. Aku masak sekali lagi untuk makan tengah hari sampai ke malam. Meera suka dan esoknya minta bawak chicken ball dan sosej pulak untuk bekalannya...
BAHAN-BAHANYA
2 mangkuk mee @ Spaghetti
Dada ayam + segala bahagian ayam (potong kecil)
bebola ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap
1 cawan air
garam
CARA MEMASAK
1. Tumis bawang putih hingga kuning.
2. Masukkan ayam dan kacau hingga empuk dan masukkan bebola ayam.
3. Tuangkan air dan biarkan mendidih
4. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata
5. Tuangkan mee@ spaghetti. Kacau rata dan rasakan dengan garam.

11 April 2009

KOBIS MASAK LEMAK

Lauk ni untuk Meera. Sebab dia suka makan nasi dan ada kuah. Kira masaka cincailaa ni tapi sodap. Segala masakan berlemak dia suka. Meera tak kesah...
BAHAN-BAHANNYA
Kobis
1/2 bji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
10 ekor udang
1 biji cili hijau/merah (dihiris)
2 cawan air
1 cawan santan segera
garam
CARA MEMASAK
1. Tuangkan air dalam periuk dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Masak dengan api sederhana hingga naik bau.
3. Tuangkan santan dan masukkan udang dan cili. Masak hingga mendidih
4. Masukkan kobis dan rasakan garam. Masak hingga kobis lembut.

MEE BANDUNG

Ni dia perencah Mee Bandung Segera
Aku beli perencah Mee Bandung tahun lepas masa ziarah kaum kerabat suamiku kat Senggarang, Batu Pahat, Johor. Baru hari ni aku teringin nak masak dan mencari resepi kat internet dan terjumpalaa dalam blog catzscafe.blogspot.com. Dalam blog dia pun gunakan perencah Mee Bandung yang sama dengan aku iaitu Mee Bandung Istemewa...Aku tiru sebijik ngan resepi Catz dan rasanya memang sedap dan bolehlaa aku borong banyak-banyak perencah ni bila balik Msia nanti... Makan Mee Bandung ni sebijik macam makan kat kedai. Berpeluh-peluh bila makan ngan cili hijau. Purghhh sedap beb... BAHAN-BAHANNYA 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 2 sudu udang kering 1 peket perencah Mee Bandung (dibancuh dengan air) 3 cawan air udang sayur sawi 3 biji telur garam cili hijau/ daun bawang & bawang goreng -untuk hiasan CARANYA 1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering dengan sedikit air hingga lumat. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Tuangkan perencah Mee Bandung. Masak hingga mendidih 3. Tuangkan air dan kacau rata. Masak lagi bingga mendidih ( Kalau kuah pekat boleh tambah air). 4. Masukkan udang, garam dan sayur sawi. 5. Kuatkan api dan pecahkan telur. Tutup api cepat-cepat. 6. Hidangkan Mee Bandung dengan cili hijau, bawang goreng dan daun bawang

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS versi basah

My faveret... Kalau tak makan dengan nasi aku makan denga roti macam sapu kaya gitu. Satu famili aku suka makan sambal ni nak-nak ada kuah. Mulanya nenek langat yang masak lauk ni. Bila dah pekena ...purgh memang sedap nak-nak kalau pedas dan terasa cili padinya. Memang terangkat. Balik RIYADH aku tapau tempoyak 3 botol kecil. Teringin punya pasal caranya aku bungkus ngan surat kabar dan rap ngan plastik supaya tak kuar bau harumnya kat aport....
BAHAN-BAHANNYA
Ikan bilis digoreng
1 biji bawang besar
13 biji cili padi (ikut kepedasan)
1 cm kunyit hidup
1 biji bawang besar (dimayang)
serai (dititik)
2 sudu tempoyak
1 helai daun kunyit (dikoyak)
1 cawan air
CARANYA
1. Tumbuk bawang besar, cili padi dan kunyit hingga lumat.
2. Tumis bahan tumbuk, serai dan tempoyak hingga naik bau. Tambahkan air.
3. Masukkan ikan bilis dan kacau rata. Biar kuah manjadi pekat dan terbit minyak.
4. Taburkan bawang yang dimayang beserta daun kunyit. Rasakan garam dan kesedapan ikut selera...

09 April 2009

MEERA JADI PRINCESS

Set crown, subang dan cincin
Lambaian seorang PRINCESS
Teringin nak jadi Princess...Tengoklaaa gayanya.
Pergi pasar raya, papanya melayan dia dalam troli dan dia ternampak set PRINCESS. Apa lagi ambillaa. Sampai rumah terus bukak dan melaram seperti Princess. Bila tanya sapa nama...

Dijawabnya PRINCESS AMEERA HANAH MONTANA BINTI MOHAMAD NASRI SEBON. Sebabnya asyik tengok citer HANAH MONTANA...

Sekarang Meera dah pandai posing maut beb...Seronok tengok telatah dia yang semakin membesar dan petah berkata-kata. Kalah mama dan papa dia...

KANGKUMG GORENG ISTIMEWA

Nak habiskan stok sayur dalam peti sejuk. Inilah hasilnya...Masak campak-campak dan sedap jugaklaaa...
BAHAN-BAHANNYA
Kangkung
Putik jagung
Sotong
Udang
1/2 bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu sos tiram
1/2 kiub ikan bilis
1/2 cawan air
garam
CARANYA
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukan sotong dan udang. Biarkan bertukar warna dan masukkan putik jagung
3. Tuangkan air dan taburkan kiub ikan bilis. Biar mendidih dan tuangkan sos tiram
4. Masukkan kangkung dan kacau rata. Masak sekata dengan semua bahan dan rasakan garam...

TAUGEH GORENG KUPANG

BAHAN-BAHANNYA
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk daun kuchai
1/2 mangkuk kupang
1/2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit kicap
1/2 kiub ikan bilis
garam
CARANYA
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng kupang sekejap.
2. Masukkan bawang dan bawang putih. Tumis hingga layu dan kacau rata bersama kupang.
3. Masukkan kiub ikan bilis beserta kicap.
4. Taburkan daun kucai. Masak hingga layu
5. Kuatkan api dan masukan taugeh. Kacau rata dan biarkan masak. Rasakan garam

KACANG BUNCIS GORENG dengan HATI AYAM

Time mengandung ni sedap pulak makan kacang buncis. Purgh...suami pun suka dan habis licin dikejekan oleh kami. Biasanya tak luakpun lauk ni...
BAHAN-BAHANNYA
6 keping hati ayam (dipotong dadu)
Kacang buncis (dipotong serong)
1/2 bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 batang cili merah (dihiris)
1/2 kiub ayam
1/2 cawan air
garam
CARANYA
1. Gaulkan hati ayam dengan garam dan kunyit. Goreng sekejap
2. Masukkan bawang dan bawang putih. Goreng hingga naik bau dan bertukar warna. Taburkan kiub ayam. Kacau rata
3. Masukkan kacang buncis. Kacau rata dan tuangkan air. Biarkan kacang buncis empuk
4. Taburkan cili merah dan rasakan garam

07 April 2009

IKAN MASAK CUKA

First time cuba masak lauk ni. Biasanya masak taucu. Tapi taucu tak ada. Bukak segala majalah jumpalaa resepi seakan masak taucu. Mulanya rasa was-was sebab takut tak sedap dan tak menjadi . Tapi bila dah masak, purgh memang sedap dan aku tambah berkali-kali dan nak masak lagi.
BAHAN-BAHAN Ikan bawal/ Ikan tenggiri 1/2 biji bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1/2 inci halia (dimayang) 1 biji bawang besar (potong bulat) 3 biji cili hijau (belah 2) 1 sudu halba campur 1/2 cawan cuka 1 cawan air garam+ gula CARANYA 1. Goreng ikan dan angkat 2. Tumis bahan yang dimayang hingga layu. Masukkan halba campur. Kacau rata 3. Tuangkan cuka dan air. Biarkan mendidih 4. Masukkan cili yang dibelah, ikan dan bawang. Kacau rata dan rasakan garam dan gula

05 April 2009

TELUR GORENG SAMBAL HIJAU DENGAN IKAN BILIS

Semenjak ngandung suka benar nak makan telur. Kali ni aku buat resepi telur ikut dalam My resepi.net. Inilah hasilnya...
BAHAN-BAHAN
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 biji cili hijau + 2 biji cili padi (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dimayang)
Segenggam ikan bilis
2 biji telur
1/2 cawan air asam jawa/ perahan lemon
garam
CARANYA
1. Gorengkan bawang yang dimayang hingga layu. Masukkan bahan yg ditumbuk
2. Goreng hingga naik bau dan masukkan ikan bilis. Biarkan garing
3. Tuangkan air asam jawa dan rasakan garam
4. Pecahkan telur. Biarkan telur masak seketika dan barulah dikacau..
*** cili padi kat Riyadh pedas sangat. Masak lemak kena letak 5 biji cili padi jee. Itupun dah terangkat ***

03 April 2009

PUDING JAGUNG

Bila dah ngandung macam-macam laaa yang mengidam. Kali ni aku ngidam nak makan disert. Bila godek kat dapur yang ada hanyala jagung dalam tin. Belek-belek kat internet, jumpalaa resepi yang senang dan boleh aku makan. Jadilaa PUDING JAGUNG
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan santan
CARANYA
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk
2. Hidupkan api dan kacau sehingga menjadi likat dan berkilat
3. Tuang kedalam bekas

MEE @ SPAGHETTI GORENG SEDAP

Ni Spaghetti goreng style mee goreng kat Malaysia. Teringin nak makan mee goreng. Jadi aku gunalaa spaghetti dan bahan-bahan tetap sama macam kat Malaysia...Terubat rindu sampai 5 kali tambah.
BAHAN-BAHAN
Spagheti di rebus hingga lembut
Sotong (dihiris bulat)
udang (di buang kulit & kepala -blendkan ambil airnya (1 cawan)
sawi
taugeh
kuchai
1 biji telur
3 ulas bawang putih(dikisar dengan sedikit air)
1 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan sedikit air)
2 sudu cili kisar
3 sudu kicap
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
garam
CARANYA
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan cili kisar dan biar naik minyak.
2. Masukkan air udang. Biarkan mendidih.
3. Masukkan sotong dan udang. Masak seketika
4. Tuamgkan sos tiram, kicap dan sos cili. Kacau rata dan pecahkan telur. Biar seketikana barulah masukkan spagheti dan kacau rata. Biarkan masak
5. Masukkan semua sayur -sawi, kuchai dan taugeh. Rasakan garam dan manis

02 April 2009

HUJAN LEBAT di RIYADH

Sekarang ni musim hujan kat RIYADH. Ingatkan dah masuk musim panas. Rupanya masih lagi hujan. Selepas aje ribut pasir melanda cuaca panas dan angin sejuk bertiup terasa sampai ke tulang. Nak mandi pun masih lagi bukak air panas.
Hari ni selepas aje suami aku balik kerja terdengar bunyi air menitis atas aircond. Bunyi pulak guruh berdentum dan turunlaaa hujan selebat-lebatnya... Hihihiiii merasa macam kat Malaysia. Cuma aku tak dapat main hujan kang tak pasal-pasal kena ngurat ngan Pak Arab... Lepasni banyaklaaa kedai akan jual payung

WANTAN GORENG

Wantan yang siap di bentuk
Buat sementara tunggu suami balik kerja. Sedap makan begitu aje atau cicah dengan sos cili thai...
BAHAN-BAHAN
Kulit wantan
Air
INTI WANTAN
1/2 cawan dada ayam (dicincang)
1 cawan udang (dicincang)
1 biji cendawan butang
daun bawang (dihiris)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
1 sk minyak bijan
lada sulah + garam
CARANYA
1. Satukan semua bahan inti ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan rasakan garam dan lada sulah. Ketepikan
2. Ambil 1 sudu kecil inti dan letak di tengah kulit wantan. Letakan air di hujung kulit dan lipat menjadi 3 segi. Kelim-kelimkan seperti karipap

01 April 2009

POKOK KUNYIT FAEDA

Heheheee.... Pokok Kunyit Faeda di Riyadh. Hidup subur dekat dalam bilik air...
Pokok Kunyit ni Pak Anjang aku yang bekalkan untuk aku bawak balik ke Riyadh. Dia cabut akar dan potong semua daun kunyit. Bagi sekali ngan tanah kat aku untuk bawak balik tanam kat Riyadh. Sampai rumah aku bungkus dengan suratkhabar dan masuk dalam beg.
Sampai Riyadh aku beli pasu dan tanah. Suami yang tolong tanamkan dan mulanya aku letak dekat ngan tingkap... tapi tak subur. Aku alihkan masuk ke dalam bilik air... Subur dan naik tinggi dan merasalaaa daun kunyit yang segar dan wangi. Daun kunyit aku dah guna masak sambal tempoyak ikan bilis dan masak lemak ketam.

TAUHU SUMBAT

Tauhu kat Riyadh kena beli dalam peket. Sepeket ada 8 biji dan takut simpan lama tauhu jadi masam baik aku masak semua dama 1 hari...antara menu tauhu ialah tauhu sumbat, masak lemak taugeh & tauhu dan buncis goreng dengan tauhu...Sedap jugak makan tauhu sumbat dengan sambal cili ni...
BAHAN-BAHAN
Tauhu -digoreng & dibelah bentuk 3 segi
Timun -diracik
SAMBAL CILI
1 biji bawang sederhana besar (dikisar)
3 ulas bawang putih(dikisar)
2 sudu cili kisar
1/2 cawan asam jawa
3 sudu gula
garam secukup rasa
CARANYA...
1. Tumis bahan kisar hingga wangi
2. Masukan cili kisar dan gula. Masak hingga terbit minyak
3. Masukan air asam jawa dan rasakan dengan garam
Related Posts with Thumbnails